Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
جابتن كهكيمن شرعية مليسيا
Coat of arms of Malaysia.png
Kerajaan Malaysia
Gambaran keseluruhan
DibentukNovember 1998; 21 tahun yang lalu (1998-11)
JenisKerajaan
Ibu pejabatBlok C, Kompleks Islam Putrajaya, No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya
Kakitangan578 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 55,765,300 (2018)
Eksekutif Kerajaan
  • Mukhyuddin Ibrahim, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie
Agensi indukJabatan Perdana Menteri Malaysia
Tapak webwww.jksm.gov.my

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن كهكيمن شرعية مليسيا; singkatan: JKSM) merupakan agensi kerajaan Persekutuan di Malaysia yang bertanggungjawab menyeragamkan hal ehwal pentadbiran Mahkamah Syariah dan kehakiman Syariah di Malaysia. JKSM di ketuai oleh YAA Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim selaku Ketua Pengarah JKSM merangkap Ketua Hakim Syarie Malaysia.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Julai 1996 telah bersetuju dengan cadangan penyusunan semula mahkamah-mahkamah Syariah seluruh Malaysia. JKSM telah diisytiharkan penubuhannya pada bulan November 1998 oleh YB Dato’ Haji Abdul Hamid bin Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Pusat Islam Malaysia, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Di awal penubuhan, JKSM ditempatkan di Aras 3, Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara, Kuala Lumpur yang merupakan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1999, pejabat JKSM berpindah ke lokasi Aras 3, Blok Perpustakaan Awam Islam JAKIM, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Lokasi JKSM seterusnya berpindah ke Aras 6, Rumah Persekutuan, Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Kemudian pada 10 Julai 2001, ibupejabat JKSM telah ditempatkan di Aras 2 & 3, Blok D7, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya sehingga Januari 2017. Pada Februari 2017 JKSM telah berpindah ke Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,62100 Putrajaya, Malaysia sehingga sekarang.

Visi, Misi dan Slogan[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Memartabatkan Institusi Kehakiman Syariah dalam Sistem Kehakiman dan Perundangan Negara.

Misi[sunting | sunting sumber]

Meningkatkan Kecekapan dan Keseragaman dalam Sistem Pentadbiran Kehakiman Syariah di Seluruh Malaysia.

Slogan[sunting | sunting sumber]

"Syariah Asas Keadilan"

Carta Organisasi[sunting | sunting sumber]

Rujuk link berikut : [1]

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Mengendalikan kes- kes Mahkamah Rayuan Syariah di Malaysia.
  • Menggubal dasar dan strategi untuk mempertingkatkan prestasi Mahkamah Syariah negeri-negeri.
  • Menyelaraskan prosedur kehakiman untuk diterima pakai di negeri-negeri.
  • Mengawal dan menilai program dan aktiviti-aktiviti Mahkamah Syariah negeri-negeri yang menerima pakai skim Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah Persekutuan.
  • Membina dan menyelaraskan kaedah-kaedah dan Arahan Amalan serta peraturan kepada semua pegawai syariah di JKSM, negeri-negeri dan lain-lain agensi berkaitan.
  • Membangun, menyelaras dan mentadbir penggunaan sistem maklumat elektronik di JKSM, negeri-negeri dan agensi berkaitan.
  • Menguruskan pembangunan dan keperluan modal insan di JKSM, negeri-negeri dan agensi berkaitan.
  • Membangunkan Pusat Sumber Maklumat dan penerbitan berkaitan sistem perundangan dan kehakiman Syariah bagi menyediakan bahan-bahan rujukan ilmiah kepada pegawai syariah di seluruh Malaysia dan orang awam.
  • Melaksanakan penyelidikan berkaitan sistem perundangan dan kehakiman Syariah sesuai dengan perkembangan semasa.
  • Mengawal selia perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah melalui tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.
  • Menyalurkan pendahuluan nafkah kepada pelanggan yang layak sementara tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah diselesaikan di Mahkamah Syariah.
  • Menyediakan perkhidmatan BSK Transit kepada pelanggan Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan 80 peratus kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan selepas didaftarkan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia;
  • Memastikan pembinaan Arahan Amalan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh persetujuan Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan;
  • Memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus Pegawai Syariah menghadiri 3 kursus teras dalam tempoh 1 tahun dari tarikh pelantikan;
  • Memastikan peperiksaan perkhidmatan di bawah Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah untuk tujuan pengesahan jawatan dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun;
  • Memastikan bil/tuntutan yang lengkap, dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan oleh Unit Kewangan;
  • Memastikan wang pendahuluan dana Sokongan Keluarga dibayar dalam tempoh 7 hari dari tarikh kelulusan Jawatankuasa Amanah Sokongan Keluarga;
  • Memastikan maklum balas terhadap aduan berkaitan aplikasi sistem dan peralatan ICT diberikan dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh aduan;
  • Memastikan kajian/penyelidikan jangka pendek diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh arahan dikeluarkan;
  • Memastikan maklum balas awal terhadap pertanyaan dan aduan pelanggan disediakan dalam tempoh 1 hari bekerja; dan
  • Memastikan Jurnal Hukum diterbitkan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

Bahagian[sunting | sunting sumber]

  • Program Kehakiman
  • Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
  • Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod
  • Bahagian Latihan
  • Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan
  • Bahagian Sokongan Keluarga
  • Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Bahagian Dasar dan Penyelidikan
  • Unit Komunikasi Korporat
  • Unit Intergriti