Kongres India Muslim Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Kongres India Muslim Malaysia
PemimpinDato' Syed Ibrahim B. Kader
PengasasBadrul Zaman
Ditubuhkan24 October 1976
Ibu pejabatNo.77-1, Tingkat 1, Medan Sri Bunus, Off Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur Tel: 03-26973967
Penggabungan kebangsaanAngkatan Perpaduan Ummah (APU) (1990–96)
Gagasan Rakyat (GR) (1990–96)
United Malays National Organisation (UMNO) (2010-kini)
Dewan Negara:
1 / 70
Dewan Rakyat:
0 / 222
Dewan Undangan Negeri:
0 / 587
Laman sesawang
www.kimma.my


Kongres India Muslim Malaysia (Bahasa Inggeris: Malaysian Indian Muslim Congress, Bahasa Tamil: மலேசிய இந்திய முஸ்லீம் காங்கிரஸ், singkatan: KIMMA) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuhkan pada 24 October 1976 untuk menwakili kaum minoriti India Muslim. KIMMA pernah dibatalkan pendaftarannya sebanyak dua kali pada 1978 dan 1998 sebelum didaftar semula.[1] Ahli KIMMA hampir kesemuanya adalah terdiri dari kaum minoriti India Muslim.

Gabungan Politik[sunting | sunting sumber]

KIMMA pernah menyertai gabungan parti-parti politik pembangkang iaitu Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat (GR) pada tahun 1990 hingga 1996 dalam masa yang sama. Namun kemudiannya KIMMA telah berubah haluan dan mendakwa 80,000 yang menjadi ahli KIMMA berhasrat untuk menyertai Barisan Nasional (BN) semenjak 1984 lagi. Tetapi penyertaan ini perlu mendapat sokongan daripada kesemua parti komponen terutama Kongres India Se-Malaysia (MIC) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) kerana ahli KIMMA mungkin juga berasal dari MIC atau UMNO. Penyertaannya telah mendapat tentangan hebat daripada MIC. [2]. Kemusykilan status orang India Muslim bukan Melayu dan bukan Bumiputera juga menjadi sekatan kepada bantahan penyertaannya sehingga mendorong KIMMA sanggup meluluskan usul tuntutan orang India Muslim diberi status Melayu dan sanggup untuk menerima parti KIMMA dijadikan sebagai gabungan UMNO untuk menjadi sebahagian dari BN walaupun ianya dianggap mustahil.[3] [4]

KIMMA juga pernah menjadi sebahagian daripada Angkatan Perpaduan Ummah (APU) gabungan parti-parti pembangkang Islam iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), pada tahun 1990 yang berjaya merampas kerajaan negeri Kelantan walaupun KIMMA tidak bertanding sebarang kerusi di dalam pilihan raya umum masa itu.

Logo lama KIMMA

Krisis Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, kemelut kepimpinan melihat Timbalan Presidennya, Amir Amsa Alla Pitchay yang dipecat dari KIMMA oleh Presidennya Dato' Syed Ibrahim B. Kader, mendakwa dirinya presiden dan mencadangkan pergabungan KIMMA dengan Parti Progresif Penduduk (PPP), sebuah parti komponen BN.[5]

Pada 2009 pula sekali lagi krisis dalaman melihat KIMMA mempunyai 2 presiden setelah mesyuarat agungnya yang ke-33 dipertikaikan kesahihannya serta Mohd Fazil William Abdullah, pengerusi KIMMA Wilayah Persekutuan disingkir. [6][7][8]

Ahli Bersekutu UMNO[sunting | sunting sumber]

Permohonan Kimma untuk menjadi sebagai ahli bersekutu UMNO telah diterima oleh Majlis Tertinggi UMNO pada 27 Ogos 2010. Dengan kelulusan ini, Kimma kini menikmati status pemerhati di dalam semua mesyuarat bahagian dan perhimpunan agung UMNO namun tidak boleh terlibat dalam perkara dalaman UMNO.[9]

Presiden KIMMA[sunting | sunting sumber]

1976-1980 : Drs Haji Badrul Zaman bin P. S. Md Zakariah

1981-1983 : Datuk Shaikh Dawood @ A.S Dawood Abdul Razak

1988-1995 : Mohamad Ilyas Mohd Idris

1995-1998 : Dato' Sikandar Batcha Abdul Majeed

1998-2006 : Tuan Haji Mohameed Haniffa bin Haji Mohamad Yusoff

2006-kini : Dato’ Seri Syed Ibrahim bin Kader

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Indian based political parties, Bob Kee
  2. ^ "Samy Vellu halang KIMMA sertai BN, 15/07/2008, Utusan Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-06. Dicapai pada 2010-04-27.
  3. ^ Kimma seeks Malay status for Indian Muslims, 25 September 2005, Cakap Tak Serupa Bikin
  4. ^ "IPF To Support BN Candidates In General Election - Pandithan, 31 December 2007, Bernama". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-27. Dicapai pada 2010-04-27.
  5. ^ No talks, says the real Kimma head, 5 February 2008, The Star
  6. ^ Crisis within Malaysian Indian Muslim Congress, 03 June 2009, Bernama
  7. ^ Kimma: Pecat Mohd Fazil ikut perlembagaan, Abdul Rahim Sabri, 10 Jul 2009, Malaysiakini
  8. ^ Kimma jelas kontroversi di WP, Abdul Rahim Sabri & Rahmah Ghazali, 09 Jul 2009, Malaysiakini
  9. ^ Kimma now an associate member of Umno, 29 August 2010, The Star