Persatuan Belia Islam Nasional
Persatuan Belia Islam Nasional | |
---|---|
Penubuhan | |
Pengasas | farhan abdul aziz ISMA |
Asal | Malaysia |
Identiti | |
Kawasan berkhidmat | Malaysia |
Fokus | Belia Mahasiswa |
Moto | Meneraju Arus Mahasiswa |
Laman sesawang | pembina |
sunting |
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) (Jawi: ڤرساتوان بليا إسلام ناسيونل; Arab: جمعية الشباب الإسلامي الوطنى; Inggeris: National Islamic Youth Organization) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan juga merupakan antara pertubuhan belia Islam di Malaysia. Ditubuhkan pada September 2006 di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. PEMBINA mempunyai 17 cawangan aktif di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. [1]
Matlamat & Cabaran
[sunting | sunting sumber]PEMBINA menyatakan bahawa matlamat penubuhan pertubuhan ialah untuk mengumpul tenaga belia Islam secara positif demi kemakmuran negara melalui usaha berterusan dalam membangun sahsiah dan jatidiri secara bersepadu dan menyeluruh. PEMBINA memfokuskan gerak kerja kepada pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta[1].
Visi, misi & objektif
[sunting | sunting sumber]Matlamat penubuhan
[sunting | sunting sumber]Matlamat utama penubuhan PEMBINA adalah untuk menggembeleng tenaga golongan belia Islam Malaysia secara positif demi kemakmuran negara, melalui usaha berterusan dalam membangun syakhsiah dan jatidiri belia, serta gerak kerja kemasyarakatan yang mesra, bersepadu dan tersusun. Sejak penubuhannya, PEMBINA secara aktif terlibat dengan aktivisme belia, khususnya dikalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.
Cabaran Penyediaan Generasi Baru
[sunting | sunting sumber]PEMBINA optimis bahawa golongan belia Islam di Malaysia secara umumnya memiliki potensi untuk menjadi bangsa yang hebat, walaupun sering dikaitkan dengan masalah-masalah sosial dan krisis identiti. Apa yang perlu dilakukan adalah kembali menghayati Islam sebagai cara hidup, memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, serta bersungguh-sungguh malaksanakan Islam dalam kehidupan. Inilah mesej yang ingin dibawa oleh PEMBINA kepada masyarakat.
Slogan
[sunting | sunting sumber]Kepimpinan Pusat
[sunting | sunting sumber]Secara umumnya, PEMBINA sama ada di peringkat pusat mahupun di peringkat cawangan diterajui oleh campuran di antara generasi belia yang sudah bekerja dan generasi belia yang masih belajar di institusi pengajian tinggi.[2]
Jawatankuasa Pusat
[sunting | sunting sumber]PEMBINA dipimpin oleh Ibrahim Bin Mohd Hasan sebagai presiden untuk sesi 2012/2013.
Jawatan | Nama |
---|---|
Presiden | Ibrahim Bin Mohd Hasan |
Timbalan Presiden | Azril Hanafi Bin Abdullah Sharwani |
Naib Presiden 1 (Penerangan) | Abdul Hakim Bin Adzman |
Naib Presiden 2 (Ketua Beliawanis) | Norhamimah Bt Ibrahim |
Setiausaha Agung | Salman Bin Abdul Rahman |
Timbalan Setiausaha | Anis Sakinah Bt Rosli |
Bendahari | Hidayah Bt Jasmi |
JK Politik Kampus | Muhammad Uzair Izzat Amir Bin Muhammad |
JK Kajian Dan Informasi | Muhammad Aiman Bin Ahmad Faudzi |
JK Media | Nurnaima Bt Zainuddin |
JK Pembangunan Organisasi | Roszida Bt Kamaruddin |
Kepimpinan peringkat cawangan
[sunting | sunting sumber]PEMBINA mempunyai cawangan di seluruh negeri di Malaysia[3].
Jawatankuasa cawangan
[sunting | sunting sumber]Cawangan | Pengerusi | Ketua Beliawanis |
---|---|---|
Perlis | ||
Kedah | ||
Pulau Pinang | ||
Perak | Ahmad Khairi Bin Zazali | Nurul Izzati Binti Othman |
Gombak | ||
Kuala Lumpur | Mohamad Nurza'im bin Ab. Sota | Nur aqilah zainurdin |
Bangi | Mohd Azlan | Mariam Malek |
Shah Alam | ||
Klang | ||
Melaka | ||
Negeri Sembilan | Muhammad Mabrur bin Ahmad | Khairunnisa binti Ramli |
Johor | ||
Kelantan | ||
Kuala Terengganu | Kamarul Azizan bin Abd Raman | Tasnim bt Abdul Rahman |
Dungun | ||
Kemaman | ||
Pahang | Abdul Rahman Salimin | |
Sabah | ||
Sarawak |
Lagu rasmi PEMBINA
[sunting | sunting sumber]Tajuk: Bersatu Belia
Lagu/lirik: Fuad FETYA [4].
- Dengan nama Allah Yang Perkasa
- Di sana berdiri pemuda
- Kekuatan di tangan kita
- Mengangkat nusa dan bangsa
- Cita-cita kita yang suci
- Menjadi inspirasi
- Tertegak daulah yang tinggi
- PEMBINA membangun negeri
- Teraju umat sejahtera
- Peninggi nilai jiwa
- Membangun seluruh buminya
- Untuk redho Tuhannya
- PEMBINA menjulang tinggi
- Sifat belia sejati
- Berwawasan bercita murni
- Di bawah naungan Ilahi
- Semarak kita melangkah
- Mengibar panji medeka
- Risalah Nabi dibaca
- Malaysia kita berjaya
- Semaikanlah bakti dan budi
- Walau di mana berdiri
- Dengan jiwa resmi padi
- Kita bersatu hati
- Bersatulah Belia Islam Nasional
PEMBINA di IPT
[sunting | sunting sumber]PEMBINA mempunyai beberapa cawangan di beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia. Namun begitu, PEMBINA di IPT bergerak aktif sebagai sebuah kelab ataupun persatuan pelajar yang masih di bawah kawalan pengurusan IPT tersebut.
Pembangunan jatidiri
[sunting | sunting sumber]Aktivisme Mahasiswa
[sunting | sunting sumber]Isu-isu belia
[sunting | sunting sumber]PEMBINA dalam media perdana
[sunting | sunting sumber]Walaupun PEMBINA dilaporkan mula bergerak aktif seawal penubuhannya pada tahun 2006, kewujudan PEMBINA belum dirasai seperti pertubuhan belia sedia ada seperti ABIM dan GPMS. PEMBINA mula mendapat tempat di mata masyarakat khususnya golongan belia pada tahun 2009 melalui penganjuran Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis. Dr. Azzam Tamimi, seorang aktivis politik dan ahli akademik Palestin merupakan antara panelis jemputan yang hadir [5]. Konvensyen yang dianjur bersama oleh Aman Palestin ini diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur telah berjaya menarik 3000 orang belia sebagai peserta.
PEMBINA mula dilihat mendapat tempat dalam media perdana apabila terlibat secara langsung dalam penganjuran Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Stadium Melawati Shah Alam pada tahun 2011[6]. PEMBINA menjadi badan utama yang membawa para belia dari seluruh Malaysia untuk hadir ke program ini[7]. Sepanduk berlogo PEMBINA memenuhi ruang stadium[8]. Presiden PEMBINA juga diberi peluang memberi pidato pada majlis tersebut[9].
Merdeka Review melaporkan bahawa PEMBINA bersama-sama pertubuhan belia yang lain telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan polis yang tidak profesional sewaktu meleraikan Himpunan Kebebasan Akademik 2011 di perkarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak berikutan penangkapan Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia di PWTC[10]. Namun begitu, PEMBINA menafikan terlibat sama dalam mengeluarkan kenyataan tersebut dengan menyatakan berlaku salah faham maklumat yang diberikan kepada GAMIS yang mewakili gerakan mahasiswa yang mengeluarkan kenyataan tersebut[11].
PEMBINA dan ISMA
[sunting | sunting sumber]Affliasi
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Pengenalan PEMBINA
- ^ Jawatankuasa Pusat PEMBINA 2012
- ^ Pejabat PEMBINA Cawangan
- ^ Lagu PEMBINA
- ^ Mokhtar Sah Malik, Konvensyen berakhirnya Agenda Zionis, 2009
- ^ Senarai NGO penganjur HIMPUN
- ^ PEMBINA sertai HIMPUN 22 Oktober ini, capaian 29 September 2011
- ^ Tok Ki, "Himpun bangkitkan kesedaran umat Islam Malaysia", Utusan Malaysia, 26 Oktober 2011.
- ^ Gunakan segala kemudahan martabatkan Islam - Zafry, capaian 24 Oktober 2011
- ^ Keganasan polis di UPSI: 17 badan tidak teragak-agak lanjutkan isu ke antarabangsa, capaian 4 Januari 2012
- ^ Penafian terlibat dalam kenyataan media & penjelasan atas salah faham yang berlaku, capaian 4 Januari 2012