Pergi ke kandungan

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1982

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya negeri
Negeri Sembilan 1982

← 1978 22 April 1982[a] 1986 →

Semua 24 kerusi dalam
Dewan Undangan Negeri Sembilan
13 kerusi diperlukan untuk majoriti
  Parti majoriti Parti minoriti
 
Pemimpin Rais Yatim Hu Sepang
Parti UMNO DAP
Gabungan BN
Kerusi pemimpin Tidak bertanding Rahang
Pilihan raya
lepas
21 kerusi, 59.33% 3 kerusi, 28.83%
Kerusi yang
dimenangi
22 2
Perubahan kerusi ▲1 ▼1
Undian popular 122,389 48,524
Peratusan 66.33% 26.30%
Peralihan undi ▲7.0pp ▼2.53pp

Menteri Besar sebelum pilihan raya

Rais Yatim
Barisan Nasional

Terpilih

Mohd Isa Abdul Samad
Barisan Nasional

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 1982 ialah pilihan raya negeri yang keenam di Negeri Sembilan. Pilihan raya ini telah diadakan pada hari Sabtu, 22 April 1982, serentak dengan pilihan raya umum tahun tersebut. Jumlah kerusi yang dipertandingkan ialah sebanyak 24 buah kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Rais Yatim hanya bertanding kerusi Parlimen dan tidak mempertahankan kerusi di peringkat negeri.[1] Isa Samad, yang memenangi kerusi Linggi tanpa bertanding dan bekas ahli Exco negeri, dilantik sebagai Menteri Besar yang baru.[2]

Pilihan raya di kawasan Gemencheh telah ditangguhkan pada 22 Mei 1982 akibat pembunuhan calon Barisan Nasional, Mohamad Taha Talib pada 15 April.[3]

Pencalonan

[sunting | sunting sumber]

Seramai 57 orang telah mencalonkan diri di hari penamaan calon yang diadakan pada 5 April 1969. Hari penamaan calon bagi pilihan raya tertangguh di kawasan Gemencheh ditetapkan pada 5 Mei.[3] Calon-calon tersebut terdiri dari calon parti politik dan juga calon berpendirian bebas.

Gabungan pemerintah, Barisan Nasional telah meletakkan calonnya di kesemua kawasan yang dipertandingkan, seperti pilihan raya sebelumnya. Parti Tindakan Demokratik menjadi parti pembangkang dengan jumlah calon paling ramai iaitu 17 orang. Parti Islam Se-Malaysia pula diwakili 11 orang. Sebuah parti baharu, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia membuat kemunculan pertama dalam pilihan raya Negeri Sembilan dengan menghantar seorang calon.

Dua orang calon Barisan Nasional disahkan menang tanpa bertanding, iaitu di Jempol dan Linggi.

Jumlah calon bertanding[4]
Bil. Parti politik Akronim Bilangan calon
1 Barisan Nasional BN 24
1 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO 15
2 Persatuan Cina Malaysia MCA 7
3 Kongres India Malaysia MIC 1
4 Parti Gerakan Rakyat Malaysia GERAKAN 1
2 Parti Tindakan Demokratik DAP 17
3 Parti Islam Se-Malaysia PAS 11
4 Parti Pekerja-Pekerja Malaysia PPPM 1
5 Bebas 4
Jumlah calon 57

Senarai calon

[sunting | sunting sumber]
Bil Kawasan Penyandang Calon
Nama Parti Nama Parti
1 Kuala Klawang Lim Kim Kee BN (MCA) Wong See Wah BN (MCA)
Loke Kin Teck DAP
Abdul Hamid Tinggal Bebas
Lee Yuen Hon Bebas
2 Pertang Rais Yatim BN (UMNO) Abdul Kadir Md Kassim BN (UMNO)
Yaip Sen Kiong DAP
Ibrahim Bagak PAS
3 Bahau Thong Hiang Kim BN (MCA) Chew Hock Thye BN (MCA)
Loo Ah Man DAP
Raja Aziz Raja Karim PAS
4 Jempol Jaafar Harun BN (UMNO) Mohd Khalid Yunus BN (UMNO)
5 Lenggeng Siow Soong Sang BN (MCA) Gan Kong Seng BN (MCA)
Lum Kong DAP
Jalaludin Shamsudin Bebas
6 Pantai Khatimah Ibrahim BN (UMNO) Khatimah Ibrahim BN (UMNO)
Raman Krishna Nair DAP
7 Labu Shahardin Hashim BN (UMNO) Shahardin Hashim BN (UMNO)
Othman Md Atas DAP
8 Rantau Sheikh Md Hamid Mohd Said BN (UMNO) Ismail Lebai Kamat BN (UMNO)
Yap Sin Kin DAP
9 Rasah Kuppusamy Maruthy DAP Cheah Yee Kooi BN (MCA)
Kuppusamy Maruthy DAP
10 Rahang Chen Man Hin DAP Chan Choong Tak BN (GERAKAN)
Hu Sepang DAP
11 Sungai Ujong Hu Sepang DAP Oh Her Sang BN (MCA)
Pang Kai Tong DAP
Lim Joo Lim PPPM
12 Terentang Mohd Yazid Baba BN (UMNO) Mohd Yazid Baba BN (UMNO)
Loo Yoon Choy DAP
13 Seri Menanti Ahmad Kasim BN (UMNO) Ahmad Kasim BN (UMNO)
Mohamed Saleh Ibrahim PAS
14 Ulu Muar Abdul Kadir Abdullah BN (UMNO) Ali Manat BN (UMNO)
Ujang Yatim PAS
15 Pilah Tunku Kelsom Tunku Muda Chik BN (UMNO) Ramli Ujang BN (UMNO)
Abdul Razak Ilong DAP
Mohamed Noh Muharam PAS
16 Johol Hamzah Yatim BN (UMNO) Ishak Mohd Yusof BN (UMNO)
Othman Hamzah PAS
17 Jimah Yap Ah Peng BN (MCA) Yap Ah Peng BN (MCA)
Edward Pang DAP
18 Si Rusa A. Ponniah BN (MIC) Muthupalaniappan Muthuraman BN (MIC)
Yusof Bador DAP
19 Pasir Panjang Mustafa Hassan BN (UMNO) Mustafa Hassan BN (UMNO)
Md Harun Abd Ghani DAP
Ishak Ibrahim PAS
20 Linggi Mohd Isa Abdul Samad BN (UMNO) Mohd Isa Abdul Samad BN (UMNO)
21 Kota Dahalan Aman BN (UMNO) Ismail Mohd Yassin BN (UMNO)
Azhari Hamzah PAS
22 Gemencheh Mohamad Taha Talib BN (UMNO) Waad Mansor BN (UMNO)
Lee Kong Chon DAP
Mohd Ali Napiah Ismail PAS
Hashim Pilus Bebas
23 Gemas Md Salleh Md Hashim BN (UMNO) Md Salleh Md Hashim BN (UMNO)
Jaafar Ahmad PAS
24 Rompin Yee Kok Ching BN (MCA) Yee Kok Ching BN (MCA)
Lee Yuen Fong DAP
Nordin Suman PAS

Keputusan

[sunting | sunting sumber]

Barisan Nasional berjaya mengekalkan kemenangan mereka seperti pilihan-pilihan raya sebelumnya dengan memenangi 22 daripada 24 kerusi yang dipertandingkan, lebih satu kerusi berbanding pilihan raya lepas. Gabungan itu juga mengalami peningkatan prestasi apabila undi yang diraih mereka meningkat dalam enam peratus, iaitu 66 peratus daripada jumlah keseluruhan undi. Parti pembangkang, khususnya Parti Tindakan Demokratik sebaliknya mengalami kemerosotan apabila kehilangan satu kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya lepas. Hanya dua kerusi yang berjaya dimenangi mereka, dan undian yang diraih juga menurun kepada 26 peratus.

Parti atau gabunganUndi%Kerusi+/–
Barisan NasionalPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu68,61137.19150
Persatuan Cina Malaysia42,99123.306+1
Kongres India Malaysia4,7632.5810
Parti Gerakan Rakyat Malaysia6,0243.2600
Jumlah122,38966.3322+1
Parti Tindakan Demokratik48,52426.302–1
Parti Islam Se-Malaysia8,7594.7500
Parti Pekerja-Pekerja Malaysia1110.060Baharu
Bebas4,7232.5600
Jumlah184,506100.00240
Undi sah184,50697.59
Undi rosak/kosong4,5502.41
Jumlah undi189,056100.00
Pengundi berdaftar/keluar mengundi247,43476.41
Sumber: Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum: Parlimen & Dewan Undangan Negeri (1959-1999)[5]

Kerusi bertukar parti

[sunting | sunting sumber]
Kawasan negeri Parti terdahulu (1974) Parti semasa (1982)
Sungai Ujong DAP BN (MCA)
  1. ↑ Pilihan raya di kawasan Gemencheh telah ditangguhkan kepada 22 Mei 1982 setelah pembunuhan calon BN, Mohamad Taha Talib pada 15 April.
  1. ↑ https://news.google.com/newspapers?id=MrMTAAAAIBAJ&sjid=fI4DAAAAIBAJ&pg=2397%2C4860523
  2. ↑ https://news.google.com/newspapers?id=ebYTAAAAIBAJ&sjid=6I8DAAAAIBAJ&pg=6484%2C5502583
  3. 1 2 "New date for Gemencheh seat". The Straits Times. 16 April 1982. Dicapai pada 20 Julai 2026 – melalui NewspaperSG.
  4. ↑ "Negeri Sembilan: Pilihan Raya Negeri 1982". ElectionData.MY. Dicapai pada 2026-07-01.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  5. ↑ Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum: Parlimen & Dewan Undangan Negeri (1959-1999). Kuala Lumpur, Malaysia: Anzagain. m/s. 718–721. ISBN 983-037-152-2.