Pergi ke kandungan

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2004

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya negeri
Negeri Sembilan 2004

← 1999 21 Mac 2004 2008 →

Semua 36 kerusi dalam
Dewan Undangan Negeri Sembilan
19 kerusi diperlukan untuk majoriti
  Parti majoriti Parti minoriti
 
Pemimpin Mohamad Hasan Anthony Loke
Parti UMNO DAP
Gabungan Barisan Nasional
Kerusi pemimpin Rantau Lobak
Pilihan raya
lepas
32 kerusi, 60.16% 0 kerusi, 16.35%
Kerusi yang
dimenangi
34 2
Perubahan kerusi ▲2 ▲2
Undian popular 207,407 42,440
Peratusan 68.09 13.93
Peralihan undi ▲7.93pp ▼2.42pp

Menteri Besar sebelum pilihan raya

Mohd Isa Abdul Samad
Barisan Nasional

Terpilih

Mohamad Hasan
Barisan Nasional

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2004 ialah pilihan raya negeri yang ke-11 di Negeri Sembilan. Pilihan raya ini telah diadakan pada hari Ahad, 21 Mac 2004, serentak dengan pilihan raya umum tahun tersebut. Jumlah kerusi yang dipertandingkan ialah sebanyak 36 buah kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Barisan Nasional berjaya mengekalkan kemenangan berturutan mereka dalam pilihan raya negeri di Negeri Sembilan, dengan memenangi 34 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan. Parti Tindakan Demokratik pula memenangi dua kerusi selebihnya, selepas gagal memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya lalu.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan telah dibubarkan pada 4 Mac 2004, serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat di peringkat persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi. Pembubaran ini diadakan sembilan bulan lebih awal dari tempoh sebenar akhir penggal sidang yang diperuntukkan perlembagaan.[1]

Proses persempadanan semula kawasan pilihan raya telah diadakan pada tahun 2003, menyaksikan penambahan empat kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Garis masa

[sunting | sunting sumber]
Hari Tarikh
Pembubaran Parlimen/DUN 3 Mac 2004
Pengeluaran Writ pilihan raya 6 Mac 2004
Hari penamaan calon 13 Mac 2004
Tempoh berkempen 13–20 Mac 2004
Hari mengundi 21 Mac 2004

Jumlah calon

[sunting | sunting sumber]

Seramai 72 orang telah mencalonkan diri di hari penamaan calon pada 13 Mac 2004. Calon-calon ini terdiri daripada tiga pihak atau parti, iaitu Barisan Nasional, Barisan Alternatif dan Parti Tindakan Demokratik. Parti Tindakan Demokratik yang sebelumnya bertanding di bawah Barisan Alternatif pada pilihan raya lepas, telah meninggalkan gabungan itu pada tahun 2001 dan memilih untuk bertanding secara solo dalam pilihan raya ini. Walaupun telah berpecah, Parti Tindakan Demokratik dan Barisan Alternatif masih bekerjasama untuk mengelakkan pertindihan calon-calon mereka di setiap kawasan.

Buat pertama kalinya juga tiada calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya negeri di negeri ini.

Jumlah calon yang bertanding
Bil. Parti politik Akronim Jumlah calon
1 Barisan Nasional BN 36
1 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO 22
2 Persatuan Cina Malaysia MCA 10
3 Kongres India Malaysia MIC 2
4 Parti Gerakan Rakyat Malaysia GERAKAN 2
2 Barisan Alternatif BA 25
1 Parti Islam Se-Malaysia PAS 14
2 Parti Keadilan Rakyat PKR 11
3 Parti Tindakan Demokratik DAP 11

Senarai calon

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai nama calon yang bertanding bagi merebut 36 kerusi DUN Negeri Sembilan tahun 2004[2]

Dewan Undangan Negeri Sembilan
Bil Kawasan Calon Parti Undi Calon Parti Undi Majoriti
1 Chennah Lim Yong @ Lim Chen BN 4,104 Ean Yong Tin Sin DAP 2,573 1,531
2 Pertang Razak Mansor BN 3,874 Mohd Shahrir Zakaria PKN 1,780 2,094
3 Sungai Lui Zainal Abidin Ahmad BN 6,490 Norman Ipin PAS 1,846 4,644
4 Klawang Jalaluddin Alias BN 3,555 Jaaman @ Sharman Abu PAS 2,247 1,308
5 Serting Lilah Yasin BN 7,787 Ramli Abu Bakar PAS 2,556 5,231
6 Palong Aziz Shamsuddin BN 7,245 Rebin Birham PKN 1,899 5,346
7 Jeram Padang Krishnan a/l Letchumanan BN 5,023 Raja Gopal a/l Samoo PKN 939 4,084
8 Bahau See Ah Kow BN 4,902 Lim Fui Ming DAP 5,544 642
9 Lenggeng Ishak Ismail BN 6,348 Zulkefly Mohamad Omar PAS 2,406 3,942
10 Nilai Peter Lai Yit Fee BN 6,451 Lee Kwee Leong DAP 3,692 2,759
11 Lobak Khoo Seng Hock BN 4,149 Loke Siew Fook DAP 5,991 1,842
12 Temiang Lee Yuen Fong BN 4,179 Yap Yew Weng DAP 3,260 919
13 Sikamat Md. Yusop Harmain Shah BN 7,031 Rosidan Mohamed PKN 3,330 3,701
14 Ampangan Zakaria Nordin BN 7,418 Mohamad Rafie Ab Malek PKN 3,353 4,065
15 Juasseh Mohammad Razi Kail BN 4,672 Roslan Alias PKR 1,608 3,064
16 Seri Menanti Ibrahim Yahaya BN 3,736 Abd Rahim Yusof PAS 2,178 1,558
17 Senaling Ismail Lasim BN 3,860 Zaharuddin Othman PAS 1,344 2,516
18 Pilah Norhayati Omar BN 4,714 Asmaon Bashir PKN 2,529 2,185
19 Johol Roslan Md Yusoff BN 4,354 Kamarudin Md. Tahir PAS 1,995 2,359
20 Labu Muhamad Shahlan Shaid BN 5,605 Syed Mohd Fuad Syed Ahmad PAS 2,932 2,673
21 Bukit Kepayang Chan Khee Voon BN 4,299 Gunasekaran a/l Palaisamy DAP 3,869 430
22 Rahang Yip Chee Kiong BN 5,354 Arumugam Karuppan DAP 3,598 1,756
23 Mambau Yu Chok Tow BN 5,714 Cha Kee Chin DAP 4,197 1,517
24 Senawang Woo Ah Lek @ Woo Siak Chee BN 7,378 Lau Tek Hai PKN 2,738 4,640
25 Paroi Bibi Sharliza Mohd Khalid BN 7,524 Rosli Yaakop PAS 3,417 4,107
26 Chembong Mohamad Rais Zainuddin BN 7,482 Mokhtar Borhan PAS 1,788 5,694
27 Rantau Mohamad bin Haji Hasan BN 8,031 Badrul Hisham Shaharin PKN 1,832 6,199
28 Kota Awaludin Said BN 6,660 Zainal Jihin PAS 2,059 4,601
29 Chuah Foo Ming Chee BN 5,276 Ab Manap Sahardin PKN 2,042 3,234
30 Lukut Yeow Chai Thiam BN 4,471 Wong Hong Chuan DAP 2,967 1,504
31 Bagan Pinang Mohd Faizal Ramli BN 5,967 Hassan Alias PAS 1,556 4,411
32 Linggi Ismail Taib BN 7,138 Mustafa Embok PKN 1,876 5,262
33 Port Dickson Rajagopalu a/l Thamotharapillay BN 4,954 John a/l Fernandez DAP 3,061 1,893
34 Gemas Jamlus Aziz BN 8,610 Md Rais Mohammad Basiron PAS 1,768 6,842
35 Gemencheh Mohd Kamil Abd Aziz BN 6,514 Zakaria Khalim PAS 2,744 3,770
36 Repah Gan Chin Yap BN 6,538 Kok Chan Wah DAP 3,688 2,850

Keputusan

[sunting | sunting sumber]

Gabungan kerajaan, Barisan Nasional memenangi pilihan raya ini dan berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga mereka dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan. Mereka memenangi 34 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan, dan meraih sekitar 68 peratus daripada jumlah keseluruhan undi. Gabungan itu juga menunjukkan peningkatan prestasi dengan peningkatan peratusan undi sebanyak lapan peratus berbanding pilihan raya sebelumnya.

Parti Tindakan Demokratik juga mencatatkan kejayaan dalam pilihan raya ini setelah berjaya memenangi semula dua kerusi mereka yang dirampas BN pada pilihan raya sebelumnya, iaitu Lobak dan Bahau. Hal ini mungkin disebabkan keputusan yang dibuat oleh parti itu untuk meninggalkan gabungan Barisan Alternatif dan bertanding secara sendiri. Namun, undian yang diraih merekodkan penurunan apabila mereka meraih 13.9 peratus undian, berkurang dua peratus dari pilihan raya lepas. Barisan Alternatif yang kini hanya terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia dan Parti Keadilan Rakyat gagal memenangi sebarang kerusi.

Parti atau gabunganUndi%Kerusi+/–
Barisan NasionalPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu134,61544.1922+2
Persatuan Cina Malaysia51,13816.798–1
Parti Gerakan Rakyat Malaysia11,6773.832+1
Kongres India Malaysia9,9773.2820
Jumlah207,40768.0934+2
Barisan AlternatifParti Islam Se-Malaysia30,83610.1200
Parti Keadilan Rakyat23,9267.8500
Jumlah54,76217.9800
Parti Tindakan Demokratik42,44013.932+2
Jumlah304,609100.0036+4
Undi sah304,60996.79
Undi rosak/kosong10,1113.21
Jumlah undi314,720100.00
Pengundi berdaftar/keluar mengundi429,78673.23
Sumber: ElectionData.MY

Kerusi yang bertukar parti

[sunting | sunting sumber]
No. Bahagian pilihan raya Penyandang (1999) Semasa (2004)
N08 Negeri Sembilan Bahau Barisan Nasional Parti Tindakan Demokratik
N11 Negeri Sembilan Lobak Barisan Nasional Parti Tindakan Demokratik
  1. ↑ "Dr M yakin masa bubar Parlimen sesuai" (PDF). Berita Harian. 5 Mac 2004. Dicapai pada 7 September 2021 – melalui Yayasan Kepimpinan Perdana.
  2. ↑ http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkhir.php