Raja Ahmad Alauddin
Raja Ahmad Alauddin | |
---|---|
Kelahiran | Raja Ahmad Alauddin bin Raja Mohamed Redzuan 19 Januari 1957 |
Meninggal dunia | 29 Ogos 2019 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia | (umur 62)
Sebab kematian | Tidak diketahui[1] |
Nama lain | Abang Raja |
Pendidikan | Pembikinan Filem dan Seni Perfileman |
Pusat pendidikan |
|
Pekerjaan | Pengarah |
Tahun aktif | 1990–2019 |
Raja Ahmad Alauddin bin Raja Mohamed Redzuan (19 Januari 1957–29 Ogos 2019) merupakan seorang pengarah televisyen dan filem Malaysia. Beliau juga ialah pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), pernah dinobatkan Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) melalui filem Hati Bukan Kristal (1990).[2]
Raja Ahmad Alauddin merupakan lulusan pembikinan filem di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor dan di Amerika Syarikat. Beliau juga mempelajari seni perfileman di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.[3]
Beliau meninggal dunia di kediamannya di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 6 pagi 29 Ogos 2019. Kematiannya disedari selepas beliau tidak muncul di tingkat bawah kediamannya untuk diambil pemandu yang sepatutnya membawa beliau ke lokasi penggambaran drama Pesan Pada Hati di Sungai Long, Kajang.[2][4][5] Drama itu merupakan arahan terakhir beliau dan ia dtujukan khas dalam ingatannya.[6]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem arahan[sunting | sunting sumber]
- Hati Bukan Kristal (1990)
- Lurah Dendam (1996)
- Qaisy & Laila (2005) - juga sebagai penulis skrip
- Kayangan (2007)
Drama arahan[sunting | sunting sumber]
- Wadi Unung (2009)
- Segalanya Ku Terima (2009)
- Ahmad Durrah (2010)
- Atas Nama Cinta (2012)
- Seindah Sabarmu (2013)
- Ariana Rose (2013)
- Sebenarnya, Saya Isteri Dia! (2013)
- Hanya di Atas Kertas (2014)
- Mencintaimu (2015)
- Demi Cinta Ain (2016)
- Ku Kirim Cinta (2017)
- Curi-Curi Cinta (2019)
- Aurora Aisyah (2019)
- Kamar Kamariah (2019)
- Pesan Pada Hati (2019) - drama terakhir arahan
Telefilem arahan[sunting | sunting sumber]
- Fatihah Buatku (2014)
- Ada Sejadah Panjang Terbentang (2015)
Anugerah[sunting | sunting sumber]
- Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 (1991)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Pengarah Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia". Astro Awani. 29 Ogos 2019. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
- ^ a b Hanisah Selamat (30 Ogos 2019). "Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
- ^ Dennis Chua (29 Ogos 2019). "#Showbiz: Gentle soul who guided like good friend". New Straits Times. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
- ^ Hasnurul Mohamed (29 Ogos 2019). "Pengarah Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
- ^ "Pengarah Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia". Malaysiakini. 29 Ogos 2019. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
- ^ "Tak sempat siap drama terakhir, Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia". URTV. 29 Ogos 2019. Dicapai pada 30 Ogos 2019.