Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim
Center
Lokasi
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Nama lamaGovernment English School, Sultan Abdul Hamid School, Sekolah Menengah Ibrahim
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoFinis Coronat Opus
(Penamat Menentukan Takhta)
Ditubuhkan1919
Autoriti pendidikanKuala Muda / Yan
SesiPagi
Nombor sekolah604-4212633
Kod sekolahKEB3049
Kakitangan17 (2019)
Fakulti102 (2019)
JantinaLelaki dan Perempuan
Bahasa pengantarBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganIbrahim No.1
LaguUsaha Tangga Kejayaan
SingkatanSMK Ibrahim, SMKI
Kemasukan1052 (2019)
Faks604-4227461


Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim (singkatan: SMK Ibrahim atau SMKI), ialah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan bersesi pagi yang terletak di bandar Sungai Petani, Kedah. Sekolah ini menawarkan pendidikan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 serta Tingkatan 6. Kemudahan asrama juga ditawarkan bagi pelajar sekolah yang berminat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim amat dikenali untuk kecemerlangannya dalam bidang akademik dan kokurikulum. Sekolah ini merupakan penerima anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 2019, SMK Ibrahim menjadi sekolah terbaik di negeri Kedah, pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, dari segi bilangan pelajar yang mendapat keputusan semua A+.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim mula dibuka pada bulan Ogos 1919 oleh Encik E.A.G. Stuart, Pengarah Pendidikan Kedah dan Perlis, Tanah Melayu British. Sekolah telah dinamakan sebagai Government English School. Pada mulanya tapak asal Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim terletak di Pejabat Telekom Malaysia, Sungai Petani (sekarang). Sekolah terdiri daripada sebuah rumah panjang yang mempunyai lantai bersimen dan dinding berkayu dengan mempunyai tiga bilik darjah.

Sebelum sekolah dibuka, En. Stuart mengundang guru dari Government English School (sekarang Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar untuk memegang jawatan sebagai pengetua sekolah yang baru ditubuhkan itu. Allahyarham Tuan Syed Jan Al-Jafree dipilih sebagai guru besar yang pertama dengan seorang guru penolong iaitu Encik Mohamed bin Suparman.

Pada tahun 1921 dan 1922, tiga lagi guru dihantar ke sekolah ini memandangkan bilangan pelajar yang meningkat. Kerajaan menyewa sebuah rumah kedai di Jalan Petri untuk memberi kawasan yang lebih bagus dan luas bagi bilangan pelajar yang bertambah ini.

Pada tahun 1935, sekolah ini dipindahkan ke premis yang ada sekarang yang terletak di Jalan Kolam Air, Sungai Petani dengan keluasan 30.29 ekar. Premis baru ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Kedah ketika itu, En. La. M. Stowell, dan ditukarkan dengan nama baharu iaitu Sultan Abdul Hamid School.

Pada tahun 1936, nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada Sekolah Menengah Ibrahim (Ibrahim Secondary School) sebagai mengenang jasa Almarhum Yang Teramat Mulia Tengku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah, yang menjadi pemangku Sultan Kedah dari tahun 1913 hingga 1914.

Semasa Perang Dunia Kedua, sekolah ini terpaksa ditutup untuk dijadikan markas tentera Jepun. Sekolah ini dibuka semula pada bulan Oktober 1945 selepas Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1954, sekolah ini dibahagikan kepada bahagianrendah dan bahagian menengah. Bahagian rendah dikelolakan oleh Encik Mohamad bin Man. Pada tahun 1960, Pengarah Pelajaran Kedah, Encik Halliday memecah terus Sekolah Ibrahim. Sekolah rendah dikenali sebagai Sekolah Rendah Ibrahim (sekarang Sekolah Kebangsaan Ibrahim) di bawah guru besarnya yang pertama, Encik Lim Chin Gee. Sekolah ini adalah untuk murid lelaki sahaja.

Pada tahun 1959, bilangan pelajarnya adalah seramai 950 orang dan bilangan ini meningkat kepada 1,423 orang pada tahun 1971.

Selain daripada perkembangannya dalam pelajaran, sekolah ini juga mengadakan beberapa rancangan untuk membantu murid-murid yang miskin misalnya pada tahun 1963, mereka ini telah diberi bantuan berupa makanan percuma di kantin, buku teks, pakaian dan lain-lain.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kecemerlangan Kluster


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim
Jalan Kolam Ayer
08000, Sungai Petani
Kedah, Malaysia
Telefon = 604-4212633
Faks = 604-4227461

Pautan luar[sunting | sunting sumber]