Mohamad Ariff Md Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Tan Sri Dato'
Mohamad Ariff Md. Yusof
PSM; DSDK (Kedah)
Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-9
Memegang jawatan
16 Julai 2018
Dicalonkan olehMahathir Mohamad
Dilantik olehSultan Muhammad V
RajaSultan Muhammad V
Al-Sultan Abdullah
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Didahului olehPandikar Amin Mulia
Hakim Mahkamah Tinggi Malaysia
Dalam jawatan
Oktober 2009 – 2012
Profesor Madya di Fakulti Undang-undang , Universiti Malaya, Malaysia
Dalam jawatan
1974–1985
Butiran peribadi
LahirMohamad Ariff bin Md. Yusof
1949 (umur 69–70)
Sungai Petani, Kedah
Parti politikPakatan-harapan-logo.jpg Parti Amanah Negara Flag.svg PH-AMANAH (2015-2018)
     Bebas (2018-kini)
PasanganPuan Sri Hakimah Hassan
Alma materLondon School of Economics
ProfesionHakim, Peguam


Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Yang Berhormat Tan Sri Dato Mohamad Ariff bin Md Yusof ialah ahli politik Malaysia merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat[1] bermula dari 16 Julai 2018 lalu. Beliau adalah mantan Hakim Mahkamah Tinggi Malaysia dan Mahkamah Rayuan Malaysia dan merupakan seorang peguambela dan peguamcara dalam profesion. Merupakan Speaker Dewan Rakyat pertama yang tidak mewakili mana-mana parti politik di Malaysia.[2]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilahirkan di Sungai Petani, Kedah pada tahun 1949. Merupakan seorang lulusan ijazah dari London School of Economics dalam bidang perundangan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau telah bertugas di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya selepas menamatkan pengajiannya di London School of Economics. Pada tahun 1986, beliau telah menjadi peguambela dan peguamcara di firma guaman beliau sendiri, iaitu, firma Cheang and Ariff.[3]

Kemudian, beliau telah menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Pengarah Jabatan Kawalselia Pasaran dari tahun 1993 hingga 1995. Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai Pengarah di Kuala Lumpur Options and Super Exchange (KLOSE).


Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, beliau telah bertanding di kerusi DUN Kota Damansara menentang calon Barisan Nasional, Datuk Mohd Mokhtar Haji Ahmad Dahlan.[4] Beliau bagaimanapun telah tewas pada pertandingan satu lawan satu tersebut.

Beliau telah menganggotai Lembaga Penasihat Suruhanjaya Syarikat Malaysia dari tahun 2007 hingga 2008. Pada masa yang sama, beliau telah dilantik sebagai Rating Review Committee di Agensi Penarafan Malaysia pada 2008 lalu.

Dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Malaya pada 2008. Beliau telah dilantik sebagai hakim penuh pada tahun 2009. Kemudian, beliau telah bertukar kepada Mahkamah Rayuan pada tahun 2012. Selepas bersara pada tahun 2015, beliau telah kembali menyertai semula firma guaman beliau sendiri, Cheang and Ariff.

Semasa krisis kepimpinan di Perak pada 2009, beliau ketika itu adalah Hakim Mahkamah Tinggi. Beliau juga adalah hakim yang menarik balik penggantungan[5] ke atas buku yang dikarang oleh Sisters in Islam bertajuk Muslim Women and the Challenges of Islamic Extremism[6] oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia.

Sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pula, beliau telah mengetuai panel hakim bagi kes Teoh Beng Hock, seorang lelaki yang mati ketika dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau adalah seorang ahli biasa Parti Amanah Negara setelah melepaskan semua jawatan dalam parti selepas menerima tawaran berkhidmat sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Darjah Kebesaran Diraja

  1. MY-KED Order of Loyalty to the Royal House of Kedah - Knight Companion (DSDK).svg Beliau telah dianugerahkan Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato' pada 2012[7] .
  2. Order of Loyalty to the Crown of Malaysia - PSM.svg Panglima Setia Mahkota Beliau telah dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri pada 9 September 2019[8].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Rujukan[sunting | sunting sumber]