Kat Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kat Hassan
Kelahiran
Siti Khatijah binti Hassan

1987 (umur 34–35)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2006–kini

Siti Khatijah "Kat" Hassan (lahir 1987) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Mentor musim kedua dan dibimbing oleh Datuk Siti Nurhaliza.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, Kat pernah terpilih sebagai peserta program realiti Mentor musim kedua yang mana beliau menjadi anak didik penyanyi Datuk Siti Nurhaliza. Sepanjang bersama Mentor 2, Kat tampil dengan vokal rock lantang dengan imej yang feminin.[2]

Kat melancarkan album solo pertamanya, Menggoda yang dikeluarkan pada 17 April 2012.[3] Kredit lakonan beliau termasuk Anak (2008) dan dua filem Lagenda Budak Setan (2012-14).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Kat dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang. Beliau ialah adik ipar kepada penyanyi rock Amy Search, di mana kakaknya, Norish Hassan ialah isteri kepada Amy.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wahiduzzaman (16 Mei 2012). "Kat Hassan Tidak Yakin Jadi Penyanyi". mStar Online. Dicapai pada 16 Mei 2012.
  2. ^ Mohd Arif Nizam Abdullah (16 Mei 2012). "Kat Mentor 2 tenggelamkan vokal Siti Nurhaliza". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-08. Dicapai pada 16 Mei 2012.
  3. ^ Nurul Nazirah Nazarudin (19 Mei 2012). "Kembali bangkit, Kat Hassan muncul Menggoda". Sinar Harian. Dicapai pada 19 Mei 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]