Awal Ashaari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Awal Ashaari
Awal Ashaari.jpg
Awal pada 2007.
Kelahiran Ahmad Awaluddin bin Ashaari
(1981-08-06) 6 Ogos 1981 (umur 36)
Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan Pelakon, Pengacara televisyen, model, jurucakap produk
Tahun aktif 2004–kini
Ketinggian 6' 0" 184cm
Pasangan Scha Al-Yahya (2012–kini)
Anak Lara Alana

Ahmad Awaluddin Ashaari atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari (lahir 6 Ogos 1981) ialah seorang pengacara televisyen, model, dan pelakon Malaysia. Beliau paling terkenal sebagai pengacara rancangan realiti One in a Million dan pelakon utama filem dan siri TV Impak Maksima.[1][2] Selain dari itu beliau juga telah ditawarkan pelbagai kerja pengacaraan majlis dan juga model jurucakap bagi beberapa produk-produk yang berada di pasaran.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Ahmad Awaluddin bin Ashaari pada 6 Ogos 1981 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kelapan daripada sembilan beradik. Beliau mendapat pendidikan di Metodhist Boy’s School. Kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti di Universiti Curtin di Lim Kok Wing dengan Ijazah Kepujian dalam Filem dan Televisyen. Beliau merupakan pemegang ijazah sarjana lanjutan dalam bidang komunikasi massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Permulaan kerjaya Awal bermula di sebuah syarikat pengiklanan yang cukup terkenal iaitu Leo Burnett Advertising, di mana beliau berkerja sebagai seorang eksekutif perakaunan. Beliau kemudian beralih arah menjadi seorang pembaca berita di 8TV Twenty Hundred selama 8 bulan pada tahun 2004-05. Beliau juga pernah mencuba nasib di musim pertama Malaysian Idol dan melayakkan dirinya sehingga tahap 30 teratas.

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Dunia pengacaraan beliau kemudian bermula dengan penglibatan beliau di dalam Beat TV (Astro Ria) diikuti dengan pelbagai pengacaraan lain seperti Sesi Teh Tarik F&N, One in a Million, Sensasi dan sebagainya.

Dalam pada itu dunia lakonan juga telah mula menjadi salah satu kerjaya beliau dengan penglibatan awalnya dalam drama Impian Illyana, diikuti dengan beberapa lakonan lain di layar filem dan skrin TV seperti Noktah Erna, Impian Illyana, 3R, Puteri, Seribu Erti, Misi XX-Ray, Cinta Medik, Impak Maksima,Tiga Serumah dan lain-lain.

Filem[sunting | sunting sumber]

Kerjaya filem Awal bermula pada 2007 menerusi filem drama muzikal Diva arahan Sharad Sharan. Seterusnya beliau muncul dalam filem aksi perlumbaan Impak Maksima arahan Ahmad Idham, yang mana beliau memegang watak sebagai Ayie, adik kepada watak lakonan Eizlan Yusof iaitu Johari. Pada tahun berikutnya, beliau berlakon di samping Farid Kamil dan Lisa Surihani di dalam filem drama komedi romantik I'm Not Single arahan Pierre Andre yang mana beliau berpasangan dengan Intan Ladyana. Pada 2009, beliau berlakon di samping Liyana Jasmay, Que Haidar dalam filem Malaikat Maut arahan Bade Hj. Azmi.

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Awal bersama isterinya, Scha membuka perniagaan mereka dikenali sebagai Schapoholics, yang diperoleh dari perkataan bahasa Inggeris, "Shopaholics".[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Awal Ashaari dan isterinya, Scha Al-Yahya ketika majlis perkahwinan mereka.

Pada 4 Mei 2012, Awal berkahwin dengan pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya (Scha). Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya.[5] Ijabkabul dilakukan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus. Majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).[6][7]

Siaran langsung majlis perkahwinan menerusi saluran Astro Ria terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal (hujan ?). Raqim Ahmad Ramli menjelaskan bahawa masalah itu akan diperbaiki. Sebelum ini perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU berjalan lancar.[8] Pasangan ini mendapat cahayamata perempuan diberi nama Lara Alana, dilahirkan pada 22 Julai 2014.[9]

Kemalangan jalan raya 2015[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Mac 2015, Awal bersama pengurusnya Izuan Mokhtar terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi. Kereta BMW 6 Series yang dinaiki mereka mengalami kerosakan teruk selepas terbabas di bahu jalan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh. Awal dikatakan dalam perjalanan ke Melaka untuk mengacarakan program Melodi secara langsung di Jom Heboh Melaka sebelum kemalangan itu berlaku. Beliau dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil, sementara Izuan tidak mengalami kecederaan dan diberi rawatan sebagai pesakit luar.[10] Tempat beliau sebagai pengacara digantikan oleh penerbit Melodi, Michelle Wee dan bekas juara Projek Metro, Liza Khairudin.[11]

Awal kemudiannya memuat naik status Instagram memberitahu tentang keadaannya kini dan berterima kasih kepada orang ramai yang membantu mengeluarkannya daripada kenderaan akibat kemalangan itu.[12][13] Dalam temuramah bersama pemberita dan wartawan, beliau berkata: "Semasa sampai di tempat kejadian, saya langsung tidak sedar apa yang berlaku dan mendapati kereta sudah terbabas hingga berada di bahagian kiri bahu jalan. Saya sedar ramai orang cuba membantu dan turut menghulurkan telefon bimbit yang tercampak semasa kemalangan. Saya kemudian terus menghubungi isteri, Scha Alyahya memaklumkan mengenai kejadian sebelum dikejarkan ke hospital,"[14][15][16][17] Awal turut mendedahkan beberapa barangan peribadinya hilang dicuri ketika kemalangan jalan raya itu berlaku, antara barangan yang hilang termasuklah kasut yang dipakainya ketika itu malah dalam masa yang sama dia juga tidak menyangka ada pihak tergamak berbuat demikian ketika orang sedang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.[18][19]

Beliau turut berkongsi gambar bersama anaknya, Lara Alana selepas kemalangan itu.[20]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Judul Watak Catatan
2010 Niyang Rapik Amir Utama
2009 Syurga Cinta Irham Utama
2009 Maut Fendi Utama
2008 I'm Not Single Dani Utama
2008 Apa Kata Hati Riezman Utama
2007 Impak Maksima Ayie Utama
2007 Diva Jay Utama
Televisyen
Tahun Judul Watak Catatan
2009 Cinderella Blues Azhar b. Johar Utama
2008 Kahit Isang Saglit Amir Mohammad Utama
2008 Impak Maksima the Series Ayie Utama
2008 Haryati2 Tambahan
2008 3R Mark
2008 Puteri Helmi
2007 Seribu Erti Ehsan
2007 Impian Illyana 1 & 2 Rizal
2007 Cinta Medik Khai Utama
2007 Misi XX Ray 2 Tambahan
2011 Dunia Kita
2014-kini Melodi Pengacara

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2007 Festival Filem Malaysia ke-20 Pelakon Harapan Lelaki Diva Dicalonkan
2008 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Bergaya Awal Ashaari Dicalonkan
OK! Celeb Festival Artis Lelaki Paling Bergaya Dicalonkan
2009 Festival Filem Malaysia ke-22 Pelakon Lelaki Terbaik Syurga Cinta Dicalonkan
2010 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Bergaya Awal Ashaari Menang
Anugerah Cosmopolitan's Fun Fearless Fabulous Jejaka Terhangat Menang
Anugerah Shout! Favorite TV Personality Fuhh! Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 Pengacara TV Lelaki Popular Awal Ashaari Dicalonkan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 Pengacara TV Lelaki Popular Dicalonkan
2012 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Bergaya Menang
Selebriti Serba Boleh Dicalonkan
Pasangan Selebriti Pilihan (bersama Scha Alyahya) Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 Pengacara TV Lelaki Popular Dicalonkan
Artis Lelaki Stailo Dicalonkan
2013 Anugerah Shout! Favourite TV Personality Dicalonkan
Hot Guy Dicalonkan
Anugerah Melodi Pasangan Pujaan (bersama Scha Alyahya) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Artis Lelaki Stailo Menang
2014 Anugerah Stail EH! Anugerah Stail EH! 2014 Menang
Selebriti Lelaki Paling Bergaya[21] Menang
Pasangan Selebriti Pilihan (bersama Scha Alyahya) Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Couple MeleTOP Awal Ashaari & Scha Al Yahya Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Artist. Sinema Malaysia. Retrieved on 12 July 2011.
  2. ^ Awal Ashaari sebagai Rizal
  3. ^ Ainulyakin Ishak (12 Oktober 2015). Awal tunggu lamaran Sinar Harian. Dicapai pada 10 November 2017.
  4. ^ Nor Azurin Ali (27 September 2017). "SchAwal, persediaan masa hadapan". Kosmo!. Dicapai pada 1 Oktober 2017. 
  5. ^ "Two-star tie-up". The Star Online. 1 May 2012. 
  6. ^ Awal & Scha Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz
  7. ^ "Celebrity couple Awal and Scha to weds in May". AsiaOne Showbiz. 29 March 2012. 
  8. ^ Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha
  9. ^ "Awal Ashaari And Scha Al-Yahya To Reveal Baby Daughter After Confinement Period Ends". MyNewsHub. 4 August 2014. 
  10. ^ Zaidi Mohamad (29 Mac 2015). "Awal Ashaari kemalangan jalan raya". BH Online. Dicapai pada 1 April 2015. 
  11. ^ "Awal Ashaari kemalangan di Melaka, kereta remuk teruk". Astro Awani. 29 Mac 2015. Dicapai pada 1 April 2015. 
  12. ^ Kemalia Othman (30 Mac 2015). "Awal Ashaari Trauma Akibat Kemalangan - Scha Alyahya". mSTAR Online. Dicapai pada 1 April 2015. 
  13. ^ Kemalia Othman (29 Mac 2015). "Awal Ashaari Kemalangan, Kereta Rosak Teruk". mSTAR Online. Dicapai pada 1 April 2015. 
  14. ^ "Awal Ashaari terselamat 
dalam kemalangan". Utusan Malaysia. 29 Mac 2015. Dicapai pada 1 April 2015. 
  15. ^ "Awal Ashaari kemalangan di Melaka". Sinar Harian. 29 Mac 2015. Dicapai pada 1 April 2015. 
  16. ^ "Awal Ashaari Selamat, Tak Cedera Serius Akibat Kemalangan". MyNews Hub. 29 Mac 2015. Dicapai pada 1 April 2015. 
  17. ^ "Awal Ashaari Kemalangan, BMW 6 Series Terbalik". Malaysian Digest. 29 Mac 2015. Dicapai pada 1 April 2015. 
  18. ^ "Awal Ashaari Pelik Kasut Dipakai Ketika Kemalangan Turut Dicuri". Rotikaya. 15 April 2015. Dicapai pada 15 April 2015. 
  19. ^ "Awal Ashaari dedah barang dicuri semasa kemalangan". Oh Media. 15 April 2015. Dicapai pada 15 April 2015. 
  20. ^ "Awal Ashaari Kongsi Gambar Bersama Anak Selepas Kemalangan". Suara TV. 30 Mac 2015. Dicapai pada 15 April 2015. 
  21. ^ Anugerah Stail Eh! Nobatkan Awal Selebriti Paling Bergaya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]