Cit Cat Azwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cit Cat Azwan
GenreRancangan bual bicara
FormatHiburan
PenciptaAzwan Ali
PengarahAzwan Ali, Sam Ajuza, Norhan Mahmud, Norazlan Fadzli (DOP)
Dibintangi oleh
Azwan Ali (hos utama)
Sheila Rusly
Saiful Apek
Sharifah Shahora
Dina Nadzir
Mas Ghani
Penggubah lagu tema
Peter Lim
Lagu pembukaanCit Cat Azwan
Lagu penutupCit Cat Azwan
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim12
Bilangan episod299
Penerbitan
LokasiMalaysia
Tempoh siaran30 minit
Syarikat penerbitan
Azwan Ali Productions
Syarikat pengedaran
Measat Broadcast Network Systems
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal17 Jun 1998 – 16 Oktober 2009
StatusDibatalkan
Pautan luar
[www.azwanali.com Laman sesawang]

Cit Cat Azwan merupakan sebuah rancangan bual bicara yang dihoskan oleh pengacara televisyen terkenal Azwan Ali yang bersiaran di Astro Ria [1]¹. Rancangan ini juga di siarkan di televisyen percuma Melayu Singapura, Suria. Rancangan ini pernah memenangi anugerah "Best Entertainment Talkshow" di Anugerah Televisyen Asia 1999 [2]. Rancangan ini merupakan program bual bicara hiburan paling lama bersiaran iaitu selama 12 tahun melalui 299 episod dan dikendalikan sepenuhnya oleh Azwan di mana setiap episod beliau akan menemubual artis-artis popular di lokasi-lokasi tajaan. Terdapat juga beberapa episod yang menampilkan hos undangan yang akan menemubual artis lain pada setiap musim dan beberapa artis (terutamanya pelawak) ditampilkan sebagai hos bersama atau mewakili Azwan[3].

Rancangan ini juga berjaya menganjurkan Parti Cit Cat Azwan setiap tahun dari 1999 hingga 2007 [4]. Rancangan ini tidak disambung semula pada 2010 setelah berlaku rombakan dalam pengurusan saluran Melayu Astro hingga menyebabkan Azwan tidak lagi aktif dalam bidang penerbitan dan pengacaraan [5] selama lebih 10 tahun sebelum membuat kemunculan semula pada 2020 [6].

Ringkasan musim[sunting | sunting sumber]

Musim (Tahun) Jumlah Episod Pengacara Pengacara Jemputan Artis Undangan
1 (1998) 26 Azwan Ali N/A
2 (1999) 26 Azwan Ali
3 (2000) 26 Azwan Ali
4 (2001) 26 ep Azwan Ali
  • Julie Dahlan
  • Sharifah Aini
  • Raja Azura
5 (2002) 26 ep Azwan Ali
  • Roslan Shah (Cit Cat Raya)
  • Amy Mastura (Cit Cat Raya)
  • Sheila Rusly
  • Louisa Chong
  • Salih Yaacob
  • Chef Zam
6 (2003) 26 ep Azwan Ali
  • Sheila Rusly
  • Saiful Apek
7 (2004) 26 ep Azwan Ali
  • Sheila Rusly
  • Sharifah Shahora
8 (2005) 26 ep Azwan Ali
  • Sheila Rusly
  • Sharifah Shahora
  • Mas Ghani
  • Nadia Mustafar
9 (2006) 26 ep Azwan Ali
  • Sheila Rusly [43] [44]
  • Mas Ghani
  • Ifa Raziah
  • Azrul Zaidi
10 (2007) 26 ep Azwan Ali
  • Abby Fana (Cit Cat Raya)
  • Johan (Cit Cat Raya)
  • Amy Mastura (Cit Cat Raya)
  • Dina Nadzir (juga Cit Cat Raya)
  • Ifa Raziah (juga Cit Cat Raya)
  • Sharifah Aini
  • Sheila Rusly
  • Elly (pemenang Mencari Cinta)
  • Nita Hamzah
  • Felix Agus
  • Jaclyn Victor
  • Ezlynn
  • Siti Sarah
  • Akma Abdullah
  • Nabila Huda
  • Shazzy
  • Marsha Londoh
  • Kefli Idir
11 (2008) [47] 26 ep Azwan Ali
  • Dina Nadzir
  • Angeline Tan
  • Kenchana Dewi
  • Azharina Azhar
  • Linda Onn
  • Fahrin Ahmad
  • Rabecca Nur Al Islam
  • Ziana Zain
  • Ramlah Ram
  • Kumpulan Spider
  • Fauziah Nawi
  • Que Haidar
  • Rita Rudaini
12 (2009) 13 ep Azwan Ali
  • Dina Nadzir

Parti Cit Cat Azwan[sunting | sunting sumber]

Parti Cit Cat Azwan adalah sebuah acara rombongan selebriti ke pusat peranginan terkenal seluruh negara untuk berhujung minggu [48]. Acara yang secara purata membawa lebih 100 orang selebriti , wartawan, krew penerbitan dan peminat bertuah ini diselitkan adalah sukaneka, perarakan beramai-ramai dan sesi ramah mesra bersama penduduk setempat, lawatan kebajikan, pertandingan karaoke bersama peminat, dan malam gala kemuncak dimana terdapat hadiah menanti baik secara cabutan bertuah, mahupun piala khas yang diberi nama Trofi Mulut Laser yang dipilih oleh produksi berdasarkan penglibatan artis dalam program Cit Cat dan juga sepanjang acara Parti Cit Cat. Anugerah tertinggi di dalam penganjuran ini adalah anugerah Artis Contoh yang diberikan kepada artis yang memenuhi kriteria sebagai artis yang wajar dicontohi oleh artis-artis lain.

Musim Tarikh Penganjuran Pengelola Lokasi Tajaan Pemenang Artis Contoh PCC
Parti Cit Cat Azwan 2-5 Julai 1999 Azwan Ali Sebana Cove Resort, Kota Tinggi, Johor Aishah
Parti Cit Cat Azwan ke-2 26-29 Julai 2000 Azwan Ali Desaru Impian Resort, Kota Tinggi, Johor Erra Fazira
Parti Cit Cat Azwan ke-3 11-13 Ogos 2001 Azwan Ali De Rhu Resorts / Coral Beach Resorts, Kuantan, Pahang Fauziah Latiff
Parti Cit Cat Azwan ke-4 21-24 Disember 2002 Azwan Ali Kelab Cinta Sayang Golf Resort, Sungai Petani, Kedah Siti Nurhaliza
Jang Oh Jang! Parti Cit Cat Azwan ke-5 [49] 17-19 April 2004 Azwan Ali Royal Adelphi, Seremban, Negeri Sembilan Ella
Parti Cit Cat Azwan ke-6 Aura Seri 23-26 Disember 2005 Azwan Ali Equatorial Hotel & Resorts, Pulau Pinang Ezlynn
Mesra Sokmo Cit Cat Azwan ke-7 [50] 23-26 Februari 2007 Azwan Ali Kelab Teluk Warisan, Pulang Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu M. Nasir

Senarai Pemenang Anugerah Parti Cit Cat Azwan 1[sunting | sunting sumber]

Edisi Hos Program Peserta Rombongan
PCC 1

Senarai Pemenang Anugerah Parti Cit Cat Azwan 2[sunting | sunting sumber]

Edisi Hos Program Peserta Rombongan
PCC 2

Senarai Pemenang Anugerah Parti Cit Cat Azwan 3[sunting | sunting sumber]

  • Artis Contoh : Fauziah Latiff
  • Artis PCC 2001 Paling Popular (Undian Tetamu) : Tomok
  • Personaliti Paling Berjasa : Mahadzir Lokman
  • Wartawan Contoh: Huzz (URTV)
  • Artis Paling Berdisiplin : Dayang Nurfaizah
  • Artis Paling Macho : Ferhad
  • Artis Paling Seksi : Noreen Noor
  • Selebriti Undangan Paling Cantik : Fauziah Latiff
  • Selebriti Undangan Paling Bijak : Ziela Jalil
  • Selebriti Undangan Paling Laser: Nora Ariffin
  • Hos Undangan Paling Laser : Mas Idayu
  • Episod Paling Laser: Julie Dahlan
  • Episod Paling Kontroversi : Julie Dahlan
  • Episod Lokasi Paling Cantik : Maya Karin (Sarawak)
  • Mak Janda Paling Vogue: Lydiawati
  • PRO Paling Popular : Achmal (KRU Records)
  • Wartawan Paling Popular : Cleo Azman (Malay Mail)
  • Pakaian Paling Cantik Malam Glamor CC2001 : Fauziah Latiff
  • Pakaian Wartawan Paling Cantik Malam Glamor CC2001: Roslen Fadzil
  • Johan Bintang Karaoke : Anne Butik Shah Alam
  • Persembahan Terbaik Bintang Roslen Fadzil
  • Persembahan Terbaik PCC 2001: Noraniza Idris
Edisi Hos Program Peserta Rombongan
PCC 3

Senarai Pemenang Anugerah Parti Cit Cat Azwan 4[sunting | sunting sumber]

Edisi Hos Program Peserta Rombongan
PCC 4

Senarai Pemenang Anugerah Parti Cit Cat Azwan 5 [51][sunting | sunting sumber]

  • Artis Contoh : Ella
  • Diva Sepanjang Zaman : Sharifah Aini
  • Peminat Popular : Azizah Tawang
  • PR Popular : Noryusnita Omar
  • Wartawan Popular: Nor Akmar Samudin (Harian Metro)
  • Pakaian Tercantik : Erra Fazira
  • Artis Paling Jelita : Erra Fazira
  • Artis Paling Kacak : Hans Isaac
  • Artis Baru Cit Cat Paling Popular (SMS) : Ezlynn
  • Muzik Video Cit Cat Pilihan (SMS) : Akademi Fantasia 1
  • Artis Paling Sensasi (SMS) : Akademi Fantasia
  • Episod Paling Kontroversi (SMS) : Sheila Rusly
  • Artis Paling Laser (SMS): Azwan Ali
Edisi Hos Program Peserta Rombongan
PCC 4

Senarai Pemenang Anugerah Parti Cit Cat Azwan 6[sunting | sunting sumber]

Senarai Pemenang Anugerah Parti Cit Cat Azwan 7[sunting | sunting sumber]

  • Krew Paling Meletup: Ros Suci
  • Peminat Paling Meletup: Azizah Tawang
  • Artis Baru Paling Meletup: Faizal AF4
  • Artis Paling Kacak: Ashraf Sinclair
  • Artis Wanita Paling Cun: Marsha
  • Artis Paling Sporting: Rabbani
  • Episod Paling Kontroversi: Bersama Diana Naim
  • Artis Paling Laser: Azharina
  • Seniman Terbilang: Aziz Sattar
  • Seniwati Terbilang: Mak Nani
  • Vokal Terbaik: Hattan
  • Artis Contoh: M Nasir
  • Persembahan Terbaik: Rabbani
Edisi Hos Program Peserta Rombongan
MSCC 2007
  • Azwan Ali (Chief De'Mission)
  • Zizan Razak (Sukaneka)

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Rancangan Cit Cat Azwan mula disiarkan pada tahun 1998 [52] dimana ketika itu penyanyi terkenal Ziana Zain baru saja melangsungkan perkahwinan [53]. Azwan Ali yang pernah dikaitkan dengan Ziana telah mengemukakan saman malu kepada penerbit rancangan Melodi, Michael Christian Simon,berserta stesen TV3 dan gandingan pengacara Fauziah Ahmad Daud dan Saiful Apek kerana memetik namanya sebagai "melalak kerana Ziana kahwin" [54]. Kes berkenaan selesai di luar mahkamah, dan episod menampilkan Ziana ditayangkan sejurus selepas Ziana berbulan madu.

Pada tahun 2000, biduanita Sharifah Aini dan M. Nasir didakwa berkecil hati dengan soalan panas oleh hos jemputan - Chef Wan dalam salah satu episod Cit Cat Azwan musim ketiga [55]. Chef Wan juga mencetuskan kontroversi apabila berpakaian menyerupai wanita ketika menjayakan Parti Cit Cat Azwan 2000 di Johor Bahru [56]. Penerbit terkenal Julie Dahlan pernah menggemparkan dada akhbar apabila penampilannya dalam Cit Cat Azwan disifatkan terlalu terbuka bila berbicara soalan peribadi [57].

Ketika penganjuran Parti Cit Cat Azwan 2005, penyanyi/pelakon Elly Mazlein pernah difitnah sengaja menarik diri di saat akhir daripada menyertai program tersebut kerana ibunya telah dimasukkan ke hospital, baik Azwan mahupun Elly menafikan berlaku salah faham namun tidak menafikan ada pihak yang cuba memanaskan perkara tersebut [58]. Cit Cat Azwan pernah bersiaran secara eksklusif pada tahun 2006 ketika berlangsungnya siaran langsung perkahwinan penyanyi Siti Nurhaliza . Episod yang dinamakan "Cit Cat Diana Kulai! Diana Mawilah!" bersiaran sebanyak dua episod dan disiarkan serentak dengan perkahwinan Siti sebagai strategi perang rating antara stesen Astro/RTM dan TV3 [59]. Selepas program Cit Cat khas itu Astro bersama RTM menyiarkan pula program "Mawi...Ina" dihoskan oleh Rosyam Nor [60].

Berlanjutan daripada isu Mawi, penyanyi popular itu juga pernah mencetuskan kontroversi apabila menolak pelawaan untuk tampil dalam program Cit Cat Azwan [61]. Menurut Mawi, dia mempunyai jadual yang padat dan juga takut dengan konsep program bual bicara itu [62]. Penyanyi Farah Asyikin dikecam hebat kerana menggayakan pakaian yang tidak sopan iaitu berskirt mini ketika menyanyi dalam program Cit Cat Raya 2007 [63] [64].

Penganjuran Mesra Sokmo Cit Cat Azwan 2007 menjadi kemuncak kontroversi apabila Azwan mendakwa tidak tahu menahu perancangan menjual meja pada malam Gala Mesra Sokmo PCC7 yang telah dibuat oleh syarikat pengurusan majlis dan kerajaan negeri Terengganu tanpa pengetahuan Azwan Ali Productions dan artis-artis terlibat dalam persembahan. Hal ini menyebabkan beberapa artis seperti M. Nasir, Adibah Noor, Ning Baizura dan Hattan tidak mahu membuat persembahan kerana mereka merasakan dipergunakan. Berbeza dengan penganjuran PCC sebelum ini yang dikendali oleh produksi Azwan sepenuhnya, MSCCA 2007 dianjurkan secara bersama kerajaan negeri dan syarikat pengurusan majlis yang dilantik sekaligus menyebabkan tentatif program tersebut kelam kabut dan menyebabkan ramai artis dan rakan media tidak berpuas hati [65], malahan pihak kerajaan negeri dan Azwan saling bertikam lidah memberi kenyataan di akhbar [66] [67]. Tak cukup dengan itu, nama program ini perlu ditukarkan daripada 'Parti' kepada 'Mesra' kerana perkataan parti disifatkan tidak bersesuaian dengan negeri Terengganu [68] . Isu di MSCCA 2007 menyebabkan hubungan Azwan bersama beberapa media menjadi keruh hinggakan digam selama beberapa tahun[69].

Azwan mengumumkan penamatan rancangan Cit Cat Azwan [70] dan spin off nya Amboi Amboi Amboi [71] setelah kembali daripada mengerjakan umrah di Mekah pada 16 Oktober 2009, setelah beberapa tahun berdepan dengan pelbagai cerita panas dan gejolak politik di stesen televisyen berbayar itu [72]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

1999

  • Bual Bicara Hiburan Terbaik (Anugerah Televisyen Asia 1999)

2004, 2005, 2007

  • Top 5 Pengacara TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian)

Legasi[sunting | sunting sumber]

Program Cit Cat Azwan pernah dijadikan premis cerita dalam filem "Aku No. 1" (2004) [73]. Selain itu, selingan gimik program realiti Akademi Fantasia Musim Kedua pernah menampilkan Azwan menemubual ibubapa salah seorang pelajar iaitu Farah Anuar di atas Putrajaya Cruise Ship pada episod ke-8[74].

Kata tanda "Amboi, Amboi, Amboi" sememangnya popular sejak Azwan memperkenalkannya dalam rancangan Cit Cat Azwan. Pada 2017, rapper Altimet bersama komposer D. Navigator menerbitkan lagu berjudul "Amboi" yang diinspirasikan daripada kata tanda Azwan tersebut, malah Azwan juga terlibat dalam video muzik lagu berkenaan [75]. Lagu tersebut mara ke Anugerah Juara Lagu ke-32 sekaligus memenangi Persembahan Terbaik[76].

Pada 2021, Azwan kembali ke Astro Ria menerusi program Laser Bertemu Laser yang menggunakan konsep yang hampir serupa dengan Cit Cat Azwan [77]. Menerusi program ini, Azwan dikehendaki menemubual barisan artis-artis terkenal yang juga bermulut laser [78].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3009905/kehidupan-artis-dalam-cit-cat-azwan
  2. ^ http://azwanalisatusatunya.blogspot.com/2010/11/
  3. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2162556/cit-cat-azwan-terus-sensasi-pada-raya-kedua
  4. ^ http://lib.perdana.org.my/PLF/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/2001-2005/nt2003aj/azwan%20bpular.pdf
  5. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2009/10/16/maafkan-saya--azwan
  6. ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2020/11/646585/azwan-ali-kembali-mengacara-lagu-cinta-kita-2
  7. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8794143/bcz08556
  8. ^ https://www.klik.com.my/item/image/134948/xc00011
  9. ^ https://www.klik.com.my/item/image/134939/xc00016
  10. ^ https://www.klik.com.my/item/image/134950/xc00010
  11. ^ https://www.klik.com.my/item/image/135170/xc00155
  12. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8770329/bcz08421
  13. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8796088/bcz08480
  14. ^ https://www.klik.com.my/item/image/134934/xc00018
  15. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8794667/bcz08459
  16. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8793941/bcz08466
  17. ^ https://www.klik.com.my/item/image/134936/xc00017
  18. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8794149/bcz08516
  19. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8793473/bcz08456
  20. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8792952/bcz08479
  21. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8794717/bcz08652
  22. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8794439/bcz08476
  23. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8794439/bcz08476
  24. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8793330/bcz08502
  25. ^ https://www.klik.com.my/item/image/135195/xc00142
  26. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8793522/bcz08472
  27. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8793522/bcz08472
  28. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8793522/bcz08472
  29. ^ https://www.klik.com.my/item/image/135089/xc00120
  30. ^ https://www.klik.com.my/item/image/135231/xc00123
  31. ^ https://erraonline.tripod.com/bipop_19jan03.htm
  32. ^ https://erraonline.tripod.com/bipop_19jan03.htm
  33. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8794844/bcz08510
  34. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3953065/spicier-than-before
  35. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8770154/bcz08509
  36. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8794096/bcz08512
  37. ^ https://www.klik.com.my/item/image/135172/xc00154
  38. ^ https://www.klik.com.my/item/image/135177/xc00151
  39. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2004/11/06/azwans-fun-shows-for-raya
  40. ^ https://www.klik.com.my/item/image/135185/xc00147
  41. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8793329/bcz08500
  42. ^ https://www.klik.com.my/item/image/8793997/bcz08640
  43. ^ https://www.klik.com.my/item/image/134992/xc00054
  44. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2226399/azwan-sheila-terus-laser-dalam-cit-cat-raya
  45. ^ https://simplysiti.wordpress.com/2006/08/27/astro-rtm-potong-jalan-tv3-2/amp/
  46. ^ https://www.klik.com.my/item/image/134993/xc00053
  47. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4280768/terus-jaja-gosip-kontroversi
  48. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2437990/azwan-tak-gila-gila-lagi-
  49. ^ http://lib.perdana.org.my/PLF/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/2001-2005/nt2003aj/azwan%20bpular.pdf
  50. ^ https://www.klik.com.my/item/story/436724/sensasinya-mesra-sokmo-cit-cat-7-kuala-terengganu
  51. ^ http://carmahlms.com/Sharifah%20Aini/DSA%20Anugerah/Anugerah(art)/BH-BMks.htm
  52. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3009905/kehidupan-artis-dalam-cit-cat-azwan
  53. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2009/10/23/dik-non-tak-boleh-lupa-kisah-lama-dengan-ziana
  54. ^ https://www.coursehero.com/file/65182933/MOHAMED-AZWAN-BIN-HAJI-ALI-v-SISTEM-TELEVISYEN-M-BHD-1PDF/
  55. ^ https://www.youtube.com/watch?v=KlgSwhngPSI
  56. ^ http://arkibnegara.blogspot.com/2014/04/chef-wan-berpakaian-wanita-2000.html
  57. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2015/05/02/azwan-ali
  58. ^ https://www.angelfire.com/celeb2/ellymazlein/0.html
  59. ^ https://simplysiti.wordpress.com/2006/08/27/astro-rtm-potong-jalan-tv3-2/amp/
  60. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2006/08/30/zam-mawiina-show-on-rtm-and-astro-a-hit
  61. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3589870/azwan-s-hungry-for-mawi
  62. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3590029/mawi-take-a-number-azwan
  63. ^ https://www.klik.com.my/item/story/432596/farah-minta-maaf-kontroversi-skirt-pendek
  64. ^ https://sioloonfunclub.niceboard.com/t1932-farah-asyikin-oiam-bermini-skirt-d-pagi-raya
  65. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4239474/mediate-clears-the-air
  66. ^ https://www.klik.com.my/item/story/437012/kerajaan-terengganu-hanya-beri-kebenaran-lokasi
  67. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2311970/mb-nafi-terengganu-taja-cit-cat
  68. ^ https://www.klik.com.my/item/story/619820/mesra-ganti-parti
  69. ^ https://praharaseni.blogspot.com/2007/02/cit-cat-azwan-palit-sejarah-kelat.html
  70. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4317257/azwan-tinggalkan-cit-cat
  71. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4381006/amboi-a-new-show-in-town
  72. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2009/10/16/maafkan-saya--azwan
  73. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2004/08/09/aku-no1-banking-on-exaggeration
  74. ^ https://www.youtube.com/watch?v=OVLBB2qFb8k
  75. ^ http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=967249&c=6
  76. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/02/388290/nasib-baik-petugas-halang-altimet
  77. ^ https://gempak.com/berita-terkini/dah-tahun-2021-pun-nak-buat-show-tepi-swimming-pool-laser-sangatdiva-aa-nak-tolak-michael-ang-dalam-kolam-mandi-48794
  78. ^ https://gempak.com/berita-terkini/azwan-ali-backdalam-laser-bertemu-laser-siapa-lagi-laser-diva-aa-atau-tetamu-jemputan-47960