Stesen keretapi Batang Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stesen keretapi Batang Melaka
Notis penutupan perkhidmatan Shuttle KTM Komuter dari/ke stesen keretapi Batang Melaka dan Gemas. gamber ditangkap di stesen keretapi KTM Pulau Sebang (Tampin)

Stesen KTMB Batang Melaka terletak di Batang Melaka, kira-kira 200 meter arah selatan dari sempadan Negeri Melaka/N.Sembilan. Stesen ini telah ditutup pada 20 Jun 2016. Tidak semua tren ekspres berhenti di stesen ini. Hanya ETS sahaja berhenti di stesen ini laluan Gemas-Padang Besar-Gemas. KTMB Batang Melaka secara umumnya memberi perkhidmatan kepada penduduk di Selandar,Nyalas, Jasin dan Gemencheh.

KTMB akan memindahkan stesen KTMB Batang Melaka ke lokasi baru (menerusi projek landasan berkembar Seremban-Gemas)yang terletak di daerah Jasin kira-kira 100 meter arah utara dari lokasi sekarang.[perlu rujukan] Stesen yang moden akan dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta yang selesa. Projek ini akan dilaksanakan dalam naik taraf landasan berkembar elektrik dari Seremban ke Gemas yang dijangka siap pada tahun 2012. Dalam pembangunan Daerah Jasin tahun 2020 satu laluan LRT akan dibina dari Stesen KTMB Batang Melaka ke Bandar Jasin melalui Pekan Selandar seterusnya ke Bemban dan Ayer Keroh.[perlu rujukan]rujuk Pelan Pembangunan daerah Jasin 2020 di Pejabat Tanah daerah Jasin, Melaka.