Stesen Komuter Terminal Skypark

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Terminal Skypark KTM Komuter
KTM Skypark.jpg
Depan stesen KTM Terminal Skypark
LokasiStesen Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang, Selangor
Malaysia
Koordinat3°08′04.9″N 101°33′17.9″E / 3.134694°N 101.554972°E / 3.134694; 101.554972
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu
Aliran/laluan 10  Laluan Skypark
Platform2 platform sisi
Landasan2
SambunganLapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
Bus transport Subang Skypark Terminal
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaanDisediakan oleh Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Sejarah
Dibuka1 Mei 2018
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   KTM Komuter   Stesen berikutnya
menghala ke KL Sentral
Laluan SkyparkStesen terakhir
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen Komuter Terminal Skypark ialah sebuah stesen keretapi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor, Malaysia dan merupakan stesen bagi KTM Komuter Laluan Skypark. Stesen ini dibuka pada 1 Mei 2018 apabila perkhidmatan KTM Komuter Laluan Skypark mula berkhidmat. Stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api dari Kuala Lumpur ke Terminal Skypark Subang (Terminal 3) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.[1]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor. DI sebelah barat laut stesen adalah kawasan parkir terbuka Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah manakala di sebelah timur laut stesen adalah Sungai Damansara. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah pejabat National Aerospace & Defence Industries, pejabat Airod Sdn Bhd, Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur dan Metro Parking Subang Airport.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L1
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
KTM Arah Selatan  10  Laluan Skypark menghala ke KL Sentral (Subang Jaya)
KTM Arah Utara  10  Laluan Skypark berakhir di stesen ini, keluar sahaja
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan Tempat letak kenderaanHandicapped/disabled access

Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana ruang legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan KTM Komuter Laluan Skypark.

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan 772, T773 dan T804 berkhidmat di hentian bas Subang Skypark Terminal yang terletak berhampiran stesen.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nurul Huda Mohamed Abhar (27 Apr 2018). "Tren ke Terminal Skypark mula operasi 1 Mei ini". Kosmo! Online. Dicapai 1 Jun 2019.