Batang Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Batang Melaka

Batang Melaka adalah sebuah mukim dalam daerah Jasin, negeri Melaka, Malaysia. Batang Melaka telah wujud semenjak dari pentadbiran Portugis di Melaka lagi. Ini boleh dirujuk pada peta yang dicatatkan oleh Manuel Godinho de Eredia iaitu seorang ahli ilmuan berdarah Portugis dan Bugis.Batang Melaka boleh dirujuk di dalam peta 1602 dan dikenalpasti dengan nama "Batam Malaca".Ini menunjukkan Batang Melaka, merupakan kawasan-kawasan terpenting semenjak zaman dahulu lagi.Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan yang sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin negeri Melaka dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan. Sempadan bagi kedua negeri Melaka dan Negeri Sembilan pekan Batang Melaka adalah ditengah-tengah pekan Batang Melaka, yang mana terdapat papan tanda memasuki negeri Melaka/Negeri Sembilan. Pekan ini merupakan sebuah pekan mempunyai kadar kemajuan yang baik sejajar dengan pembangunan semasa.

Terdapat pelbagai kemudahan di Batang Melaka. Pada masa ini terdapat Balai Polis, Bomba Sukarela, Pasar Basah, Pejabat Pos, Balai Raya, sebuah stesyen minyak PETRON, Sekolah Kebangsaan Batang Melaka, Sekolah Kebangsaan Cina, Sekolah Kebangsaan Tamil dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Masjid Jamek, Padang Awam, Balai Raya, Pusat Kesihatan Kecil, Jeram Panjang di Kampung Hulu (merupakan hulu sungai Melaka dan satu-satunya sumber air gunung di Melaka), empangan Takungan Air Jus, deretan kedai-kedai runcit, pakaian, restoran, gunting. Batang Melaka masih lagi mempunyai Salvation Army bekas peninggalan British.

Di pekan Batang Melaka ini, terdapat stesen keretapi yang baru dan moden serta mempunyai dan mesra pengguna. Kemudahan keretapi ini dapat menghubungkan bandar-bandar besar dengan Batang Melaka. Pada masa sekarang, keretapi penumpang dari utara dan selatan selalu berhenti di stesyen ini untuk mengambil dan menurunkan penumpang.Projek landasan elektrik kereta api berkembar ini banyak membantu menaikkan lagi kemajuan pembangunan di Batang Melaka.

Mukim Batang Melaka mempunyai beberapa kampung dan taman seperti Kampung Hulu, Kampung Hilir, Kampung Tengah, Taman Batang Melaka Baru, Rumah Awam Batang Melaka, Kampung Baru On Lok. Dari segi politik, ianya termasuk dalam Dewan Undangan Negeri Asahan, Melaka dan Parlimen Jasin, Melaka.

BATAM MALACA 1602

Penduduk Batang Melaka terdiri dari bangsa Melayu, India, China dan sebahagian kecil komuniti Orang Asli. Mereka ini kebanyakkannya bekerja sendiri seperti menoreh getah, petani/peladang, peniaga dan sebahagian kecil disektor swasta dan kerajaan.

Batang Melaka dalam bahasa Cina disebut sebagai 巴登马六甲, ia menghubungkan Gemencheh yang mana terletak kira-kira 5km yang terletak di negeri lain iaitu Negeri Sembilan.


Koordinat: 2°28′N 102°25′E / 2.467°N 102.417°E / 2.467; 102.417