Pergi ke kandungan

Stesen keretapi Senawang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Senawang
 KB14  KTM_Komuter_Logo
Stesen kereta api komuter
Nama lainJawi: سناواڠ
Cina: 新那旺
Tamil: செனவாங்
LokasiStesen Keretapi Senawang, Taman Sri Mawar 70450 Seremban
Negeri Sembilan
Malaysia
Dimiliki olehPerbadanan Aset Keretapi
Dikendalikan olehKeretapi Tanah Melayu
Laluan1 Laluan Batu Caves–Pulau Sebang
Platform2 platform sisi
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturAtas tanah
Tempat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUAda Akses OKU
Dielektrikkan14 Mei 2011; 15 tahun yang lalu (2011-05-14)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu
(Komuter)
Stesen seterusnya
Seremban
menghala ke Batu Caves
Laluan Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin Sungai Gadut
Lokasi
Map

Stesen komuter Senawang ialah sebuah stesen kereta api komuter yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan.

Stesen ini hanya mempunyai satu jenis perkhidmatan tren iaitu KTM Komuter Laluan Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin.

Stesen asal

[sunting | sunting sumber]

Asalnya, terdapat sebuah stesen lama pada laluan kereta api Pantai Barat yang turut menjadi salah perhentian utama bagi jajaran Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSR).

Naik taraf

[sunting | sunting sumber]

Stesen tersebut kemudiannya telah digantikan dengan sebuah stesen baharu yang lebih besar dan canggih.

Ia dibuka pada 14 Mei 2011, serentak dengan pembukaan stesen Sungai Gadut serta pengenalan perkhidmatan komuter ulang-alik laluan SerembanSungai Gadut (SSG). Sempena pembukaannya, KTMB telah menawarkan 7 hari perjalanan percuma bermula pada tarikh tersebut sehingga 20 Mei 2011.

Perkhidmatan komuter

[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Oktober 2015, KTMB telah melanjutkan perkhidmatan ulang-alik komuter SSG ke arah selatan sehingga ke Gemas, sejurus selesainya Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Seremban–Gemas. Perkhidmatan ini merupakan perintis kepada laluan komuter sektor selatan.[1][2][3]

Pelancaran perkhidmatan ini juga menandakan perkhidmatan KTM Komuter terpanjang di Malaysia ketika itu, iaitu antara stesen Tanjung Malim di utara dan stesen Gemas.[4]

Laluan ini kemudiannya mengalami perubahan berkuat kuasa 15 Disember 2015. Bagi laluan Seremban, terminal utaranya diubah daripada Tanjung Malim kepada Batu Caves, dan laluan tersebut dikenali sebagai Batu Caves–Gemas.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut tidak kekal lama apabila KTMB memaklumkan penamatan operasi ulang-alik di stesen Batang Melaka dan Gemas, manakala stesen Pulau Sebang/Tampin dijadikan stesen akhir laluan tersebut bermula 20 Jun 2016. Laluan tersebut telah dikenali sebagai Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin sehingga ke hari ini.

  1. "Perkhidmatan Baharu - Tren Shuttle KTM Komuter Sektor Selatan". Twitter KTMB. 1 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.
  2. "Perkhidmatan Baharu - Tren Shuttle KTM Komuter Sektor Selatan". Twitter KTMB. 1 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.
  3. "KTMB introduces new commuter service from Seremban to Gemas". The Malaysian Insider (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2015. Dicapai pada 3 Oktober 2015.
  4. "Longest KTM Komuter Klang Valley & Southern Sector Journey from Gemas to Tanjung Malim". RailTravel Station. 22 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.