Pergi ke kandungan

Stesen keretapi Batang Kali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Batang Kali
 KA12  KTM_Komuter_Logo KTM_ETS_Logo
Kereta api komuter
Nama lainباتڠ كالي (Jawi)
峇冬加里 (Cina)
LokasiBatang Kali, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Koordinat3°28′06″N 101°38′17″E / 3.46833°N 101.63806°E / 3.46833; 101.63806
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu
Laluan2 Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang
Laluan ETS
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Bas Smart Selangor MPHS - HS02 
(Antara Gapi - Bandar Utama - KTM Batang Kali - Bandar Utama - Antara Gapi)

Pengangkutan bas Bas ulang-alik Aerobus BTGGH 
(KTM Batang Kali - Terminal Bas Awana, Genting Highlands)

Pengangkutan bas MARA Liner: ML29 
[100 meter dari stesen]
Pembinaan
Jenis strukturAtas tanah
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan basikalTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KA12 
Tarikh penting
Apr 2007Stesen dan Komuter Tanjung Malim - Rawang dibuka.
Jul 2015Perkhidmatan mula beroperasi, membawa laluan KL Sentral - Ipoh - KL Sentral.
Jul 2016Komuter Tanjung Malim - Rawang ditamatkan, 2 dibuka.
Dis 2017Perkhidmatan diperluas ke laluan Gemas - Butterworth - Padang Besar.
Jan 2022Perkhidmatan Business Class beroperasi. (digantung sementara)
Mac 2025Perkhidmatan diperluas ke Segamat.
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu
(Komuter)
Stesen seterusnya
Rasa
menghala ke Tanjung Malim
Laluan Pelabuhan Klang Serendah
menghala ke Pelabuhan Klang
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu (ETS) Stesen seterusnya
Tanjung Malim
menghala ke Butterworth
Butterworth–Segamat (Gold) Sungai Buloh
menghala ke Segamat
Kuala Kubu Bharu
menghala ke Ipoh
KL Sentral–Ipoh (Silver) Rawang
Lokasi
Map
Bangunan utama stesen Batang Kali

Stesen Keretapi Batang Kali ialah sebuah stesen perhentian keretapi di Bandar Baru Batang Kali, Selangor, Malaysia. Stesen ini dibuka pada 21 April 2007 bersama dengan stesen Rasa dan stesen Serendah. Terdapat dua platform sisi iaitu Platform 1 (bercantum dengan bangunan utama stesen di sebelah timur, untuk kereta api ke arah selatan) dan Platform 2 (di sebelah barat, untuk kereta api ke arah utara).

Stesen keretapi Batang Kali merupakan perhentian utama di daerah Hulu Selangor kerana satu-satunya perhentian yang mempunyai perkhidmatan ETS jarak jauh. Tren ETS memulakan perhentiannya di Batang Kali pada tanggal 1 Julai 2015 dengan laluan KL Sentral ke Ipoh, membawa perkhidmatan ETS Silver. Pada tanggal 18 Disember 2017, perkhidmatan ETS di Batang Kali telah diperluas ke laluan Gemas dan Padang Besar dengan membawa perkhidmatan ETS Gold. Sehingga hari ini (15 Januari 2022), perkhidmatan ETS di Batang Kali masih aktif dengan laluan Gemas - KL Sentral - Ipoh - Butterworth - Padang Besar, membawa ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ETS Platinum, ETS Gold dan ETS Silver.

Kini, stesen Batang Kali menjadi salah satu stesen yang tersibuk di daerah Hulu Selangor akibat jumlah pengguna yang semakin tinggi saban tahun.


Platform
1 Laluan Pantai Barat (Down) Arah KL Sentral, Pelabuhan Klang dan Segamat
2 Laluan Pantai Barat (Up) Arah Tanjung Malim, Ipoh dan Butterworth

Pelan Stesen

[sunting | sunting sumber]



Platform Platform 2 (Platform sisi), pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
KTM arah Utara 2 Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang menghala ke Tanjung Malim (Rasa)
 ETS  ETS Gold menghala ke Butterworth (Tanjung Malim)
 ETS  ETS Silver menghala ke Ipoh (Kuala Kubu Bharu)
KTM arah Selatan 2 Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang menghala ke Pelabuhan Klang (Serendah)
 ETS  ETS Gold menghala ke Segamat (Sungai Buloh)
 ETS  ETS Silver menghala ke KL Sentral (Rawang)
Platfrom 1 (Platform sisi), pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
Ruang Legar Mesin tiket, pagar tambang dan kaunter khidmat pelanggan Akses OKU
Aras Tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU