Stesen Komuter Jalan Templer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Jalan Templer Keretapi Tanah Melayu KTM Komuter
جالن تيمڤلر
Jalan Templer KTM Station signboard.jpg
Papan tanda stesen di platform stesen.
LokasiStesen Jalan Templer, Seksyen 18, Daerah Petaling, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Koordinat3°05′00″N 101°39′22″E / 3.083341°N 101.655991°E / 3.083341; 101.655991Koordinat: 3°05′00″N 101°39′22″E / 3.083341°N 101.655991°E / 3.083341; 101.655991
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu
Laluan2 Laluan Pelabuhan Klang
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganTiada
Pembinaan
Jenis strukturAtas tanah
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KD05 
Sejarah
Dibuka14 Ogos 1995
Perkhidmatan
KTM Komuter
menghala ke Tanjung Malim atau KL Sentral
Laluan Pelabuhan Klang
menghala ke Pelabuhan Klang atau Kepong
Lokasi

Stesen komuter Jalan Templer (Bahasa Inggeris: Jalan Templer Komuter station) ialah salah satu stesen kereta api komuter di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen ini merupakan salah satu stesen yang terletak di perkhidmatan Laluan Pelabuhan Klang yang telah dibuka pada 14 Ogos 1995.[1] Ia terletak di antara Stesen Komuter Petaling dan Stesen Komuter Kampung Dato Harun dan dimiliki sepenuhnya oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad.[2]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di dalam kawasan perumahan Seksyen 18 Petaling Jaya. Ia mendapatkan nama sempena bekas pesuruhjaya tinggi British di Tanah Melayu iaitu, Gerald Templer. Juga terletak berhampiran dengan kawasan perumahan dan berbandaran Seksyen 1, Seksyen 1A dan Petaling Jaya Selatan (PJS) 1.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

Struktur stesen terletak di atas permukaan tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi dengan dua landasan kereta api.

Perkhidmatan Bas[sunting | sunting sumber]

Tiada perkhidmatan bas di sekitar stesen ini. Stesen bas berhampiran terletak berdekatan dengan simpang Seksyen 18 di Jalan Klang Lama Jkr-ft2.svg di mana Bas RapidKL laluan 641 dan T640 berkhidmat di perhentian bas itu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hilmi Mohamad (Julai 2003). "Rail Transportation in Kuala Lumpur" [Pengangkutan Rel di Kuala Lumpur] (PDF). Japan Railway & Transport Review (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Mac 2017. Dicapai pada 1 Mei 2019.
  2. ^ "Komuter Routes in Malaysia" [Laluan Komuter di Malaysia]. Keretapi Tanah Melayu (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 20, 2018. Dicapai pada 31 Oktober 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]