Pergi ke kandungan

Stesen kereta api Seremban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Stesen keretapi Seremban)
Seremban
 KB13  KTM_Komuter_Logo KTM_ETS_Logo
Stesen kereta api komuter dan antarabandar
Bangunan stesen dari zaman prapeperangan yang masih digunakan
LokasiStesen Keretapi Seremban, Bandar Seremban 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu
Laluan ETS  Laluan ETS
1 Laluan Batu Caves–Pulau Sebang
Platform1 platform sisi, 1 platform pulau
Trek3
Pembinaan
Tempat letak kenderaanTersedia, bayaran dikenakan
Sejarah
Dibuka1910; 116 tahun yang lalu (1910)
Dielektrikkan1995; 31 tahun yang lalu (1995)
Perkhidmatan
Ralat Lua pada baris 237 di Modul:Adjacent_stations: Laluan tidak diketahui "KL Sentral–JB Sentral".
Lokasi
Map

Stesen kereta api Seremban ialah sebuah stesen kereta api terletak di pusat bandar raya Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM ETS dan KTM Komuter Laluan Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin.

Stesen ini dibina pada antara tahun 1904 hingga tahun 1910 dengan kos sebanyak RM 26,000.00, berkhidmat untuk beberapa buah syarikat kereta api zaman awal sebelum Keretapi Tanah Melayu mengambil alih pengurusan semua laluan kereta api di Tanah Melayu pada tahun 1948. Stesen ini pernah menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar dan juga pengangkutan barangan.

Dari 6 Februari 1994 hingga 12 April 1994, stesen ini dijalankan pemodelan semula yang ektensif sebagai persediaan untuk perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Rawang–Seremban. Kerja-kerja pengubahsuaian menyaksikan penaiktarafan prasarana baharu dalam stesen dan juga penaikan aras semua platform untuk memudahkan penumpang naik dan turun tren.

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]
Stesen kereta api Seremban, dipandang dari salah satu platform. Landasan yang digunakan oleh kereta api komuter itu (pada platform 1), selalu digunakan oleh kereta api KTM Komuter pada Laluan Batu Caves–Pulau Sebang.

Stesen ini menyediakan perkhidmatan berikut:

  • Padang Besar–JB Sentral (Platinum)
  • Butterworth–JB Sentral (Platinum dan Gold)
  • Butterworth–Segamat
  • KL Sentral–JB Sentral

KTM Komuter

[sunting | sunting sumber]

Seni bina

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini pada dasarnya digayakan supaya berbentuk terlalu mudah dan terdiri daripada sebuah bangunan satu-tingkat berbentuk segi empat panjang yang menampung:

  • pejabat-pejabat di separuh stesen bahagian selatan; dan
  • ruang menjual tiket serta ruang penumpang di separuh stesen bahagian utara.

Pintu masuk bata-dan-lepa juga dibekalkan dalam reka bentuk awal. Selain itu, stesen ini menonjolkan serambi muka yang disangga oleh rasuk kayu terukir yang dihiasi dengan motif lengkok.

Stesen Keretapi Seremban dilitupi oleh dua lapis bumbung rabung miring: bumbung atas yang lebih kecil dan mempunyai tebeng layar bersilang dengan bumbung di bawahnya. Sebuah menara jam putih dibina di atas bumbung bangunan, dihiasi dengan kubah bawang. Bahagian bumbung yang atas juga dihiasi dengan ukiran kayu dan kemuncak-kemuncak kecil pada tubir atasnya.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]