Stesen kereta api Kampar
Stesen kereta api Kampar merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Kampar, Perak, Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM ETS.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Stesen ini asalnya telah dibuka pada tahun 1895 setelah landasan keretapi Lembah Kinta yang menyambungkan Teluk Anson (Teluk Intan) dengan Ipoh telah siap dibina. Pada tahun 1952, stesen lama ini telah dibakar oleh ahli Parti Komunis Malaya. Stesen ini kemudiannya digantikan dengan stesen sementara yang dibina berdekatannya.
Pada tahun 1965, stesen yang baharu telah dibina semula sejauh 1 kilometer dari stesen asal. Stesen ini sekali lagi dibina semula dalam projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Rawang-Ipoh dan dibuka semula pada tahun 2007.[1]
Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui KTM ETS.[2]
Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- 16 pelepasan ke Kuala Lumpur Sentral
- dua pelepasan ke Gemas
- 16 pelepasan ke Ipoh
- enam pelepasan ke Butterworth
- lima pelepasan ke Padang Besar
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Electrified Double Track Project Between Rawang and Ipoh". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2007. Dicapai pada 14 June 2007.
- ↑ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
