Terier Glen of Imaal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terier Glen of Imaal
Wheaten glen of imaal.jpg
Seekor terier Glen of Imaal gandum dewasa
Nama lainTerier Glen of Imaal Ireland
Terier Wicklow
Nama ringkasGlen, Glennie
Negara asalIreland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Glen of Imaal (bahasa Inggeris: Glen of Imaal terrier), terier Glen of Imaal Ireland (bahasa Inggeris: Irish Glen of Imaal terrier), atau terier Wicklow (bahasa Inggeris: Wicklow terrier) ialah satu baka anjing kategori terier dan satu daripada empat baka terier Ireland. Nama baka ini kerap disingkatkan oleh penggemar kepada hanya Glen.

Baka ini berasal dari, dan dinamai sempena, Glen of Imaal di Kaunti Wicklow, Ireland. Ia diiktiraf buat kali pertama oleh Irish Kennel Club pada 1934 dan paling kini oleh American Kennel Club pada 2004.

Baka ini dilaporkan wujud pada zaman pemerintahan Elizabeth I, yang mengupah askar Perancis dan Hessian untuk menamatkan kekacauan awam di Ireland. Selepas persengketaan ini, ramai askar ini bertempat di kawasan Wicklow. Ia membawa hound rendah mereka bersama, yang dibiakbakakan dengan anjing ternakan terier tempatan, akhirnya menghasilkan baka tersendiri yang akhirnya dikenali sebagai terier Glen of Imaal.

Terier Glen of Imaal dikembangkan untuk penghapusan haiwan perosak seperti tikus, rubah, bejar, dan berang-berang, dan juga sebagai anjing pekerja tujuan umum untuk penggembalaan. Tidak seperti banyak terier lain, ia merupakan "anjing kuat" lebih daripada "pemerum"—ia dibiakbakakan untuk bekerja dengan senyap ke dalam tanah, senyap-senyap pergi ke dalam lubang buruannya, sebalik menyalak untuk mengawaskan jurulatihnya. Dalam ujian perburuan, yang pernah diperlukan oleh banyak kelab kenel untuk kejuaraan, ia sebenarnya disingkirkan sekiranya berbunyi semasa berburu.

Menurut cerita rakyat Ireland terier Glen of Imaal digunakan sebagai anjing turnspit untuk memutarkan daging di atas apai untuk pemasakan. Walau bagaimanapun, bukti untuk ini sukar ditemui, dan ukiran anjing turnspit dari abad ke-19 tidak banyak memiliki keserupaan dengan terier Glen of Imaal kini. Ini tidak membiarkannya daripada diulangi dalam banyak gambaran baka ini atau digunakan dalam perkomenan oleh ramai pengumum pertunjukan anjing.

Baka ini hampir pupus sebelum dipulihkan semula pada awal abad kedua puluh. Kini, terier Glen of Imaal masih merupakan salah satu daripada baka anjing terjarang[1] (di Amerika Syarikat, bilangan haiwan terdaftar dalam beratus-ratus) dan baka terier Ireland paling kurang dikenali.

Kerana Glen of Imaal kini digunakan sebagai padang tembak oleh tentera Ireland, kini tiada terier Glen of Imaal mendiami kawasan itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "World's Rarest Dog Breed". PetMedsOnline.Org. Dicapai pada 30 Oktober 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]