Terier putih Tanah Tinggi Barat
![]() Seekor terier putih Tanah Tinggi Barat. | |||||||||||||||||||||||||||||
Nama lain | Terier Poltalloch Terier Roseneath Terier Roseneath putih | ||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Westie (atau Westy) | ||||||||||||||||||||||||||||
Negara asal | Scotland | ||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Terier putih Tanah Tinggi Barat (bahasa Inggeris: West Highland white terrier ) ialah satu baka anjing Scotland dengan bulu putih tersendiri. Baka modennya diturunkan daripada sebilangan program pembiakbakaan terier putih di Scotland sebelum abad ke-20. Edward Donald Malcolm, Laird Poltalloch Ke-16, dikreditkan dengan penciptaan baka moden daripada terier Poltalloch-nya, tetapi tidak mahu diketahui dengan nama itu. Baka berkaitan lain termasuk George Campbell, terier Roseneath Duke Argyll Ke-8 dan terier Pittenweem Dr. Americ Edwin Flaxman. Baka terier Scotland putih kecil diberi nama modennya buka kali pertama pada 1908, dengan pengiktirafan oleh kelab kenel utama berlaku pada masa masa.
Baka ini kekal sangat popular di United Kingdom dan berada di ketiga teratas daripada semua baka di Ameriak Syarikat sejak 1960-an. Ia telah ditonjolkan dalam televisyen dan filem termasuk dalam Hamish Macbeth dan dalam iklan oleh syarikat seperti makanan anjing Cesar dan wiski Scotland Black & White. Ia merupakan terier bersaiz sederhana, sungguhpun dengan kaki lebih panjang daripada baka terier Scotland lain. Ia mempunyai bulu dua lapis putih yang mengisi muka anjing ini memberinya penampilan bulat. Baka ini baik dengan kanak-kanak, tetapi tidak akan sentiasa bertoleransi dengan pengendalian kasar. Anjing ini ialah satu baka giat, tetapi bersosial dengan dorongan mangsa tinggi. Ia merupakan teman setia yang akan pergi ke mana-mana untuk menyenangkan tuannya, kerana pernah digunakan untuk memburu rodensia.
Beberapa isu kesihatan spesifik baka dan tidak spesifik baka muncul pada baka ini termasuk satu keadaan pada anjing muda diberi nama julukan "rahang westie" yang menyebabkan pertumbuhan lampau tulang pada rahang anjing ini. Ia juga mudah menghidap gangguan kulit, dengan satu keadaan spesifik baka dipanggil kejadian dermatosis hiperplasia. Ia sangat bertenaga dan banyak memerlukan senaman. Sepupu kepada "scotty", westie dibiakbakakan untuk memburu rodensia kecil di tempat seperti ladang.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- Tertentu
- Umum
- Smith, Arthur Croxton (1910). The Power of the Dog. London, United Kingdom: Hodder and Stoughton.
- Bruette, William A (1921). The Complete Dog Book. Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat: Stewart Kidd Co.
- Rice, Dan (2002). West Highland White Terriers. Hauppauge, NY: Barron's. ISBN 978-0-7641-1899-9.
- "Digital Crufts Edition". Dogworld. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2011.
- Ackerman, Lowell J (2011). Genetic Connection: A Guide to Health Problems in Purebred Dogs (ed. ke-2). Lakewood, Colorado, Amerika Syarikat: Akhbar Persatuan Hospital Haiwan Amerika Syarikat. ISBN 978-1-58326-157-6.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Terier putih Tanah Tinggi Barat |