Terier Jack Russell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Terier Jack Russell
Jack Russell Terrier (baby).jpg
Nama ringkas JRT
Jack
Negara asal England
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Jack Russell (bahasa Inggeris: Jack Russell terrier) ialah satu baka terier kecil yang berasal usul dalam pemburuan rubah; ia terutamanya berbadan putih dan berbulu lebut, kasar atau putus-putus. Ia biasanya dikelirukan dengan terier Parson Russell (lihat American Kennel Club) dan terier Russell, yang berkaki lebih pendek, keragaman lebih pendek dan gempal. (Dalam Persekutuan Kinologi Antarabangsa "terier Russell" juga dikenali sebagai "terier Jack Russell".) Istilah "terier Jack Russell" biasanya disalahgunakan untuk terier putih kecil lain.

Terier Jack Russell ialah jenis lebar, dengan julat saiz 10–15 in (25–38 cm). Terier Parson Russell terbatas hanya kepada julat sederhana dengan saiz piawai 12–14 in (30–36 cm), sementara terier Russell lebih kecil pada 8–12 in (20–30 cm). Setiap baka mempunyai perkadaran fizikal berlainan menurut piawaian baka.

Terier Jack Russell ialah baka bertenaga yang bergantung pada tahap senaman dan rangsangan tinggi dan agak bebas daripada masalah kesihatan serius. Berasal daripada anjing dibiakbakakan dan digunakan oleh Reverend John Russell pada awal abad ke-19, ia mempunyai asal usul serupa dengan terier rubah moden. Ia telah melalui beberapa perubahan selama bertahun-tahun sepadan dengan kegunaan dan piawaian baka berlainan ditetapkan oleh kelab kenel. Pengiktirafan oleh kelab kenel untuk terier Jack Russell telah ditentang oleh persatuan induk baka – yang menghasilkan pembiakbakaan dan pengiktirafan terier "Parson Russell". Terier Jack Russell telah muncul berkali-kali dalam filem, televisyen dan cetakan dengan beberapa ekor anjing ketara.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Kelab dan persatuan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]