Cairn terrier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cairn terrier
Dua ekor cairn terrier yang menunjukkan variasi warna lapis bulu
Negara asalScotland
Trait
Berat 10–16 lb (4.5–7.3 kg)
Tinggi 9–13 in (23–33 cm)
Bulu Lapis bulu luar berjumbai lebat, lapis bulu bawah kekapas lembut. Mungkin krim, merah pekat, brindle, kelabu muda, aprikot, atau hitam.
Saiz perinduk 2–10 ekor
Jangka hayat 13.4–14 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Cairn terrier[a] ialah satu baka terier yang berasal dari Tanah Tinggi Scotland dan diiktiraf sebagai salah satu baka anjing pekerja terawal.

Nama "cairn terrier" merupakan cadangan kompromi semasa baka ini dibawa ke pertunjukan rasmi di United Kingdom pada tahun 1909, awalnya di bawah nama "short-haired Skye terrier" ("terier berbulu pendek Skye"). Nama ini tidak diterima oleh The Kennel Club apabila berhadapan dengan bantahan daripada pembiak baka terier Skye. Nama alternatif "cairn terrier" diterima pakai.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Cairn terrier berasal dari Tanah Tinggi Scotland dan Kepulauan Skye,[1] pada mulanya dikelompokkan dalam kelas "terier Skye" bersama dengan terier Scotland dan terier putih Tanah Tinggi Barat. Dari awal tahun 1900-an, ketiga-tiganya dibiakbakakan secara berasingan.

The Kennel Club United Kingdom memberi cairn terrier daftar terpisah pada tahun 1912; pada tahun pertama pengiktirafan, 134 ekor anjing didaftarkan dan baka ini diberi status Kejuaraan.[2]

Terry ialah cairn terrier pelakon yang memainkan watak Toto dalam Wizard of Oz.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Seekor cairn terrier brindle
Seekor cairn terrier merah/gandum
Cairn terrier

Cairn terrier mempunyai lapis bulu luar kasar tahan cuaca yang dapat berwarna hitam, krim, gandum, merah, pasir, kelabu, atau brindle. Hitam legam, hitam dan sawo matang, dan putih tidak diizinkan oleh banyak kelab kenel. Walaupun pendaftaran cairn terrier putih pernah diizinkan, selepas tahun 1917, American Kennel Club mensyaratkan agar ia didaftarkan sebagai terier putih Tanah Tinggi Barat. Satu ciri penting cairn terrier ialah bahawa cairn terrier brindle kerap bertukar warna sepanjang hayatnya. Ini bukan hal luar biasa untuk cairn terrier brindle yang menjadi semakin hitam atau perak semakin ia menua. Cairn terrier berlapis bulu ganda, dengan lapis bulu bawah lembut dan padat dan lapis bulu luar keras. Cairn terrier yang terawat dengan rapi mempunyai penampilan kasar dan sedia, bebas daripada penampilan buatan. Cairn terrier didaftarkan ke dalam American Kennel Club pada tahun 1903.

Seekor cairn terrier berusia sembilan minggu dengan lapis bulu brindle

Cairn terrier cenderung untuk kelihatan serupa dengan terier Norwich, tetapi dengan sesetengah perbezaan (contohnya bulu berjumbai). Lapis luar bulunya adalah berjumbai, tetapi ia mempunyai lapis bulu bawah lembut mirip kapas. Berat unggul ialah 4.5–7.3 kg (9.9–16.1 lb) dan ketinggiannya ialah 9–13 in (23–33 cm).

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian Perancis tahun 2015 mendapati jangka hayat sebanyak 13.42 tahun.[3] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 14 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[4]

Sesetengah masalah kesihatan keturunan lebih umum yang ditemukan pada cairn terrier merupakan:[5][6]

Baka ini cenderung terhadap dermatitis atopi.[7]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: کيئرن تيريئر; bahasa Inggeris: cairn terrier

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Cairn Terrier History" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  2. ^ "swwectc- cairn history". www.swwectc.freeuk.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2018. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  3. ^ Leroy, G. G.; Phocas, F.; Hedan, B.; Verrier, E.; Rognon, X. (2015). "Inbreeding impact on litter size and survival in selected canine breeds" (PDF). The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). 203 (1): 74–78. doi:10.1016/j.tvjl.2014.11.008. PMID 25475165. S2CID 27631883. min=12.23 ± 4.18 median=13.42
  4. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 14 (1). doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan).
  5. ^ "Health Related Concerns" (dalam bahasa Inggeris). Cairn Terrier Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2010. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  6. ^ Alex., Gough (2004). Breed predispositions to disease in dogs and cats (dalam bahasa Inggeris). Thomas, Alison, 1964–. Oxford, Amerika Syarikat: Blackwell Publishing. ISBN 978-1405107488. OCLC 53231203.
  7. ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion (dalam bahasa Inggeris). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 94. ISBN 978-0-8138-1596-1.