Pergi ke kandungan

Black mouth cur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Black mouth cur
Nama lain
  • Southern black mouth cur
  • Southern cur
  • Vermont cur
  • Vermont black mouth cur
  • Yellow black mouth cur
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat Jantan Minimum 40 paun (18 kg)
Betina Minimum 35 paun (16 kg)
Tinggi 16–25 inci (41–64 cm)
Bulu Pendek
Warna Kuning, perang kekuning-kuningan, perang, brindle, atau hitam dengan muncung hitam
Anjing (Canis lupus familiaris)

Black mouth cur,[a] yang juga dikenali sebagai southern cur, southern black mouth cur, dan yellow black mouth cur, ialah satu baka anjing Amerika bersaiz sederhana hingga besar daripada jenis cur. Ia berasal dari selatan negara itu dan merupakan rakan pemburu popular, yang digunakan untuk memburu pelbagai buruan.

Asal usul black mouth cur adalah di Amerika Syarikat Selatan; di sana, ia dikenali dengan sebilangan nama termasuk southern cur, southern black mouth cur, dan yellow black mouth cur.[1][2] Terdapat sebilangan konjektur tentang keleluhurannya, yang daripadanya yang paling lazim ialah bahawa ia diturunkan daripada anjing – antaranya sesetengah malinois Belgium – yang dibawa ke Mississippi selatan oleh peneroka Eropah.[1] Dalam persekitaran ini, anjing ini dibiakbakakan menjadi bentuk semasanya sebagai anjing pemburu popular jenis cur dan dari Mississippi ia tersebar ke pergunungan Kentucky, Missouri, Carolina Utara, dan Tennessee dan akhirnya ke rantau Big Thicket di Texas Tenggara.[1] Watak judulan dalam novel Old Yeller karya Fred Gipson didakwa merupakan black mouth cur.[2] Pada tahun 1987, sebuah kelab baka, iaitu Southern Black Mouth Cur Breeders Association ("Persatuan Pembiak Baka Southern Black Mouth Cur"), dibentuk dan, pada tahun 1998, baka ini diiktiraf oleh United Kennel Club.[1][3] Pertubuhan-pertubuhan penyelamatan anjing negeri utara telah giat memindahkan anjing yang diselamatkan daripada baka ini dari tempat perlindungan di selatan.[4]

Black mouth cur ialah penyumbang genetik yang diketahui kepada "anjing perang Florida" yang lazim,[5] yang dikenali dengan bermacam-macam nama seperti Florida cur, Florida cow dog ("anjing lembu Florida"), Florida/Cracker cur, atau Florida Cracker dog.[6] Dengan asal usul dari Florida, gembala lembu ini telah berkhidmat sebagai pertahanan terhadap kucing liar, babi hutan, dan beruang sejak zaman awal penternakan lembu di rantau ini. Florida cracker cur dibiakbakakan untuk kebolehan kerjanya. Ia biasanya mempunyai tubuh berotot dan muncung cukup terbentuk. Berbanding dengan cur lain, ia cenderung untuk bersaiz lebih besar dan bertulang lebih besar. Warna lapis bulunya termasuk perang, putih, atau hitam, kerap dengan tompok-tompok putih pada kaki dan dada. Ia kerap dikelirukan dengan black mouth cur.[A] Kebanyakan anjing perang Florida mempunyai campuran anjing pengutip Labrador, sedikit black mouth cur, dan jumlah kecil hound dalam keleluhurannya.[9] "Nip" dan "Tuck" merupakan Florida Cracker cur yang dihadiahkan kepada salah seorang protagonis oleh Orang Indian dalam A Land Remembered, a history of Florida, novel terlaris karya Patrick D. Smith.

Seekor black mouth cur yang menunjukkan topeng melanisme tipikal di sekeliling muncung

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Black mouth cur ialah anjing atletik dan berotot yang bersaiz sederhana hingga besar.[1][10][11] Ia berbeza-beza dengan besar dari segi ketinggian dan biasanya berdiri setinggi 16–25 inci (41–64 cm), dengan anjing individu yang diketahui mencecah 28 inci (71 cm);[1][10][11] piawaian baka mewajibkan ketinggian minimum 18 inci (46 cm) untuk jantan dan 16 inci (41 cm) untuk betina.[3] Anjing ini biasanya berukuran seberat 45–100 paun (20–45 kg),[10][11] sambil piawaian baka mengizinkan individu yang ketara lebih ringan, dengan berat minimum 40 paun (18 kg) untuk jantan dan 35 paun (16 kg) untuk betina.[3] Black mouth cur mempunyai lapis bulu pendek dan padat, yang biasanya berwarna kuning, perang kekuning-kuningan, atau perang muda, walaupun individu perang gelap, brindle, dan hitam diketahui.[1] Kepala baka ini adalah lebar dan rata, dengan telinga terkelepek dan muncung hitam yang melanistik secara distingtif.[1] Dadanya lebar dan tungkainya panjang, demikian juga ekornya – yang biasanya tidak terpotong.[1][10]

Perwatakan

[sunting | sunting sumber]

Black mouth cur berhati-hati terhadap orang asing dan diketahui tegas melindungi kanak-kanak, kadang-kadang hingga membantah ibu bapa yang mendisiplinkan anak mereka. Banyak anjing diketahui bergerak balas dengan lebih baik kepada wanita pengendali.[2][10][11]

Black mouth cur ialah anjing berkuasa dan mungkin digunakan untuk penggembalaan, perburuan, atau penjagaan harta benda.[1][2][10][12][13]

Ia digunakan secara meluas untuk perburuan di serata Amerika Syarikat Selatan terhadap pelbagai buruan termasuk beruang, babi jalang, rakun, rusa, dan tupai. Ia mempunyai reputasi sebagai pemburu pelahap yang biasanya menangkap dan membunuh binatang buruan di atas tanah, walaupun ia mungkin juga melakukan treeing dan pengepungan terhadap buruan.[1][2]

  1. Jawi: بلک ماءوث کر

Catatan kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. "Menurut sejarah, penjelajah Sepanyol De Soto membawa ternakan pertama Florida cracker cur bersama dengan beliau. Beliau tiba di Florida pada tahun 1539 dengan lembu. Memandangkan Florida cracker cur ialah anjing serba kerja dengan hidung tajam, ia sangat tersesuai terhadap tanah paya."[7][8]
  1. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 222–223. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
  2. 1 2 3 4 5 Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995). The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-5). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 203. ISBN 9780793812844. OCLC 32596861.
  3. 1 2 3 "BLACK MOUTH CUR: Official UKC Breed Standard" [BLACK MOUTH CUR: Piawaian Baka Rasmi UKC] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 1 Februari 2023. Dicapai pada 2 April 2024.
  4. Henderson, Tim (28 Februari 2019). "Rescue Network Sends Southern Puppies North" [Rangkaian Penyelamatan Mengirimkan Anak Anjing Selatan ke Utara] (dalam bahasa Inggeris). Stateline. Dicapai pada 24 Januari 2026.
  5. "What is Florida brown dog syndrome?" [Apakah sindrom anjing perang Florida?] (dalam bahasa Inggeris). Sarasota Herald-Tribune. 25 Jun 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2024. Dicapai pada 4 Mei 2024.
  6. Hudson, Stewart (8 Julai 2016). Florida Cracker Cur Training Guide [Panduan Pelatihan Florida Cracker Cur] (dalam bahasa Inggeris). CreateSpace. ISBN 9781535160056.
  7. "Florida Cracker Cur" [Florida cracker cur] (dalam bahasa Inggeris). Gundog Central. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2024. Dicapai pada 4 Mei 2024.
  8. Uhanov, Sergey (10 November 2023). "Florida Cracker Cur" [Florida cracker cur] (dalam bahasa Inggeris). 101DogBreeds.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2024. Dicapai pada 4 Mei 2024.
  9. Hubert (5 Mei 2023). "What is a Florida cracker cur dog?" [Apakah Florida cracker cur dog?] (dalam bahasa Inggeris). The Faithful Dog. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2024. Dicapai pada 4 Mei 2024.
  10. 1 2 3 4 5 6 De Prisco, Andrew; Johnson, James Burris (1990). The Mini-Atlas of Dog Breeds [Atlas Mini Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 291. ISBN 9780866220910. OCLC 21949720.
  11. 1 2 3 4 Palika, Liz (27 Ogos 2007). The Howell Book of Dogs: The Definitive Reference to 300 Breeds and Varieties [Buku Howell tentang Anjing: Rujukan Muktamad kepada 300 Baka dan Keragaman] (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 158. ISBN 9780470009215. OCLC 85485148.
  12. Dohner, Janet Vorwald (4 Oktober 2016). Farm Dogs: A Comprehensive Breed Guide: 93 Guardians, Herders, Terriers, and Other Canine Working Partners [Anjing Ladang: Panduan Baka Komprehensif: 93 Anjing Pengawal, Anjing Gembala, Terier, dan Pasangan Anjing Pekerja Lain] (dalam bahasa Inggeris). North Adams, Massachusetts, Amerika Syarikat: Storey Publishing. m/s. 189. ISBN 9781612125923. OCLC 952855172.
  13. Hoppendale, George; Moore, Asia (16 Januari 2017). Black Mouth Cur: Complete Owners Manual [Black Mouth Cur: Panduan Lengkap Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). IMB Publishing. ISBN 9781912057634. OCLC 986760416.