Hantu Kak Limah Balik Rumah (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hantu Kak Limah Balik Rumah
HKLBR.jpg
Pengarah Mamat Khalid
Penerbit Gayatri Su-Lin
Dibintangi oleh Awie
Zami Ismail
Johan Raja Lawak
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Perbelanjaan RM 1.42 juta[1]
Box office RM 7.90 juta[1]

Hantu Kak Limah Balik Rumah ialah sebuah filem komedi seram arahan pengarah berpengalaman, Mamat Khalid yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 9 Disember 2010. Filem yang dibintangi oleh penyanyi rock popular, Awie, Man Kadir, Zami Ismail, Johan Raja Lawak dan Soffi Jikan ini berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang selepas kejadian Zombi. Tetapi filem ini bukanlah kesinambungan kepada filem Zombi Kampung Pisang, tetapi lebih terarah kepada kejadian yang berlaku di Kampung Pisang[2].

Plot[sunting | sunting sumber]

Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini menampilkan kejutan demi kejutan.

Usop (Shy8) mengalami kemalangan

Husin yang telah 2 tahun bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila sampai ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam[3]. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung bahawa barangkali Kak Limah sudah menjadi hantu.

Kak Limah (Delimawati) sedang diperhatikan oleh Abi Hurairah (Johan Raja Lawak)

Abi Hurairah setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang geram akan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau[4].

Abi Hurairah dan Hussein (Awie) sedang berbual-bual

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah[5]. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam[6].

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Misteri hanya terurai apabila anak Mak Limah kembali ke Kampung Pisang[7]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Maklum Balas[sunting | sunting sumber]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Disember 2010, dilaporkan bahawa jumlah kutipan Hantu Kak Limah Balik Rumah mencecah paras RM 6 juta semenjak dibuka pada 9 Disember, menjadikan filem ini terbitan Tayangan Unggul paling besar dalam sejarah.[8]

Setelah habis tayangan di 39 buah pawagam, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mengutip sebanyak RM 7.90 juta,[1] sekaligus menjadikannya filem Malaysia ketiga terbanyak kutipan kasar di pawagam Malaysia, mengekori filem Ngangkung yang mengutip RM 8.18 juta dan Khurafat: Perjanjian Syaitan yang mengutip RM 8.03 juta.

Pencalonan & Anugerah[sunting | sunting sumber]

Filem ini mendapat pencalonan dalam FFM 24 dengan 4 pencalonan iaitu:

Ia sekali gus memulihkan reputasi filem ini selepas gagal tercalon pada ASK 2011.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]