Esteban Gutiérrez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Esteban Gutiérrez
Gutierrez Esteban.JPG
Gutiérrez pada tahun 2009 di Hockenheimring
Lahir 5 Ogos 1991 (23 tahun)
Monterrey, Mexico
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Kewarganegaraan  Mexico
Kereta 2013 Sauber-Ferrari
Kereta # 12
Perlumbaan 12
Kemenangan 0
Podium 0
Mata kerjaya 0
Petak pertama 0
Pusingan terpantas 1
Perlumbaan pertama Grand Prix Australia 2013
Perlumbaan terakhir Grand Prix Itali 2013

Esteban Manuel Gutiérrez Gutiérrez[1]; lahir 5 Ogos 1991) ialah seorang pemandu kereta lumba dari Mexico. Beliau bersaing dalam kejuaraan GP2 pada tahun 2012 untuk Lotus GP, dan menjadi pemandu ujian untuk pasukan Formula Satu Sauber. Pada musim 2013, Gutiérrez berlumba untuk Sauber, dan menjadi rakan sepasukan Nico Hülkenberg.[2]

Pada tahun 2008, beliau memenangi kejuaraan Formula BMW Europe,[3] dan menjadi pemandu Mexico yang pertama untuk memenangi Kejuaraan Antarabangsa pada umur 17 tahun. Beliau juga memenangi kejuaraan GP3 Series yang pertama pada tahun 2010. Beliau juga menjadi graduan GP3 yang pertama untuk mendapat tempat ketiga teratas dalam GP2 pada kejuaraan tahun 2012.

Formula Satu[sunting | sunting sumber]

Gutiérrez memandu sebuah kereta Formula Satu BMW Sauber pada bulan Disember 2009 selepas memenangi kejuaraan Formula BMW Europe.[4] Walaupun pasukan tersebut kehilangan sokongan daripada BMW bagi tahun 2010, beliau menyertai pasukan tersebut sebagai pemerhati untuk beberapa perlumbaan pada hujung minggu dan dimasukkan dalam program latihan yang sama sebagai pemandu perlumbaan, Pedro de la Rosa dan Kamui Kobayashi.[5] Kemudiannya pada musim ini, beliau telah dinamakan sebagai pemandu ujian dan simpanan Sauber pada 10 September.[6] Pada 16 November 2010, Gutiérrez telah mengambil bahagian dalam acara Ujian Pemandu Muda di Abu Dhabi, dengan menetapkan masa keempat terpantas hari tersebut.[7]

Beliau hampir bertanding dalam perlumbaan sulungnya untuk Sauber di Grand Prix Kanada 2011 apabila pemandu pasukan, Sergio Pérez, masih kurang sihat akibat dari kemalangannya pada perlumbaan sebelumnya di Monaco.[8] Oleh kerana Gutiérrez ialah pemandu ujian dan simpanan untuk Sauber, beliau boleh memilih untuk berlumba. Walau bagaimanapun, disebabkan masa acara tersebut dan seorang pemandu perlu mencatat masa sebelum berakhirnya sesi latihan bebas kedua, dan ketika itu beliau berada di Mexico, Gutiérrez tidak dapat mengambil alih kereta tersebut dan Sauber memilih untuk mengunakan bekas pemandu dan ujian McLaren, Pedro de la Rosa.[9]

Pada 28 Julai 2011, ia telah diumumkan bahawa Gutiérrez akan kekal sebagai pemandu simpanan Sauber sehingga musim 2012.[10] Gutiérrez sekali lagi mengambil untuk pasukan Sauber pada acara Ujian Pemandu Muda di Abu Dhabi pada 19 November. Beliau mencatatkan masa kelima terpantas dan ketujuh terpantas secara keseluruhan.[11]

Pada 26 Oktober 2012, Gutiérrez mengambil bahagian pada sesi latihan bebas yang pertama di Grand Prix India, dengan menggantikan Pérez yang kurang sihat. Beliau akhirnya mencatatkan masa ke-20 terpantas pada sesi tersebut, sebelum Pérez kembali ke dalam keretanya untuk sesi kedua.[12]

Sauber (2013)[sunting | sunting sumber]

Gutiérrez beraksi di Jerez pada ujian musim sejuk pada tahun 2013

Pada 23 November 2012, ia telah diumumkan bahawa Gutiérrez akan kekal bersama Sauber, dan kini menjadi pemandu kedua pasukan tersebut, manakala Nico Hülkenberg menjadi pemandu pertama, selepas menyertai pasukan tersebut dari pasukan Force India.[2] Di Grand Prix Australia, beliau mendapat tempat ke-18 pada pusingan kelayakan selepas mengalami kemalangan pada Q1. Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-13. Di Grand Prix Malaysia, Gutiérrez memasuki Q2 dan melayakkan diri di tempat ke-14.[13] Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-12.

Di China, beliau hanya mampu mendapat tempat ke-18 pada pusingan kelayakan, manakala rakan sepasukannya berjaya memasuki pusingan kelayakan bahagian ketiga. Perlumbaan Gutiérrez berakhir pada pusingan ke-4 apabila berlanggar ke belakang kereta Adrian Sutil, dan menyebabkan beliau bersara buat kali pertama pada musim ini. Di Bahrain, beliau sekali mendapat tempat ke-18 pada pusingan kelayakan, dan memulakan perlumbaan di tempat terakhir selepas menerima penalti lima-petak kedudukan kerana menyebabkan kemalangan di China. Beliau gagal mendapat sebarang mata dan menamatkan perlumbaan satu pusingan di belakang pemenang.

Gutiérrez pada sesi latihan bebas pertama di Malaysia

Sepanyol adalah titik perubahan dalam kerjaya Formula Satu Gutiérrez. Walaupun memasuki Q2 buat kali kedua, beliau hanya mampu melayakkan diri di tempat ke-16. Sebelum perlumbaan, beliau didapati telah menghalang Kimi Räikkönen pada pusingan kelayakan, dan menyebabkan beliau jatuh tiga tempat, dan memulakan perlumbaan di tempat ke-19. Prestasi Gutiérrez pada perlumbaan ini jauh lebih baik berbanding dengan prestasinya sebelum ini. Beliau mendahului beberapa pusingan, dan menjadi menjadi pemandu ke-12 yang berbeza untuk melakukan demikian pada tahun 2013. Beliau juga bersaing dengan Jenson Button, tetapi selepas melakukan perhentian pit pada saat-saat akhir, beliau gagal untuk memintas Daniel Ricciardo, dan akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas. Beliau juga mendapat pusingan terpantas yang pertamanya pada perlumbaan ini,[14] dan menjadi pemandu kedua termuda untuk menetapkan masa pusingan terpantas selepas Nico Rosberg.

Rekod kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ringkasan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
2007 Formula BMW USA Team Autotecnica 14 4 9 2 8 436 Ke-2
Formula BMW World Final 1 0 0 0 0 N/A Ke-25
Formula BMW ADAC Esteban Gutiérrez 2 0 0 1 0 46 Ke-26
2008 Formula BMW Europe Josef Kaufmann Racing 16 7 3 9 12 353 Pertama
Formula BMW World Final 1 0 1 0 1 N/A Ke-3
German Formula Three 2 0 0 0 0 N/A NC
International Formula Master Trident Racing 2 0 0 0 1 8 Ke-19
2009 Formula Three Euroseries ART Grand Prix 20 0 0 0 2 26 Ke-9
British Formula Three 4 0 0 1 1 N/A NC
Masters of Formula 3 1 0 0 0 0 N/A Ke-17
2010 GP3 Series ART Grand Prix 16 5 3 7 9 88 Pertama
Formula Three Euroseries 2 0 0 0 0 N/A NC
British Formula Three 3 0 0 0 0 N/A NC
2011 GP2 Series Lotus ART 18 1 0 1 2 15 Ke-13
GP2 Asia Series 4 0 0 0 0 3 Ke-11
GP2 Final 2 0 0 0 0 2 Ke-8
Formula Satu Sauber F1 Team Pemandu ujian
2012 GP2 Series Lotus GP 24 3 0 5 7 176 Ke-3
Formula Satu Sauber F1 Team Pemandu ujian
2013 Formula Satu Sauber F1 Team 12 0 0 1 0 0* Ke-18*

Sebagai pemandu jemputan, Gutiérrez tidak boleh mendapat mata.
* Musim sedang dijalankan.

Keputusan lengkap GP3 Series[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 DC Mata
2010 ART Grand Prix ESP
FEA

3
ESP
SPR

3
TUR
FEA

1
TUR
SPR

7
VAL
FEA

1
VAL
SPR

7
GBR
FEA

1
GBR
SPR

3
GER
FEA

4
GER
SPR

1
HUN
FEA

2
HUN
SPR

5
BEL
FEA

16
BEL
SPR

7
ITA
FEA

1
ITA
SPR

Ret
Pertama 88

Keputusan lengkap GP2 Series[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 DC Mata
2011 Lotus ART TUR
FEA

Ret
TUR
SPR

11
ESP
FEA

Ret
ESP
SPR

12
MON
FEA

12
MON
SPR

DNS
VAL
FEA

7
VAL
SPR

1
GBR
FEA

10
GBR
SPR

8
GER
FEA

12
GER
SPR

Ret
HUN
FEA

Ret
HUN
SPR

2
BEL
FEA

14
BEL
SPR

7
ITA
FEA

9
ITA
SPR

6
Ke-13 15
2012 Lotus GP MYS
FEA

7
MYS
SPR

2
BHR1
FEA

3
BHR1
SPR

2
BHR2
FEA

10
BHR2
SPR

4
ESP
FEA

10
ESP
SPR

7
MON
FEA

23
MON
SPR

8
VAL
FEA

1
VAL
SPR

Ret
GBR
FEA

1
GBR
SPR

4
GER
FEA

10
GER
SPR

5
HUN
FEA

8
HUN
SPR

1
BEL
FEA

11
BEL
SPR

13
ITA
FEA

9
ITA
SPR

Ret
SIN
FEA

2
SIN
SPR

6
Ke-3 176

Gutiérrez tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.

Keputusan lengkap GP2 Asia Series[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 DC Mata
2011 Lotus ART ABU
FEA

Ret
ABU
SPR

12
ITA
FEA

12
ITA
SPR

4
Ke-11 3

Keputusan lengkap Formula Satu[sunting | sunting sumber]

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
2012 Sauber F1 Team Sauber C31 Ferrari 056 2.4 V8 AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND
TD
ABU USA BRA - -
2013 Sauber F1 Team Sauber C32 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
13
MAL
12
CHN
Ret
BHR
18
ESP
11
MON
13
CAN
20†
GBR
14
GER
14
HUN
Ret
BEL
14
ITA
13
SIN
JPN
KOR
IND
ABU
USA
BRA
Ke-18* 0*

Pemandu tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.

Rekod[sunting | sunting sumber]

  • Kelima dalam senarai pemandu termuda untuk mendahului perlumbaan.
  • Kedua dalam senarai untuk merekodkan masa pusingan terpantas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Esteban Gutiérrez". Escudería Telmex. Diperoleh pada 29 Jun 2011. 
  2. 2.0 2.1 "Gutierrez berlumba untuk Sauber bagi musim 2013". Formula1.com (Kumpulan Formula Satu). 23 November 2012. Diperoleh pada 23 November 2012. 
  3. BMW Motorsport "Formula BMW Europe Results – Driver's Championship". September 2008. Diambil 27 Mei 2013.
  4. "BMW confirms tests for Rossi and Gutierrez". grandprix.com. Inside F1. 31 Julai 2009. Diperoleh pada 20 Mac 2013. 
  5. Beer, Matt (26 Februari 2010). "Gutierrez to work with Sauber". autosport.com. Haymarket Publications. Diperoleh pada 20 Mac 2013. 
  6. "Gutierrez named BMW Sauber reserve for 2011". Formula One Official Site. Diperoleh pada 10 September 2010. 
  7. Straw, Edd (16 November 2010). "Ricciardo tops day one of rookie test". autosport.com (Haymarket Publications). Diperoleh pada 20 Mac 2012. 
  8. "Sergio Perez to stay in hospital following Monaco crash". Diperoleh pada 29 Mei 2011. 
  9. "De la Rosa replaces unwell Perez in Canada". F1Zone.net. Diperoleh pada 22 Mac 2013. 
  10. "Kobayashi and Perez to stay at Sauber in 2012". formula1.com (Kumpulan Formula Satu). 28 Julai 2011. Diperoleh pada 22 Mac 2013. 
  11. "Abu Dhabi Young Driver F1 test times – Combined". Crash Media Group. Diperoleh pada 19 November 2011. 
  12. "Gutierrez enjoys India run, 'ready to go again'". Crash.net (Crash Media Group). 26 Oktober 2012. Diperoleh pada 20 Mac 2013. 
  13. http://www.formula1.com/results/season/2013/894/7196/
  14. http://www.formula1.com/results/season/2013/897/7299/fastest_laps.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]