Grand Prix Itali 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Itali   Grand Prix Itali 2012
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-13 daripada 20 dalam Formula Satu musim 2012.
Autodromo Nazionale Monza
Autodromo Nazionale Monza
Tarikh 9 September 2012
Nama rasmi Formula 1 Gran Premio Santander d'Italia 2012[1]
Lokasi Autodromo Nazionale Monza, Monza, Itali
Litar Litar perlumbaan tetap
5.793 km (3.6 batu)
Jarak 53 pusingan, 306.720 km (190.58 batu)
Petak pertama
Pemandu United Kingdom Lewis Hamilton McLaren-Mercedes
Masa 1:24.010
Pusingan terpantas
Pemandu Jerman Nico Rosberg Mercedes
Masa 1:27.239 pada pusingan ke-53
Podium
Pertama United Kingdom Lewis Hamilton McLaren-Mercedes
Kedua Mexico Sergio Pérez Sauber-Ferrari
Ketiga Sepanyol Fernando Alonso Ferrari
Peneraju pusingan

Grand Prix Itali 2012 (nama rasmi: Formula 1 Gran Premio Santander d'Italia 2012)[1] ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Autodromo Nazionale Monza, Monza, Itali, pada 9 September 2012.[2] Ia merupakan perlumbaan yang ke-13 dalam musim 2012, dan merupakan perlumbaan yang terakhir di Eropah sebelum Formula Satu kembali ke Asia untuk Grand Prix Singapura.

Lewis Hamilton memulakan perlumbaan ini dari petak pertama, di hadapan rakan sepaskan, Jenson Button.[3] Hamilton berjaya memenangi perlumbaan ini, empat saat di hadapan Sergio Pérez. Fernando Alonso melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga untuk pasukan Ferrari.

Laporan[sunting | sunting sumber]

Pertukaran litar[sunting | sunting sumber]

Zon DRS dipendekkan bagi perlumbaan tahun ini.[4] Zon DRS pertama, terletak diantara selekoh Lesmo kedua dan Variante Ascari, telah dipendekkan lima puluh meter, manakala zon DRS di jalan lurus telah dipendekkan lima meter.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pemandu Lotus, Romain Grosjean tidak dibenarkan berlumba di Grand Prix ini selepas beliau menyebabkan perlanggaran pada pusingan pertama di Grand Prix Belgium.[5] Beliau akan digantikan oleh pemandu ujian Lotus, Jérôme d'Ambrosio.[6]

Pastor Maldonado menerima penalti sepuluh-petak kedudukan kerana melompat permulaan Grand Prix Belgium, dan menyebabkan kemalangan yang boleh dielakkan dengan Timo Glock.[7]

Paul di Resta dikenakan penalti lima-petak kedudukan kerana menukar kotak gear pada pagi Sabtu.[8]

Pertukaran pemandu[sunting | sunting sumber]

Ma Qinghua menjadi pemandu Cina yang pertama untuk mengambil bahagian dalam sebuah Grand Prix apabila beliau memandu kereta HRT kepunyaan Narain Karthikeyan semasa sesi latihan bebas pertama pada pagi Jumaat.[9] Valtteri Bottas memandu kereta Williams kepunyaan Bruno Senna pada sesi yang sama, manakala Jules Bianchi mengantikan Paul di Resta untuk pasukan Force India.

Klasifikasi[sunting | sunting sumber]

Kelayakan[sunting | sunting sumber]

Ked. No. Pemandu Pengeluar Bahagian 1 Bahagian 2 Bahagian 3 Petak
1 4 United Kingdom Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 1:24.211 1:24.394 1:24.010 1
2 3 United Kingdom Jenson Button McLaren-Mercedes 1:24.672 1:24.255 1:24.133 2
3 6 Brazil Felipe Massa Ferrari 1:24.882 1:24.505 1:24.247 3
4 11 United Kingdom Paul di Resta Force India-Mercedes 1:24.875 1:24.345 1:24.304 91
5 7 Jerman Michael Schumacher Mercedes 1:25.302 1:24.675 1:24.540 4
6 1 Jerman Sebastian Vettel Red Bull-Renault 1:25.011 1:24.687 1:24.802 5
7 8 Jerman Nico Rosberg Mercedes 1:24.689 1:24.515 1:24.833 6
8 9 Finland Kimi Räikkönen Lotus-Renault 1:25.151 1:24.742 1:24.855 7
9 14 Jepun Kamui Kobayashi Sauber-Ferrari 1:25.317 1:24.683 1:25.109 8
10 5 Sepanyol Fernando Alonso Ferrari 1:24.175 1:24.242 1:25.678 10
11 2 Australia Mark Webber Red Bull-Renault 1:25.556 1:24.809 11
12 18 Venezuela Pastor Maldonado Williams-Renault 1:25.103 1:24.820 222
13 15 Mexico Sergio Pérez Sauber-Ferrari 1:25.300 1:24.901 12
14 19 Brazil Bruno Senna Williams-Renault 1:25.135 1:25.042 13
15 16 Australia Daniel Ricciardo Toro Rosso-Ferrari 1:25.728 1:25.312 14
16 10 Belgium Jérôme d'Ambrosio Lotus-Renault 1:25.834 1:25.408 15
17 17 Perancis Jean-Éric Vergne Toro Rosso-Ferrari 1:25.649 1:25.441 16
18 20 Finland Heikki Kovalainen Caterham-Renault 1:26.382 17
19 21 Rusia Vitaly Petrov Caterham-Renault 1:26.887 18
20 24 Jerman Timo Glock Marussia-Cosworth 1:27.039 19
21 25 Perancis Charles Pic Marussia-Cosworth 1:27.073 20
22 23 India Narain Karthikeyan HRT-Cosworth 1:27.441 21
23 22 Sepanyol Pedro de la Rosa HRT-Cosworth 1:27.629 23
Masa 107%: 1:30.067
24 12 Jerman Nico Hülkenberg Force India-Mercedes tiada masa 243
Sumber:[3]

Nota:

  • ↑1 Paul di Resta dikenakan lima-petak kedudukan kerana menukar kotak gear tanpa dijadualkan.[8]
  • ↑2 Pastor Maldonado dikenakan sepuluh-petak kedudukan kerana melompat perlumbaan dan menyebabkan kemalangan yang boleh dielakkan pada perlumbaan sebelumnya di Belgium.[7]
  • ↑3 Nico Hülkenberg gagal mencatatkan masa apabila kereta beliau berhenti semasa pusingan kelayakan bahagian pertama. Kerana beliau gagal memulakan semula keretanya, beliau tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam sesi tersebut. Kemasukan beliau dalam perlumbaan akan dirujuk kepada steward perlumbaan.

Perlumbaan[sunting | sunting sumber]

Ked No Pemandu Pengeluar Pusingan Masa/Terkeluar Petak Mata
1 4 United Kingdom Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 53 1:19:41.221 1 25
2 15 Mexico Sergio Pérez Sauber-Ferrari 53 +4.356 12 18
3 5 Sepanyol Fernando Alonso Ferrari 53 +20.594 10 15
4 6 Brazil Felipe Massa Ferrari 53 +29.667 3 12
5 9 Finland Kimi Räikkönen Lotus-Renault 53 +30.881 7 10
6 7 Jerman Michael Schumacher Mercedes 53 +31.259 4 8
7 8 Jerman Nico Rosberg Mercedes 53 +33.550 6 6
8 11 United Kingdom Paul di Resta Force India-Mercedes 53 +41.057 9 4
9 14 Jepun Kamui Kobayashi Sauber-Ferrari 53 +43.898 8 2
10 19 Brazil Bruno Senna Williams-Renault 53 +48.144 13 1
11 18 Venezuela Pastor Maldonado Williams-Renault 53 +48.682 22
12 16 Australia Daniel Ricciardo Toro Rosso-Ferrari 53 +50.316 14
13 10 Belgium Jérôme d'Ambrosio Lotus-Renault 53 +1:15.861 15
14 20 Finland Heikki Kovalainen Caterham-Renault 52 +1 pusingan 17
15 21 Rusia Vitaly Petrov Caterham-Renault 52 +1 pusingan 18
16 25 Perancis Charles Pic Marussia-Cosworth 52 +1 pusingan 20
17 24 Jerman Timo Glock Marussia-Cosworth 52 +1 pusingan 19
18 22 Sepanyol Pedro de la Rosa HRT-Cosworth 52 +1 pusingan 23
19 23 India Narain Karthikeyan HRT-Cosworth 52 +1 pusingan 21
20 2 Australia Mark Webber Red Bull-Renault 51 Tayar 11
21 12 Jerman Nico Hülkenberg Force India-Mercedes 50 Brek 24
22 1 Jerman Sebastian Vettel Red Bull-Renault 47 Pengulang-alik 5
Ret 3 United Kingdom Jenson Button McLaren-Mercedes 32 Tekanan minyak 2
Ret 17 Perancis Jean-Éric Vergne Toro Rosso-Ferrari 8 Ampaian 16
Sumber:[10]

Kedudukan kejuaraan selepas perlumbaan[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Kejuaraan Pemandu
Ked. Pemandu Mata
1 Sepanyol Fernando Alonso 179
3 2 United Kingdom Lewis Hamilton 142
1 3 Finland Kimi Räikkönen 141
2 4 Jerman Sebastian Vettel 140
2 5 Australia Mark Webber 132

Kedudukan Kejuaraan Pengeluar
Ked. Pengeluar Mata
1 Austria Red Bull-Renault 272
2 United Kingdom McLaren-Mercedes 243
1 3 Itali Ferrari 226
1 4 United Kingdom Lotus-Renault 217
5 Jerman Mercedes 126

  • Nota: Hanya lima kedudukan teratas dimasukkan dalam senarai.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Formula 1 Gran Premio Santander d'Italia 201". formula1.com. Formula One Administration. Dicapai pada 23 Ogos 2012.
  2. ^ Collantine, Keith (7 December 2011). "United States Grand Prix remains on unchanged 2012 F1 calendar". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 23 Ogos 2012.
  3. ^ a b Collantine, Keith (8 September 2012). "Kedudukan petak Grand Prix Itali 2012". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 8 September 2012.
  4. ^ Collantine, Keith (6 September 2012). "Zon DRS di Monza dipendekkan". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 7 September 2012.
  5. ^ Strang, Simon; Beer, Matt (2 September 2012). "Belgian GP: Romain Grosjean tidak dibenarkan berlumba di Itali". Autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2 September 2012.
  6. ^ Monza, Keith (4 September 2012). "Jerome d'Ambrosio akan mengantikan Grosjean di Monza". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 4 September 2012.
  7. ^ a b Collantine, Keith (2 September 2012). "Dua penalti bagi Maldonado". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 2 September 2012.
  8. ^ a b Collantine, Keith (8 September 2012). "Di Resta dikenakan lima-petak kedudukan". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 8 September 2012.
  9. ^ Collantine, Keith (5 September 2012). "Ma Qing Hua akan memandu untuk HRT pada sesi latihan di Monza". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 5 September 2012.
  10. ^ http://www.formula1.com/results/season/2012/876/7107/


Perlumbaan sebelum:
Grand Prix Belgium 2012
Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA
Musim 2012
Perlumbaan seterusnya:
Grand Prix Singapura 2012
Perlumbaan sebelum:
Grand Prix Itali 2011
Grand Prix Itali Perlumbaan seterusnya:
Grand Prix Itali 2013