Suki Low Sook Yee
Suki dilencongkan ke sini. Untuk watak animasi bernama Suki lihat Suki (watak animasi).
| Suki Low Sook Yee 劉淑怡 |
|
| Nama lahir | Low Sook Yee |
|---|---|
| Nama lain | Suki |
| Lahir | 11 Disember 1989 (umur 22) |
| Asal | |
| Genre | Pop |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Laman web | Laman web rasmi |
Low Sook Yee (Cina Tradisional: 劉淑怡, Cina Ringkas: 刘淑怡, pinyin: liú shūyí) atau lebih dikenali sebagai Suki, ialah juara pertandingan One in a Million yang merupakan pertandingan realiti menyanyi pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah sejuta ringgit kepada juaranya.
Pada pertandingan akhir pada 22 September 2006, beliau meraih 39% daripada undian penonton dengan persembahan lagu Berdiri dan Everything, lalu mengalahkan Muhammad Alif bin Mohd Satar dan Ahmad Faizal Tahir yang masing-masing meraih 27% dan 34% undian.
Isi kandungan |
[sunting] Biografi
Beliau seorang berketurunan Cina yang berasal dari Seremban, ibu Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau berusia 16 tahun ketika kemenangan beliau.
Bekas sekolah menengah beliau ialah SMK Methodist (ACS), Seremban (Tingkatan 1 hingga 3) dan SMK King George V, Seremban (Tingkatan 4 dan 5).
[sunting] One in a Million
Suki dijadikan calon paling berkemungkinan untuk menang, berkedudukan lebih tinggi berbanding penyanyi profesional Dayang Nurfaizah setelah melalui ujian saringan awal. Beliau tersingkir ketika pusingan penyingkiran pertama namun dikembalikan oleh undian penonton ketika pusingan Second Chance.
Sepanjang pertandingan, Suki menyanyi:
- Mobile - Avril Lavigne (Top 20)
- I'm With You - Avril Lavigne (Second Chance)
- Underneath Your Clothes - Shakira (Top 12)
- You Oughtta Know - Alanis Morissette (Top 10)
- Behind These Hazel Eyes - Kelly Clarkson (Top 9)
- Pasangan Yang Tepat - Marshanda (Top 8)
- Inside Your Heaven – Carrie Underwood (Top 7)
- When It Falls Apart - The Veronicas (Top 6)
- Pudar - Rossa (Top 6)
- Kaulah Segalanya - Ruth Sahanaya (Top 5)
- Cepat-cepat - Jaclyn Victor (Top 5)
- Mimpi Pun Sama - Sarah (Top 4)
- Permata Pemotong Permata - Ella (Top 4 - duet bersama Ella)
- Losing Grip - Avril Lavigne (Top 3)
- Seindah Biasa - Siti Nurhaliza (Top 3)
- Berdiri - Original composition (Grand Finale)
- Everything - M2M (Grand Finale)
[sunting] Finally | Akhirnya
Pada 19 Jun 2008, Suki Low melancarkan album sulungnya bertajuk Finally | Akhirnya.[1]
Album ini memuatkan 11 lagu berbahasa Malaysia dan Inggeris, dan dipasarkan dalam bentuk CD, dan muat turun berbayar. Antaranya termasuk lagu Berdiri, Don't, dan Ku Teruskan (versi bahasa Malaysia bagi lagu Cina Against the Light (逆光) nyanyian asal Stefanie Sun.)[2]
[sunting] Camp Rock
Sempena pelancaran filem televisyen Camp Rock di Disney Channel Asia pada tahun 2008, Suki terpilih oleh Universal Records dan Disney untuk menyanyikan versi Bahasa Malaysia untuk lagu This is Me yang terdapat dalam filem tersebut, berjudul Siapa Aku. Versi ini diterbit oleh Kieran Kuek dan liriknya dikarang oleh Nur Fatima.[3]
[sunting] Project NS
Setelah pernah menangguh pada tahun 2007 untuk memberi perhatian kepada pembikinan albumnya[4], Suki akhirnya menyertai Program Latihan Khidmat Negara pada tahun 2009. Beliau menyertai kem yang sama dengan rakan seperjuangannya di OIAM, iaitu pemenang tempat ketiga Alif Satar, dan pelakon Diana Danielle di Kem PLKN Princess Haliza di Sepang. Pengalaman ketiga-tiga mereka ketika menjalani kewajipan PLKN dirakam dalam rancangan realiti Project NS yang juga disiarkan di 8TV.
[sunting] Anugerah
- Anugerah Industri Muzik ke-15 (2008)
- Artis Harapan
[sunting] Lihat juga
[sunting] Rujukan
- ↑ (Cina) "Suki金发出击 不抗拒走性感路线", Nanyang Siang Pau, 2008-06-20. Dicapai pada 2008-06-22.
- ↑ Mohd Nasif Badruddin. "Anugerah ‘Pemanas’ Kembali Aktif", Harian Metro, 2008-05-08.
- ↑ "Suki records Camp Rock song", The Star, 2008-09-05. Dicapai pada 2008-09-25.
- ↑ Hairulazim Mahmud dan Jessabell Soo. "‘Kami sudah sedia sertai PLKN’", Kosmo!, 26 Februari 2009. Dicapai pada 30 Mei 2009.
[sunting] Pautan luar
|
||||||||||||||||||||