Nur Shahila Amir Hamzah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Shila Amzah
Latar belakang
Nama lahir Nur Shahila Amir Hamzah
Nama lain Shila Tekno, Sha-Hila, Shila, Sheila Amzah
Lahir 13 Ogos 1990 (umur 21)
Asal Kuala Lumpur
Genre Pop Rock
Pekerjaan Penyanyi
Alat muzik Gitar, Keyboard
Tahun aktif 2005-sekarang
Label Monkey Bone Records (2008-2011)

Nur Shahila Amir Hamzah, atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah[1], ialah seorang penyanyi Malaysia yang mengangkat namanya sebagai naib juara musim kedua pertandingan nyanyian realiti One in a Million. Shila merupakan anak kepada penyanyi terkenal bergelar ND Lala.

Isi kandungan

[sunting] Biografi

Shila sudah lama menceburi bidang nyanyian sebelum menyertai OIAM. Mula-mulanya beliau memakai nama gelaran Shila Tekno selaku penyanyi kanak-kanak, kemudian beralih ke nama Sha-Hila ketika berusia remaja muda lagi. Nama gelaran "Shila" diberi oleh pihak penganjur OIAM sebagai kod undian SMS. Pada malam Grand Finale OIAM2, Shila diberi lagu baru bertajuk Memori Tercipta sebagai taruhan untuk merebut gelaran juara. Beliau tewas kepada Norayu Damit, namun kedua-dua mereka tetap diberi kontrak rakaman oleh Monkey Bone Records yang diketuai Ahmad Izham Omar.

Sungguhpun begitu, Shila akhirnya merasa kemenangan di pesta Penang Shanghai World Star Quest 2008 yang diadakan di Pulau Pinang, dua bulan selepas OIAM di mana beliau menghadapi saingan dari penyanyi-penyanyi luar negara. Di sinilah beliau memenangi dua anugerah pertamanya sebagai artis rakaman, iaitu Anugerah Emas dan Lagu Terbaik.

Shila telah berkolaborasi dengan Dafi dari Akademi Fantasia 5 dalam pembikinan lagu baru Rentak Optimis akhir-akhir ini. Lagu baru ini dicipta khas oleh Coca-Cola sebagai lagu tema kempen iklan baru jenama gergasi ini. Video muzik Rentak Optimis boleh ditontoni di http://www.youtube.com/watch?v=UEHpKSiKE_4

[sunting] Diskografi

[sunting] Album

[sunting] Single

[sunting] Anugerah

  • Bintang Kecil
    • Tempat Kedua (Ibu)
  • One In A Million Season 2
    • Tempat Kedua (Stuck, Opps I Did It Again, Memori Tercipta)
  • Penang Shanghai World Star Quest 2008
    • Anugerah Emas
    • Lagu Terbaik (Memori Tercipta)
  • Anugerah Planet Muzik
    • duo/kumpulan terbaik bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura
    • tercalon dalam kataogeri album terbaik

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain