AirAsia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Air Asia)
Lompat ke: pandu arah, cari
AirAsia
AirAsia Logo Red.svg
IATA ICAO Callsign
AK AXM Asian Express
Ditubuhkan 1993
Hab LTA Kuala Lumpur
Bandar tumpuan LTA Kota Kinabalu
LTA Senai
Pesawat 51
Destinasi 48
Slogan syarikat Kini Sesiapa Boleh Terbang
Ibu pejabat LTA Kuala Lumpur
Sepang, Selangor
Tokoh Tony Fernandes (CEO)
Laman web www.airasia.com

AirAsia (MYX: 5099) ialah penerbangan nasional kedua Malaysia. Berpengkalan di Malaysia, AirAsia ialah syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Syarikat ini ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglomerat kerajaan Malaysia. Disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi, ia dijual kepada Tune Air yang dipengerusikan oleh Tony Fernandes dengan harga RM 1 sahaja. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep tambang murah telah membawa kepada perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. AirAsia juga berjaya merevolusikan industri penerbangan serantau.

Pada tahun 2003, AirAsia menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru sebagai hab mereka kedua kerana kedudukannya yang dekat dengan Singapura dan melancarkan penerbangan ke Thailand. Kemudiannya, Thai AirAsia ditubuhkan bagi operasi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang Bangkok, Thailand. Di Indonesia, AirAsia membeli Awair untuk sektor Indonesia, dan sekarang dikenali sebagai Indonesia AirAsia.

Pada 22 Julai 2005 AirAsia mengumumkan pakatan penajaan dengan kelab bola sepak Manchester United yang menyaksikan iklan AirAsia muncul di Stadium Old Trafford Stadium di kota Manchester yang membolehkan pendedahan jenamanya kepada berjuta-juta penonton televisyen di seluruh dunia.

Terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) yang dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 23 Mac 2006, dijadikan pusat operasi baru bagi AirAsia. AirAsia dijangka membawa 9 juta penumpang pada tahun 2006.

Pada 27 Mac 2006, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa AirAsia mengambil alih 96 laluan domestik sampingan untuk disertakan dengan 19 laluan domestik utamanya sebagai sebahagian program rasionalisasi laluan Malaysia Airlines yang menyaksikan sebahagian besar penerbangan domestiknya dialihkan kepada AirAsia sejak 1 Ogos 2006.

[sunting] Syarikat usahasama

[sunting] Thai AirAsia

Rencana utama: Thai AirAsia

Thai AirAsia (bahasa Thai: ไทยแอร์เอเชีย) ditubuhkan pada 8 Disember 2003 sebagai usahasama dengan Shin Corporation. Pengendalian penerbangan bermula pada 13 Januari 2004 dari tapaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang. Sejak 25 September 2006, syarikat ini bertapak di tempat barunya di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

[sunting] Indonesia AirAsia

Rencana utama: Indonesia AirAsia

AirAsia mengambil alih syarikat Awair yang ketika itu gulung tikar pada 2004 dengan 49% pegangan saham dalam syarikat tersebut. Awair memulakan operasi bagi pihak AirAsia pada Disember 2004; penjenamaan semula sepenuhnya kepada Indonesia AirAsia selesai pada 1 Disember 2005. Syarikat ini bertapak di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

[sunting] AirAsia X

Rencana utama: AirAsia X

AirAsia X adalah perkhidmatan baru oleh AirAsia X Sdn. Bhd. (dahulunya FlyAsianXpress Sdn. Bhd.) sebagai sebahagian francais AirAsia [1] yang menawarkan perkhidmatan jarak jauh dari Kuala Lumpur ( masa terbang lebih 4 jam ) menggunakan pesawat Airbus A330-300 atau Boeing 777-300 dengan tambang sekurang-kurangnya RM9.99 (tidak termasuk cukai dan caj lapangan terbang) [2]. Operasi AirAsia telah dilewatkan sehingga November 2007 kerana tiada pesawat yang dapat disewa dengan lebih awal. Apabila ia terbang kelak, ia bakal merangkumi tiga benua - Eropah, Asia dan Australia. Destinasi-destinasi dijangka termasuk Hangzhou dan Tianjin di China, Amritsar di India, Sharjah di Emiriah Arab Bersatu dan juga Manchester di United Kingdom. [3]

FlyAsianXpress pernah menjadi pengendali Perkhidmatan Penerbangan Luar Bandar di Sabah dan Sarawak yang dahulunya dikendali oleh Malaysia Airlines kepada syarikat baru bernama FlyAsianXpress (FAX). Ditubuhkan pada 1 Ogos 2006, penerbangan ini dimiliki secara swasta oleh pengurusan AirAsia. Selepaskan menamatkan perkhidmatannya pada 1 Ogos 2007, ia akan memfokuskan operasinya pada AirAsia X.

[sunting] Bangladesh AirAsia

Rencana Utama : Bangladesh AirAsia
AirAsia menandatangani memorandum persefahaman degan East West Airlines, syarikat bersaudara kepada Kumpulan Orion di Bangladesh, bagi mengendali usahasama syarikat penerbangan dan khidmat penerbangan bajet rendah sulung di Bangladesh.[4]

[sunting] AirAsia Lanka

AirAsia Lanka, dahulunya HolidayAir, merupakan terinal penerbangan tambang rendah yang bertapak di Sri Lanka yang kini dimiliki 100% oleh kepentingan Sri Lanka, namun bakal bernaung di bawah nama AirAsia serta memakai sistem penempahan tiket dan kemudahan latihan juruterbang AirAsia, tambahan pula ada opsyen bagi AirAsia untuk membeli sahamnya pada amsa akan datang. Penerbangan dijadualkan bermula pada Mac 2007.[5]

[sunting] Pesawat

Jumlah bilangan pesawat-pesawat AirAsia pada Mac 2007 adalah seperti berikut:

Pesawat Dalam perkhidmatan Dalam penempahan Bilangan tempat duduk
Airbus A320-200 18 175 180
Boeing 737-300 35 - 148


Jumlah pesawat Air Asia (termasuk AirAsia Thai, AirAsia X dan AirAsia Indonesia) pada 21 Mei 2010:

Jumlah pesawat Air Asia (termasuk AirAsia Thai, AirAsia X dan AirAsia Indonesia)[6]
Pesawat Dalam Perkhidmatan Dalam Penempahan Pilihan Penumpang
(Premium/Ekonomi)
Nota
Airbus A320-200 71 104 50 180 (0/180) 49 bersama AirAsia, 10 bersama AirAsia Indonesia, 12 bersama AirAsia Thai
Boeing 737-300 10 0 0 148 (0/148) 4 bersama AirAsia Indonesia, 6 bersama AirAsia Thai
Untuk dikeluarkan dari senarai pesawat pada 2010[7].
Airbus A330-300 6 20 0 383 (28/355) Dikendalikan oleh AirAsia X
1 leased from AWAS
Airbus A340-300 2 0 0 286 (30/256) Dikendalikan oleh AirAsia X
Leased from Orix Aviation
Airbus A350-900 0 10 5 > 400 (-/-) Dikendalikan oleh AirAsia X.
Entry in service 2016[8]
Jumlah 89 134 55




Jumlah pesawat Air Asia (tidak termasuk AirAsia Thai, AirAsia X dan AirAsia Indonesia) pada 21 Mei 2010:

Jumlah pesawat Air Asia (tidak termasuk AirAsia Thai, AirAsia X dan AirAsia Indonesia)
Pesawat Dalam Perkhidmatan Penumpang
(XL/Ekonomi)
Pendaftaran Nota
Airbus A320-214 6 180 (0/180) 9M-AFA - 9M-AFF
Airbus A320-216 43 180 (0/180) 9M-AFG - 9M-AFZ
9M-AHA - 9M-AHW
Jumlah 49

[sunting] Pesawat A320 (penghantaran akan datang)[9]

2010 - 15
2011 - 16
2012 - 24
2013 - 24
2014 - 24
2015 - 2
Pada akhir tahun 2009, AirAsia telah mempunyai 70 buah pesawat dan pada akhir 2015 dijangka mempunyai 175 buah pesawat.

[sunting] Pembaharuan pesawat

Syarikat Penerbangan AirAsia memulakan pertukaran garadual pesawatnya dari Boeing 737-300 kepada Airbus A320-200, dengan tempahan pertama dibuat untuk 40 buah pesawat Airbus A320 dan 40 buah pesawat tambahan mengikut Memorandum Persefahaman yang diputuskan pada 17 Disember 2004. Apabila kontrak ditandatangani pada 25 Mac 2005, tempahan meningkat kepada 60 buah dengan 40 pilihan pertukaran.[10] 6 buah pesawat Airbus A320 telah dihantar pada 9 Disember 2005, dengan baki 54 buah pesawat dari tempahan tahun 2005 yang akan dihantar pada Jun 2009.[11]

Pada 19 Julai 2006, syarikat penerbangan ini telah berusaha dengan pilihan 40 buah pesawat Airbus A320-200 tambahan bagi meningkatkan jumlah tempahannya sebanyak 100 buah pesawat, dengan 30 pilihan pertukaran yang lain.[12] Ia membuat tempahan ke-3 dengan 50 buah pesawat A320-200 dan meningkatkan pilihan kepada 50 buah pesawat pada 8 Januari 2007, dengan jangka tempoh penghantaran dijangka selesai pada Disember 2013. Airbus A320-200 dijangka siap digantikan dengan pesawat Boeing 737-300 di hub penerbangan Air Asia di Kuala Lumpur pada Julai 2007.[13] Air Asia membuat tempahan terbarunya sebanyak 25 buah pesawat pada 25 November 2007, membawa kepada jumlah tempahan sebanyak 175 buah pesawat Airbus dengan 50 pilihan pesawat lama untuk pertukaran.[14]

[15]

Pada Ogos 2009, AirAsia sekali lagi menandatangani perjanjian dengan Airbus bagi menangguhkan penghantaran 8 pesawat Airbus A320s untuk tempoh 4 tahun hingga 2014 berikutan "kekangan infrastruktur" yang berlaku di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang kerana tidak mampu menampung peningkatan jumlah pesawat. Rasional kepada pengecutan kepada penghantaran pesawat pada tahun 2010 dan kemungkinan tahun 2011 adalah bagi membolehkan AirAsia untuk merancang dan memberi fokus kepada pesawat sedia ada dan bagi mengelakkan kos bercampur dengan pesawat yang tidak diguna atau dibawah pembaikan pesawat berikutan infrastruktur terhad, selain mengelakkan peningkatan perbelanjaan tanpa perolehan pendapatan. Kekangan infrastruktur dilihat berterusan berlaku di Terminal Penerbangan Tambang Murah KLIA-Sepang dijangka berakhir apabila Terminal penerbangan tambang murah baru atau KLIA 2 siap dibina kelak. Awal Februari 2009, Kerajaan Malaysia telah memberi kuasa veto kepada rancangan Air Asia untuk membina hub pangkalannya sendiri bernilai 460 juta dollar Amerika berdekatan KLIA East @ Labu.[16][17]

Pada Jun 2011 AirAsia telah menempah 200 buah pesawat Airbus A320neo pada Pertunjukan Udara Paris.[18][19] Ini merupakan tempahan tunggal terbesar dalam sejarah penerbangan komersial dunia. Pesawat yang ditempah dijangka ada pada 2015, dan deal ini adalah yang terbesar dalam sejarah tempahan pesawat komersial di dunia.[18] Deal ini bernilai $18 billion pada senarai harga, malah Air Asia akan mendapat diskaun atau harga istimewa dari tempahan berskala besar ini.[19] Seorang penganalisa ekonomi berpangkalan di Singapura iaitu Shukor Yusof berkata ikatan perjanjian ini membawa saingan sengit kepada Southwest Airlines milik Amerika Syarikat dan lalu membuatkan Air Asia sebagai Penerbangan tambang murah terbesar di dunia.[19][20] Ikatan ini juga membuatkan AirAsia sebagai pelanggan terbesar Airbus.[20]

[sunting] Penyediaan kemudahan pengangkutan darat

AirAsia menawarkan pengangkutan transit melalui darat dan laut from bagi destinasi berikut melalui kerjasama dengan pengendali tempatan:

[sunting] Destinasi

Destinasi domestik AirAsia
Boeing 737 AirAsia

Kumpulan AirAsia beroperasi 400 penerbangan harian, dengan kedua-dua laluan tempatan dan antarabangsa meliputi Indonesia, Malaysia dan Thailand dan dengan laluan antarabangsa, terutamanya dari Kuala Lumpur, ke Australia, Bangladesh, Brunei, Kemboja, Republik Rakyat China, India, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Taiwan (Republik China), United Kingdom, Korea Selatan dan Vietnam. Penerbangan-penerbangan ke Jepun dan Iran akan dimula pada Disember, dan diikuti oleh Perancis dan New Zealand pada Februari dan April.

[sunting] Lihat Juga

[sunting] Rujukan

  1. "X-citing deal for air travellers", The Star, 2007-01-06. 
  2. "AirAsia X London flights from RM9.99", The Star, January 5, 2007. 
  3. "AirAsia X launched as new long-haul budget carrier", Channel News Asia, January 5, 2006. 
  4. Nazrul Islam. "Air Asia eyes Bangladesh skies", New Age. 
  5. Munza Mushtaq. "Sri Lanka's first ever budget airline ties up with Asia's best", Asian Tribune, 2 September 2006. 
  6. "Orders, Deliveries and Operational - Asia Pacific". January 2010. http://www.airbus.com/fileadmin/backstage/documents/od/January_2010.xls. Capaian 9 February 2010. 
  7. http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/7/9/business/4284964&sec=business
  8. http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases/pressreleases_items/09_06_16_a350xwb_airasiax.html
  9. http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/5/business/4836811&sec=business
  10. "AirAsia increases A320 commitment to 100 aircraft", Airbus.com. 
  11. "AirAsia initiates total fleet renewal with Airbus A320", Airbus.com. 
  12. "AirAsia orders 40 more A320 Family aircraft", Airbus.com. 
  13. "100 more A320s for AirAsia", Airbus.com. 
  14. Malaysia's AirAsia increases A320 order to 175 planes
  15. "AirAsia orders additional 25 Airbus A320s" Flight Global, 6 December 2007
  16. AFP: AirAsia defers delivery of eight Airbus A320s
  17. http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20090806213558/Article/index_html
  18. 18.0 18.1 "Airbus and AirAsia announce record deal for 200 planes". BBC. 23 June 2011. http://www.bbc.co.uk/news/business-13884433. Capaian 23 June 2011. 
  19. 19.0 19.1 19.2 "Airbus secures 200 jet order from AirAsia". Financial Times. http://www.ft.com/cms/s/0/e83d5dc2-9d9e-11e0-9a70-00144feabdc0.html#axzz1Q82RdNXV. 
  20. 20.0 20.1 "AirAsia's Fernandes bets big on boyhood idea". Reuters. 23 June 2011. http://www.reuters.com/article/2011/06/23/uk-airshow-airasia-fernandes-idUSLNE75M05X20110623. Capaian 23 June 2011. 

[sunting] Pautan Luar


Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain