Bukan Kahwin Paksa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bukan Kahwin Paksa
GenreDrama
cinta
konflik
keluarga
Berdasarkan daripada
Bukan Kahwin Paksa karya Syamnuriezmil
PengarahIdora Abd Rahman
Dibintangi oleh
Hannah Delisha
Kamal Adli
Alya Iman
Afiq Muiz
Oktovia Manrose
Daniel Dashuki
Jasper Supayah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalSlot Lestary TV3
Siaran asal7 Januari 2020 – kini
Kronologi
MengikutiTitian Takdir


Bukan Kahwin Paksa merupakan drama arahan Idora Abdul Rahman terbitan Global Station Sdn Bhd yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama karya novelis terkenal Syamnureizmil. Tayangan drama ini bermula pada 7 Februari 2020 di Slot Lestary (TV3). Drama ini dibintangi oleh Kamal Adli dan Hannah Delisha.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Ia mengisahkan Izz Rizqin (Kamal Adli) dan Dara Safiya (Hannah Delisha) yang dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mail,mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin atau Uda (panggilan dalam keluarganya)merupakan akauntan yang diberi tugasan membuat akaun syarikat Vee Florist milik Veena (Jasper Supayah) untuk jangka masa lama .Veena atau Vee yang merupakan kawan baik kepada Dara Safiya menerima cadangan Dara untuk mencari akauntan buat syarikatnya.Dara pula seorang pemilik DS Butik ,sebuah butik pengantin. Selepas Dara dikhianati oleh bekas kekasihnya ,Ryan (Danial Dashuki) atas disebabkan kecurangan lelaki itu bersama wanita bernama Nita (Oktavia Manrose),dia tidak percaya pada cinta.Dia hanya mahu membujang sehingga tua menjaga mama dan papanya.Mama(Ziela Jalil) dan papanya(Shah Rezza) bertindak untuk mencadangkan calon suami pilihan mereka untuk Dara.Akan tetapi,Dara menetapkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri.

Manakala Izz pula,yang merupakan anak ketiga daripada 4 beradik dan anak lelaki kedua dalam keluarganya,terpaksa mengorbankan cintanya pada yang lebih berhak.Dia seorang yang memperjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta.Bila berkorban,bermakna dia seoarang pencinta yang sejati.Demi pengorbanannya,dia perlu menerima calon isteri cadangan mummy (Liza Abdullah) dan daddynya. Dia membawa diri selepas kekasihnya Ariyana(Alya Iman) ditunangkan dengan abang longnya ,Azz Rizqin (Afiq Muiz).

Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga,bukan bermakna mereka kahwin paksa,kerana mereka sudah pun jatuh cinta.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Instagram-#bukankahwinpaksa