Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London
Konsert oleh Siti Nurhaliza
Sitialbert.jpg
Poster rasmi konsert Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London
LokasiLondon, England
TempatRoyal Albert Hall
Tarikh1 April 2005
Kehadiran2500
Kronologi konsert Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London[1] merupakan konsert solo keenam oleh penyanyi pop Malaysia, Siti Nurhaliza dan ia diadakan di Royal Albert Hall, London, England sempena ulang tahun ke-10 pembabitan Siti di industri muzik Malaysia.[1] Konsert ini merupakan konsert Siti yang ketiga diadakan di negara luar.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Impian Siti Nurhaliza tercapai apabila niat beliau untuk membuat persembahan di pentas antarabangsa di Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005.[2] Siti Nurhaliza merupakan artis Asia ketiga yang membuat persembahan di Royal Albert Hall. Walaupun di peringkat awal mendapat pelbagai kritikan, Siti tetap mengambil sikap positif dan terus melangkah kehadapan. Berkat kesabaran dan usaha yang kuat selama hampir tiga bulan dalam membuat persiapan, Siti muncul di RAH dengan penuh keyakinan.[2]

Repertoire bagi konsert ini telah digubah hampir sepenuhnya oleh Roslan Aziz dan diterjemahkan di dalam rentak jazz, bersesuaian dengan lenggok suara Siti. Selain itu, konsep konsert ini adalah menyerlahkan kekuatan vokal Siti dan memperkenalkan irama muzik tanahair di pentas muzik antarabangsa. Penghargaan buat Siti apabila The London Symphony Orchestra(TLSO) bersetuju untuk turut sama memeriahkan konsert Siti, kerana ini merupakan kali pertama TLSO berganding bahu bersama artis dari Asia. Siti merupakan artis pertama Asia untuk mempersembahkan konsert dibawah muzik dari TLSO.

Mempertaruhkan vokal dan penguasaan pentas, Siti berjaya memukau hampir 2500 orang penonton.[3] Selama dua jam menghiburkan penonton, Siti membawakan rangkaian lagu sebanyak 22 buah lagu, termasuk sebuah lagu inggeris berjudul Get Here. Konsert ini dihoskan oleh Mahadzir Lokman, dan dihadiri oleh tokoh-tokoh negara termasuk keluarga diraja Pahang, Sultan Pahang dan Sultanah Pahang, Perdana Menteri Malaysia dan isteri, Timbalan Perdana Menteri dan isteri, dan lain-lain.

Album ini juga memuatkan sebuah CD khas di belakang tabir pembikinan Siti Nurhaliza In Concert Royal Alber Hall. Album ini juga merupakan album pertama yang diterbitkan didalam format DVD.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik 2006

  • Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album(Wanita) - Siti Nurhaliza in Concert Royal Albert Hall

The Malaysia Book of Records

  • Artis Malaysia Pertama (membuat persembahan secara solo di Royal Albert Hall London)

Susunan lagu[sunting | sunting sumber]

CD1

# Judul
1. Overture
2. Dialah Di Hati
3. Ku Milikmu
4. Cinta Tak Berganti
5. Fast Medley (Jalinan Cinta, Kini Kau Di Sisi, Pendirianku)
6. Debaran Cinta
7. Badarsila
8. Zapin Budi
9. Medley Lagu Rakyat Nusantara (Patendu Patende, Ayo Mama, Embun Sosek)
10. Medley Lagu Joget (Joget Pahang, Joget Berhibur, Joget Kasih Tak Sudah)
11. Nirmala
12. Medley Zapin (Cindai, Mahligai Permata, Ya Maulai)

CD2

# Judul
1. Overture/Janji Kasih
2. Bukan Cinta Biasa
3. Percayalah
4. Get Here
5. Lagu Rindu
6. Bisikan Asmara
7. Sebenar Cinta
8. Seindah Biasa
9. Lagu-lagu Cinta (Jerat Percintaan, Purnama Merindu, Aku Cinta Padamu, Diari Hatimu, Kau Kekasihku)
10. Cindai / Encore

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

  • Penganjur Eksekutif: Fazley Yaakob
  • Penerbit Eksekutif: Siti Nurhaliza (JSM, PMP, AAP, DIMP)
  • Penerbit Eksekutif bersekutu: Tarudin Ismail, Siti Salmah Bachik
  • Penerbit Konsert: Roslan Aziz, Siti Nurhaliza
  • Jurutera Rakaman: Nick Burkinyoung, Roslan Aziz
  • Adunan: Roslan Aziz, Synchrosound Studio
  • Mastering oleh: Fauzi Marzuki
  • Pemuzik:
    • Aubrey Suwito (Piano & Band Leader)
    • Greg Lyons (Saxaphone)
    • Jason Woo (Keyboards)
    • Steve Thornton (Perkusi)
    • Jamie Wilson (Guitar)
    • Andy Peterson (Guitar)
    • Zahid Ahmad (Drum)
    • Ramli Rebana (Gendang)
    • Kesavan (Seruling)
    • Norihan Saif (Gambus)
    • Pak Ngah (Accordian)
    • Jefri Zain (Violin)
    • Mohamad Ismail Marzuki (Mandolin)
  • Penyanyi Latar: Juanita Ismail & Tijah Muhamad Nor (Eja)
  • Penari Latar: Yayasan Warisan Johor
  • Pengarah Orkestra: Erwin Gutawa
  • Orkestra: The London Symphony Orchestra
  • Pengurus Produksi: Laurence Delany
  • Kulit Album: Nizam Rahmat
  • Karya seni & Pengimejan Digital: Dinn & Raskuz
  • Fotografi: Bustamam
  • Nukilan: Rozi Abdul Razak
  • Penganjur: Siti Nurhaliza Productions
  • Penaja:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Siti displays true star power in London". The Star Online. Dicapai 2005-04-08. 
  2. ^ a b Siti all set for London show New Straits Time (14 Januari 2005). Digital Collections DC5: Text Archive. Diperoleh pada 31 Julai 2010.
  3. ^ Itar, Abd. Aziz (6 April 2005). "Konsert di London - Berapa ramai penonton mat saleh?". Utusan Malaysia. Dicapai 2016-07-10.