Anjing beruang Karelia
Seekor anjing beruang Karelia dewasa | |||||||||||||||||||||
Negara asal | Finland | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing beruang Karelia (Suomi: karjalankarhukoira ; Svensk: karelsk björnhund ; [Karelian bear dog, KBD] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) ialah satu baka anjing Karelia atau Finland. Di tanah airnya, ia dianggap sebagai khazanah negara. Anjing ini memburu pelbagai haiwan. Refleks pantas dan sifat tidak takut yang ada padanya menjadikannya sangat popular untuk pemburuan buruan langsang, termasuk beruang, moose, dan babi hutan. Kebolehan baka ini untuk memburu dan memberikan perlindungan melawan beruang merupakan perkara yang membuat baka ini memperoleh namanya.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Menurut catatan arkeologi, anjing yang sangat serupa dengan laika Rusia-Eropah dan anjing beruang Karelia wujud di Eropah timur laut dan di Skandinavia sejak zaman Neolitik. Piawaian baka untuk anjing beruang Karelia dan laika kini memerlukan anjing bertanda hitam dan putih, tetapi pada asalnya baka ini termasuk individu dengan bulu kelabu serigala daripada pelbagai cahaya warna, bulu merah seperti spits piawai dan spesimen hitam dan sawo matang juga.
Anjing beruang Karelia digunakan terutamanya untuk memburu haiwan kecil yang berbulu, seperti tupai dan marten. Seperti anjing pemburu elk Norway, anjing beruang Karelia juga digunakan dalam pemburuan moose, lynx, serigala dan, seperti yang terkata dalam namanya, memburu beruang perang Eropah. Dalam pemburuan beruang, sekurang-kurangnnya sepasang anjing beruang akan digunakan untuk mengganggu haiwan berkenaan, menyalak nyaring-nyaring, untuk mengalihkan perhatian beruang sementara manusia pemburu datang untuk membunuh.
Anjing beruang Karelia telah digunakan untuk kawalan beruang di Taman Negara Yosemite dan di Taman Negara Glasier, dan dengan Jabatan Ikan dan Hidupan Liar Negeri Washington.[1]
Baka berkaitan[sunting | sunting sumber]
Nota[sunting | sunting sumber]
- ^ Washington Department of Fish & Wildlife - KBR Program Diarkibkan 2013-11-11 di Wayback Machine Dicapai pada 25 Februari 2012.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing beruang Karelia |
- Anjing Beruang Karelia dengan kawalan beruang tidak membawa maut, Washington, Amerika Syarikat Diarkibkan 2013-11-11 di Wayback Machine
- Baka Anjing Viking
- Forum Sains Alaska tentang Anjing Beruang Karelia Diarkibkan 2010-12-09 di Wayback Machine
- Perlindungan daripada Beruang
- Maklumat Anjing Beruang Karelia oleh Kelab Spits Finland Diarkibkan 2013-11-11 di Wayback Machine