Anjing Jämtland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Jämtland
Nama lainAnjing pemburu elk Sweden
Negara asalSweden
Trait
Tinggi Jantan 57–65 sentimeter (22–26 in)
Betina 52–60 sentimeter (20–24 in)
Bulu Lapis bulu ganda panjang, keras, dan terletak rapat
Warna Muncung, sebelah bawah, dan tungkai kelabu dengan kelabu muda atau krim
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Jämtland[a] atau anjing pemburu elk Sweden[b] ialah satu baka anjing daripada jenis spits yang ditemukan di Eropah Utara. Anjing Jämtland dinamai sempena Jämtland, sebuah provinsi di tengah-tengah Sweden.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu elk Sweden ialah salah satu daripada sebilangan baka anjing pemburu jenis spits yang telah dikenali di serata Skandinavia selama berkurun-kurun.[1][2] Dahulu, anjing ini telah digunakan untuk memburu pelbagai buruan termasuk beruang, elk, serigala, dan lynx.[1][3]

Anjing pemburu elk Sweden menerima pengiktirafan rasmi sebagai baka pada tahun 1946, oleh sebab usaha intensif oleh Aksel Lindström dan lain-lain. Sebelum itu, ia dan anjing pemburu elk Norway dipandang sebagai baka sama. Kedua-duanya digunakan untuk memburu buruan besar seperti elk dan beruang.

Zuriat[sunting | sunting sumber]

Baka ini tergolong di bawah sub-klad DNA mitokondrion yang dirujuk sebagai d1 yang hanya ditemukan di Skandinavia utara. Ini merupakan hasil daripada penghibridan anjing jantan–serigala betina yang berlaku pascapembelajinakan.[4][5] Subklad d1 disangkakan telah berasal "tidak lebih dari 480–3,000 tahun lalu" dan menyertakan semua baka berkaitan dengan orang Sámi: anjing Lap Finland, anjing Lap Sweden, anjing gembala Lapland, anjing pemburu elk Sweden, anjing pemburu elk Norway, anjing pemburu elk hitam Norway, dan anjing pemburu elk Hällefors. Jujukan ibu serigala yang menyumbang kepada baka-baka ini belum dipadankan di serata Eurasia[6] dan cabangnya di pokok filogenetik berakar pada jujukan sama dengan anjing Altai yang berusia 33,000 tahun (bukan leluhur langsung).[7]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing ini patut mempunyai ekor yang melingkar secara longgar yang tergantung di belakang dan tidak terlalu nipis atau melingkar secara terlalu ketat; apabila dikendurkan ekornya patut tergantung lurus ke bawah. Baka ini mempunyai telinga tegak dengan ruang lebar di antara kedua-dua telinga, muncung sederhana hingga panjang, dan lapis bulu ganda dengan bermacam-macam cahaya warna agouti. Matanya perang. Saiz jantan biasanya 57–65 sentimeter (22–26 in) dengan berat 30–35 kilogram (66–77 lb). Betina pula setinggi 52–60 sentimeter (20–24 in) dan seberat 25–30 kilogram (55–66 lb).

Anjing pemburu elk Sweden patut dibezakan daripada anjing pemburu elk Norway. Anjing pemburu elk Norway adalah jauh lebih pendek dan lebih gempal berbanding dengan anjing pemburu elk Sweden dan rupa bentuk ekornya sangat berbeza. Ia juga mempunyai topeng hitam pada muncung, manakala anjing pemburu elk Sweden mempunyai muncung putih, pipi putih, dan tanda-tanda serigala tipikal.

Perangai[sunting | sunting sumber]

Walaupun tenang dan penyayang dengan keluarganya, anjing pemburu elk Sweden dapat menjadi dominan terhadap anjing lain dan mempunyai dorongan pemangsa kuat. Sebagai anjing yang benar-benar serba guna, ia mampu beralih daripada acara perburuan langsung kepada perdiangan keluarga dengan keyakinan tinggi. Ia tenang dalam suatu tujuan dan tidak mudah terusik, yang menjadikannya pasangan sesuai di lapangan atau di rumah.

Anjing pemburu elk Sweden ialah pelajar gembira yang suka menyenangkan tuannya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ييمتلند; Svensk: jämthund
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ايلک سوءيدن; bahasa Inggeris: Swedish elkhound

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Fogle, Bruce (2009). The encyclopedia of the dog (dalam bahasa Inggeris). New York: DK Publishing. m/s. 145. ISBN 978-0-7566-6004-8.
  2. ^ Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995). Atlas of dog breeds of the world (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey: TFH Publications. m/s. 355–357.
  3. ^ Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont: Trafalgar Square Publishing. m/s. 104. ISBN 1-57076-219-8.
  4. ^ Pang, J.-F.; Kluetsch, C.; Zou, X.-J.; Zhang, A.-b.; Luo, L.-Y.; Angleby, H.; Ardalan, A.; Ekstrom, C.; Skollermo, A.; Lundeberg, J.; Matsumura, S.; Leitner, T.; Zhang, Y.-P.; Savolainen, P. (2009). "MtDNA Data Indicate a Single Origin for Dogs South of Yangtze River, Less Than 16,300 Years Ago, from Numerous Wolves". Molecular Biology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). 26 (12): 2849–64. doi:10.1093/molbev/msp195. PMC 2775109. PMID 19723671.
  5. ^ Duleba, Anna; Skonieczna, Katarzyna; Bogdanowicz, Wiesław; Malyarchuk, Boris; Grzybowski, Tomasz (2015). "Complete mitochondrial genome database and standardized classification system for Canis lupus familiaris". Forensic Science International: Genetics (dalam bahasa Inggeris). 19: 123–129. doi:10.1016/j.fsigen.2015.06.014. PMID 26218982.
  6. ^ Klütsch, C.F.C.; Savolainen, Peter (2011). "Regional occurrence, high frequency, but low diversity of mitochondrial dna haplogroup d1 suggests a recent dog-wolf hybridization in scandinavia". Journal of Veterinary Behavior: Clinical Applications and Research (dalam bahasa Inggeris). 6 (1): 100–103. doi:10.1016/j.jveb.2010.08.035. PMC 3040290. PMID 20497152.
  7. ^ Thalmann, O.; Shapiro, B.; Cui, P.; Schuenemann, V. J.; Sawyer, S. K.; Greenfield, D. L.; Germonpre, M. B.; Sablin, M. V.; Lopez-Giraldez, F.; Domingo-Roura, X.; Napierala, H.; Uerpmann, H.-P.; Loponte, D. M.; Acosta, A. A.; Giemsch, L.; Schmitz, R. W.; Worthington, B.; Buikstra, J. E.; Druzhkova, A.; Graphodatsky, A. S.; Ovodov, N. D.; Wahlberg, N.; Freedman, A. H.; Schweizer, R. M.; Koepfli, K.- P.; Leonard, J. A.; Meyer, M.; Krause, J.; Paabo, S.; Green, R. E. (2013). "Complete Mitochondrial Genomes of Ancient Canids Suggest a European Origin of Domestic Dogs". Science (dalam bahasa Inggeris). 342 (6160): 871–4. Bibcode:2013Sci...342..871T. doi:10.1126/science.1243650. hdl:10261/88173. PMID 24233726. S2CID 1526260.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]