Spits India
![]() Seekor spits India betina | |||||||||||||||||||||||||
Nama ringkas | Pista, pisha dog | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | India | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Spits India[a] ialah satu baka anjing spits yang tergolong dalam kumpulan utiliti.[1][2][3] Spits India ialah salah satu baka anjing paling popular di India pada tahun 1980-an dan tahun 1990-an semasa peraturan import India menyukarkan pengimportan anjing baka lain.[4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Spits India pertama kali diperkenalkan oleh pihak British yang menakluk India semasa abad ke-19 dan disangkakan diturunkan daripada spits Jerman. Selepas bertahun-tahun pembiakbakaan, mereka dapat mewujudkan baka yang dapat menghadap haba musim panas India dan mengekalkan kecerdasan dan kebolehsuaian baka Jerman. Spits India, yang menyerupai anjing Samoyed dan anjing Pomerania, adalah sangat tersesuai dengan iklim India dan secepatnya menjadi popular.[2]
Spits India menjadi popular kerana peraturan import ketat yang dikenakan oleh Pemerintah India pada tahun 1980-an dan tahun 1990-an. Import asing sukar dicapai dan orang India beralih kepada baka peribumi dan tempatan. Spits India adalah serupa dengan spits Eropah, walaupun ia telah tersesuai dengan iklim lebih hangat.
Penampilan
[sunting | sunting sumber]

Spits India ialah anjing kecil, setinggi sekitar 33 cm (13 in) pada paras kelasa, dengan dada lembut, ekor cerah, dan lapis bulu ganda putih susu. Matanya mempunyai iris boleh lihat yang dapat berwarna hijau atau biru, yang memberinya wajah ekspresif luar biasa.
Spits asli dibiakbakakan untuk perburuan dalam keadaan sejuk dan pewarnaan putihnya mencerminkan ini. Walaupun keadaan sama tidak terdapat di India, pewarnaannya menarik dan telah kekal sepanjang bertahun-tahun. Sesetengah anjing dapat berwarna putih dan perang.

Telinga runcing mirip rubah menjadikan baka ini khususnya ekspresif. Bulu tebal melitupi bahagian luar telinga dan sebahagian besar bahagian dalam juga, lalu memerlukan perhatian tambahan apabila situasi melibatkan penjagaan dan pendandanan.
Ekor spits India melingkar ke atas belakangnya dan agak gebu. Tungkainya hanya lebih panjang sedikit berbanding dengan tubuhnya, yang menjadikan kepalanya kelihatan besar. Spits India mungkin salah satu baka anjing paling mudah untuk hidup bersama, yang menjadikannya salah satu baka anjing keluarga paling popular dalam kalangan baka India. Ia mudah diajar tentang buang air dan dilatih. Pendandanan dan senaman adalah agak minimum dan ia merupakan anjing yang sangat mudah menyesuaikan diri. Ia sama-sama selesa di pangsapuri kecil dan di rumah terbuka besar. Walau bagaimanapun, ia memerlukan senaman sederhana.
Variasi saiz
[sunting | sunting sumber]Pada umumnya, spits India terbahagi kepada dua kategori, iaitu spits India kecil (kira-kira seberat 5–7 kg (11–15 lb) dan setinggi 22–25 cm (8.7–9.8 in) pada paras kelasa) dan spits India besar (kira-kira seberat 12–20 kg (26–44 lb) dan setinggi 35–45 cm (14–18 in) pada paras kelasa).
Spits India pada umumnya berwarna putih susu tetapi juga terdapat dengan warna padu seperti perang dan kadang-kadang (sangat jarang) campuran hitam dan putih yang serupa dengan anjing Pomerania.[5]


Pendandanan
[sunting | sunting sumber]Walaupun baka ini suka menjaga kebersihan diri, ia memerlukan pemberusan kerap untuk memastikan lapis bulu panjang dalam keadaan baik. Jadual mandi dapat berkisar daripada dua kali sebulan hingga sebulan sekali, kerana bulunya mudah mengering jika dimandikan dengan terlalu kerap.
Salin bulu ialah masalah pada spits India,[6] kerana warisan Eropah-nya bermakna bahawa ia menggugurkan lapis bulu musim sejuk tebalnya pada bulan-bulan lebih hangat, iaitu ciri pada banyak baka spits seperti spits Jepun, anjing Pomerania, atau anjing Samoyed. Lapis bulunya berlapis ganda. Maka, pendandanan betul memerlukan berus dua baris untuk mencapai lapisan bawah. Sebagai anjing dengan lapis bulu ganda, terdapat nasihat supaya spits India kusut tidak dicukur, kerana ini dapat menyebabkan pertumbuhan bulu tidak sekata.
Perbezaan antara anjing Pomerania dengan spits India
[sunting | sunting sumber]Spits India kerap disalah anggap sebagai anjing Pomerania, iaitu spits berkaitan dari Pomerania. Walau bagaimanapun, ia agak berbeza: spits India mempunyai lapis bulu lebih pendek dan ia lebih besar. Ia mengongsi banyak ciri fizikal kerana kedua-duanya sangat berkait rapat, hanya berselangkan beberapa ratus tahun dari segi zuriat. Anjing Pomerania mempunyai telinga membulat, muka lebih rata, kurang berat (tidak patut melebihi 3–4 kg (6.6–8.8 lb)), dan mempunyai lapis bulu lebih tebal. Spits India pula adalah lebih besar dan lebih berat berbanding dengan anjing Pomerania. Walaupun terdapat perbezaan ini, di India, kebanyakan orang merujuk spits ini sebagai pomeranian.
Sesetengah perbezaan asas adalah seperti yang berikut:
- Anjing Pomerania ialah baka mainan. Ia lebih ringan daripada spits India kecil, dari segi ketinggian dan berat, yang biasanya berukuran lebih ringan daripada 10 paun (4.5 kg) dan jarang lebih tinggi daripada 12 inci (30 cm).
- Anjing Pomerania mempunyai muka lebih rata daripada spits India, yang mempunyai muncung lebih runcing.
- Lapis bulu anjing Pomerania pada umumnya lebih padat dan lebih tebal. Kerap ada kesukaran untuk melihat helaian bulu. Walau bagaimanapun, lapis bulu spits India adalah kurang padat dan tiap-tiap folikel mudah dilihat.
- Telinga anjing Pomerania pada umumnya tidak runcing atau memanjang seperti telinga spits India.
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Spits India mempunyai risiko tinggi untuk menghidap pengulseran kornea.[7]
Dalam kebudayaan popular
[sunting | sunting sumber]Spits India masyhur
[sunting | sunting sumber]Redo, si pelakon anjing yang memainkan watak 'Tuffy' dalam komedi romantik tahun 1994 Hum Aapke Hain Koun, ialah seekor spits India. Redo mati pada tahun 2000 pada usia 12 tahun.[8]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: سڤيتس اينديا; bahasa Inggeris: Indian spitz
Rujukan
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Spits India |
- ^ "Indian Spitz" [Spits India] (dalam bahasa Inggeris). Europetnet. Dicapai pada 17 Mei 2025.
The Indian Spitz is a spitz-type dog breed belonging to the utility dog. It is very similar to the German Spitz in appearance but is roughly 1.5-2.5 inches shorter at the withers and weighs around 10-15 Lbs less.
- ^ a b "Indian Spitz (Greater) Information & Dog Breed Facts" [Maklumat dan Fakta Baka Anjing Spits India (Besar)] (dalam bahasa Inggeris). Dogell.com. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ "Indian Spitz Pomeranian" [Pomeranian Spits India] (dalam bahasa Inggeris). Lovely Dog Farm. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Disember 2024. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Gandhi, Maneka (11 Disember 2010). "Breeds of dog in India" [Baka anjing di India] (dalam bahasa Inggeris). Bihar Times. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ "Indian Spitz" [Spits India] (dalam bahasa Inggeris). Dogs India. Dicapai pada 3 Ogos 2013.
- ^ Kaur, Arshdeep (22 Disember 2022). "Indian Spitz Dog Breed Information: All You Need to Know" [Maklumat Baka Anjing Spits India: Semua yang Perlu Anda Ketahui] (dalam bahasa Inggeris). DTUA. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Januari 2023. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Mishra, Apoorva; Shahi, Apra; Das, Babita; Dwivedi, Pravesh Kumar; Jawre, Shobha; Singh, Randhir; Virendra, Aeknath (2021). "Incidence of ocular affections in dogs with special reference to corneal ulceration" [Insidens afeksi mata pada anjing dengan rujukan khas kepada pengulseran kornea]. The Pharma Innovation Journal (dalam bahasa Inggeris). The Pharma Innovation. 10 (11S): 736–739. ISSN 2277-7695. S2CID 275226167 Check
|s2cid=
value (bantuan). - ^ "The Indian Spitz – Movie Dog" [Spits India – Anjing Filem] (dalam bahasa Inggeris). National Purebred Dog Day. 3 Julai 2016. Dicapai pada 17 Mei 2025.