Azizan Nin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Zizan Nin ialah seorang pelakon Malaysia.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Azizan muncul buat kali pertama dalam layar televisyen dalam iklan Pond's bersama Melissa Maureen Rizal yang sering disiarkan pada awal 2000-an. Kemudian beliau muncul dalam drama tempatan berbahasa Inggeris Table For Two (TV3) pada tahun 2001 dan kemudiannya berlakon dalam rancangan berbahasa Melayu pertamanya iaitu Bulan Jadi Saksi (ntv7).

Azizan mula menjadi pengacara dalam Who Will Win (ntv7) dan Beat TV (Astro Ria).

Sepanjang kerjaya setakat awal 2007 Azizan sudah muncul dalam beberapa rancangan televisyen tempatan seperti Dengan Nama Cinta (2003), Desir Angin Dipinggir Memori, Surat Untuk Bulan (2004), Villa Cinta Daddy, Rafflesia, Selumbar Di Hati Mama (2005), Dunia Baru, Realiti dan Cinta Medik (2006).

Pada 19 Mac 2010, Zizan Nin sah bernikah dengan pembaca berita, Fazilah Hani Harun.[1]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

  • Rafflesia (2005) sebagai Adam Harris
  • Dunia Baru (siri TV) (2006) sebagai Prof Adam Zakaria
  • Realiti (drama) (2006) sebagai Amir Khalid
  • Kerana Karina (2007) sebagai Imran
  • Ku Milikmu (2008) sebagai Iqbal
  • Sanggar Cinta Raudhah (2009) sebagai Izwan
  • Penunggu Gunung Raya (2010) sebagai Azam
  • Putera Katak (2010) sebagai Putera Amar
  • Epilog Syurga Cinta (2010) sebagai Irham
  • Siong (2010) sebagai Jeffri
  • Teratak Mahligai (2011) sebagai Nikmat
  • Strawberi & Karipap (2013) sebagai Pak Su Hairi
  • Strawberi & Karipap S2 (2014) sebagai Pak Su Hairi
  • Strawberi & Karipap S3 (2015) sebagai Pak Su Hairi
  • Fajar di Bukhara (2015) sebagai Duan
  • Demi Cinta Ain (2016) sebagai Ashraf
  • Cucu Tauke Beras (2017) sebagai Irfan
  • Tauke Jamu (2017) sebagai Akram

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  • Surat Untuk Bulan (2004) sebagai Tuan Ariff
  • Janji Seorang Anak (2006) sebagai Shamsul
  • Awekku Bukan Awekmu (2007) sebagai Umar
  • Teratak Kasih Tok Mak (2008) sebagai Adam
  • Takbir Terakhir (2009) sebagai Angah
  • Jalan Songsang (2011) sebagai Ustaz Yunus
  • Tanda Putera (2013) sebagai Tun Dr Ismail Abdul Rahman
  • Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris (2014) sebagai Pak Su Hairi
  • Strawberi & Karipap Hello Gold Coast (2015) sebagai Pak Su Hairi
  • Rindu Bertemu Tuhan (2018) sebagai Azlan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Zizan Nin Kahwin Pembaca Berita NTV7 Fazilah Hani Harun". Sensasi Selebriti. 20 Mac 2010. Dicapai 20 Mac 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]