Biuku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Biuku
frames
Pengelasan saintifik


Biuku (bahasa Inggeris: Painted terrapin)) ialah sejenis tuntung besar yang terdapat di Malaysia dan Indonesia. Tuntung ini biasanya hidup di sungai dan muara air tawar, tetapi juga diketahui memasuki air masin dan bersarang bersama-sama dengan penyu di pantai yang sama. Nama sainsnya Callagur borneoensis.

Biuku bertumbuh sehingga 60 sentimeter (23 inci) panjang. Biuku betina adalah lebih besar, berbanding biuku jantan, dan warna antara kedua-dua jantina juga berbeza, khususnya pada musim pembiakan.

Biuku dewasa makan makanan vegetarian dan di kawasan-kawasan liar, tuntung ini diketahui makan daun-daun bakau dan buah-buahan. Tuntung ini suka berjemur di bawah sinar matahari. Walaupun tidak lincah di darat, biuku berupaya meluru masuk ke dalam air jika dikacau. Telur biuku mempunyai bentuk yang panjang, dan kulitnya mudah pecah. Disebabkan kehilangan habitat, serta pemburuan biuku dan telurnya oleh manusia untuk makanan, bilangan biuku telah merosot dan kini dikelaskan sebagai haiwan terancam dalam Senarai CITES.


Rujukan[sunting | sunting sumber]