Cuora yunnanensis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cuora yunnanensis
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Cryptodira
Superkeluarga: Testudinoidea
Keluarga: Geoemydidae
Genus: Cuora
Spesies:
C. yunnanensis
Nama binomial
Cuora yunnanensis
(Boulenger, 1906)
Sinonim[2]
  • Cyclemys yunnanensis Boulenger, 1906
  • Cyclemys yannanensis Boulenger, 1907 (ex errore)
  • Cuora yunnanensis Smith, 1931
  • Cuora vunnanensis Wermuth & Mertens, 1977 (ex errore)
  • Pyxiclemmys yunnanensis Vetter, 2006

Cuora yunnanensis juga dikenali sebagai Kura-kura Katup Yunnan ialah spesies kura-kura dari keluarga Geoemydidae (sebelum ini dikenali sebagai Bataguridae). Ia dipercayai berasal dari wilayah Yunnan, China iaitu (di Kunming dan Huize) dan pernah dianggap pupus pada awal abad ke-20; spesimen terakhir yang berjaya disimpan pada 1940.[3]

Kura-kura Katup Yunnan betina

Pada tahun 2004, seekor kura-kura betina spesies ini dijumpai melalui perdagangan haiwan di Kunming; satu tahun kemudian, seekor kura-kura jantan dari sumber yang sama juga ditemukan. Begitu juga tahun berikutnya, kura-kura betina pula ditemukan. Pengesahan mengenai penemuan haiwan ini diragui ramai pihak malah ada yang menganggapnya sebagai baka kacukan,[4] seperti teknik biasa yang dilakukan di China bagi menghasilkan baka dengan harga yang tinggi.

Pada tahun 2007, He et al. mengambil sampel ketiga-tiga haiwan dan dianalisis. Mengejutkan, kesemua spesimen itu ialah C. yunnanensis dan bukanlah baka kacukan seperti yang disangka. Pada tahun 2008, Pusat Pemuliharaan Kadoorie China, sebuah jabatan dari Kadoorie Farm and Botanic Garden, bersama-sama dengan Institut Zoologi Akademi Sains China, menemui populasi haiwan ini. Walaupun taburan habitat haiwan ini tidak jelas, namun kerana nilainya yang tinggi, mereka sering diburu. Oleh itu, langkah pemuliharaan diperlukan bagi melindungi haiwan ini dari kepupusan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Templat:IUCN2010.4
  2. ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 219. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012.
  3. ^ Blanck, 2005, Blanck et al. 2006
  4. ^ (see IUCN 2006),
  • Blanck, T., Zhou, T. & W. P. McCord (2006): The Yunnan box turtle, Cuora yunnanensis (BOULENGER 1906); historical background and an update on the morphology, distribution and vulnerabilities of the only known living specimens. SACALIA 13 (4), 2006: 14-35
  • Blanck, T. (2005): Cuora yunnanensis (BOULENGER, 1906), the Yunnan Box Turtle, Rediscovered after One-hundred Years? CUORA Special - RADIATA 14 (2), 2005: 10-33
  • He J.,T. Zhou, Rao D.-Q. & Y.-P. Zhang.2007 Molecular identification and phylogenetic position of Cuora yunnanensis. Chinese Science Bulletin.52(17):2085-2088(in Chinese)
  • PARHAM, J. F., B. L. STUART, R. BOUR & U. FRITZ. 2004. Evolutionary distinctiveness of the extinct Yunnan box turtle (Cuora yunnanensis) revealed by DNA from an old museum specimen. – Proceedings of the Royal Society of Biology (Supplement), Biological Letters, London, 271: 391-394 + Electronic Appendix A, 6 pp.
  • ZHOU, T. & E. ZHAO (2004): On the occurrence of living Cuora yunnanensis since fifty-eight years and its description. . Sichuan J. Zool., Chengdu 23 (4): 325-327 + 1 Plate(in Chinese)
  • ZHOU, T. (2005): Discovery of a Living Male Yunnan Box Turtle, Cuora yunnanensis BOULENGER, 1906. Sichuan J. Zool., Chengdu 24 (3): 345-346 + 1 Plate(in Chinese)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • World Chelonian Trust: Cuora Gallery. Contains C. yunnanensis museum specimen photos. Retrieved 2007-SEP-01.