Leftenan Adnan (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Leftenan Adnan
Leftenan adnan 02.jpg
Pengarah Aziz M. Osman
Penerbit Jeneral Dato' Seri Md. Hashim Hussein
Aziz M. Osman
Pengarang
Lakon layar Aziz M. Osman
Lakonan
Muzik Azman Abu Hassan
Sinematografi Badarudsin Hj Azmi
Penyuntingan Aziz M. Osman
Syarikat produksi
Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Malaysia
Paradigm Film
Pengedar Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan
Mula ditayangkan
31 Ogos 2000 (2000-08-31)
Tempoh tayangan
116 minit
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM 2.5 Juta
Pulangan kasar RM 1.08 Juta[1]

Leftenan Adnan merupakan sebuah filem patriotik Malaysia 2000 yang diarahkan oleh Aziz M. Osman dan dibintangi oleh Hairie Othman, Umie Aida, Rambo Chin,Faizal Hussein ,Rusdi Ramli ,Shaharuddin Thamby dan Wahid Senario. Filem ini mengisahkan perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Filem ini telah ditayangkan pada 31 Ogos 2000. [2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson.

Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London.

Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Azri Iskandar asalnya memegang watak Leftenan Adnan sebelum disingkirkan kerana masalah disiplin. Azri Iskandar pula mengatakan dirinya terpaksa mengikut arahan penerbit dan pengarah secara membuta tuli walaupun terdapat percanggahan fakta dalam pembikinan filem ini.[3] Beliau telah digantikan oleh Hairie Othman. Hairie terpaksa melakonkan semula 12 babak yang telah dilakonkan oleh Azri.[4] Filem ini menjalani pengambaraan di Perak.

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Asia Pasifik ke-45, 2000 Penataan Bunyi Terbaik Azman Abu Hassan Menang
Anugerah Khas Juri Jeneral Dato' Seri Md. Hashim Hussein
Aziz M. Osman
Menang
Festival Filem Malaysia ke-15 Filem Terbaik Jeneral Dato' Seri Md. Hashim Hussein
Aziz M. Osman
Menang
Anugerah Khas Juri Menang
Pengarah Terbaik Aziz M.Osman Menang
Penataan Seni Terbaik Wan Nazrul Ashraff Menang

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM2.5 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM1,075,697.85.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]