Sayang Salmah
Sayang Salmah | |
---|---|
![]() Poster Filem Sayang Salmah | |
Pengarah | Dr. Mahadi J Murat |
Penerbit | Dr. Mahadi J Murat |
Dibintangi oleh | Dato' Sri Sidi Oraza Azhar Sulaiman Fauziah Nawi Datuk Jalaluddin Hassan Norish Karman Datin Sofea Jane Sabri Yunus |
Muzik oleh | Dato' Adnan Abu Hassan[1] |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Sayang Salmah ialah sebuah filem drama arahan , Dr. Mahadi J Murat yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 1995. Filem yang dibintangi oleh Sidi Oraza, Azhar Sulaiman dan Norish Karman ini berlatarbelakangkan zaman pra- kemerdekaan Tanah Melayu sekitar tahun 1955-1960. Filem ini juga turut mewakili Malaysia pada Festival Filem Asia Pasifik dan berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh pelakon Sidi Oraza yang turut menang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-12.
Isi kandungan
Plot[sunting | sunting sumber]
Filem ini berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat Melayu sekitar tahun 1955-1960 yang cuba mengungkapkan erti cinta pada bangsa dan negara berasaskan kepada sejarah dan semangat perjuangan negara yang relevan dengan falsafah kepimpinan hari ini. Keadaan ini diungkapkan menerusi keluarga Encik Jabar (Datuk Jalaluddin Hassan) dan isterinya Dasimah (Fauziah Nawi) dalam mendidik anak-anak mereka iaitu Hassan (Sidi Oraza) dan Salleh (Azhar Sulaiman). Hassan bergiat aktif dalam bidang politik, malangnya kegagalan dalam bidang politik dan kematian ayahnya membuatkan Hassan menjadi hilang akal dan menghidap sindrom 'schizophrenia'. Sementara itu, Salleh terus membesar dan menjadi pemuda yang bebas. Dia sering keluar rumah, berhibur di kabaret lalu berkenalan dengan seorang perempuan joget bernama Salmah (Norish Karman). Mereka akhirnya berkahwin dan Hassan semakin terabai apabila Salleh dan Salmah berpindah ke rumah lain, dan Dasimah pula semakin tenat setelah kakinya tertusuk sembilu buluh. Keadaan bertambah meruncing apabila Hassan diketepikan oleh Salleh dan Salmah setelah Dasimah meninggal dunia. Hassan mengamuk dan menceroboh masuk ke rumah Salleh kerana kelaparan. Tetapi Salmah yang keseorangan di dalam rumah tidak memahami keadaan Hassan. Dia sengaja membuat provokasi terhadap Hassan menyebabkan Salmah dicederakan sehingga pengsan. Salleh yang baharu sahaja dipukul kerana kalah dalam perjudian telah tersalah faham tentang tingkah laku Hassan yang memukul isterinya. Akhirnya Hassan ditangkap oleh pihak polis. Beberapa tahun kemudian, Salleh dan Salmah bersama anak mereka datang melawat Hassan yang kini berada di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, Malaysia. Salmah mulai menerima Hassan sebagai sebahagian dari keluarganya.
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Majlis Anugerah | Kategori | Penerima | Hasil |
---|---|---|---|
Anugerah Skrin 1996[2] | Filem Terbaik | Perkasa Filem Sdn. Bhd | Menang |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Azhar Sulaiman | Menang | |
Festival Filem Malaysia ke-12 | Filem Terbaik | Perkasa Filem Sdn. Bhd | Menang |
Pengarah Terbaik | Dr Mahadi J Murat | Menang | |
Lakon Layar Terbaik | Menang | ||
Lakon Layar Terbaik | Menang | ||
Pelakon Lelaki Terbaik | Sidi Oraza | Menang | |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Fauziah Nawi | Menang | |
Poster Terbaik | Menang | ||
Festival Filem Asia Pasifik ke-41, 1996 (Auckland, New Zealand) | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Sidi Oraza | Menang |
Festival Filem Dunia Kuala Lumpur, 1996 | Filem Tema Kemanusiaan Terbaik | Dr Mahadi J Murat | Menang |
Pengambaran[sunting | sunting sumber]
Lokasi pengambaran filem ini diadakan di sekitar kawasan Bakri, Muar, Johor dan dibantu oleh ahli-ahli UMNO kawasan Bakri, Muar dan penduduk-penduduk di Taman Kenangan Tun Dr. Ismail di Sungai Jeram, Bakri, Muar, Johor.