Lelaki Harapan Dunia

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lelaki Harapan Dunia (filem))

Lelaki Harapan Dunia
PengarahLiew Seng Tat
PenulisLiew Seng Tat
Lakon layarLiew Seng Tat
Dihasilkan olehSharon Gan
Dibintangi
SinematografiTeoh Gay Hian
Disunting olehPatrick Minks, Liew Seng Tat
Muzik olehLuka Kuncevic
Syarikat
penerbitan
Everything Films, Volya Films, Flying Moon Filmproduktion, Mandra Films
Diedarkan olehEverything Films
Tarikh tayangan
27 November 2014 (2014-11-27)
Masa tayangan
94 minit
Negara
BahasaMelayu
BajetRM 2.5 Juta
Pecah panggungRM 149,000[1]

Lelaki Harapan Dunia (bahasa Inggeris: Men Who Save the World) merupakan sebuah filem drama komedi Malaysia 2014. Filem ini diterbitkan oleh Sharon Gan dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Torino Film Lab (Itali), Hubert Bals Fund (Belanda), Netherlands Film Fund, World Cinema Fund (Jerman), Visions Sud Est (Switzerland), Fondation Groupama Gan pour le Cinéma - Cinefondation (Perancis), Prince Claus (Belanda), Sundance Institute | Mahindra Global Filmmaking Award, Sundance Institute Feature Film Program dan the Doris Duke Foundation (USA).[2] Filem berkisah tentang sebuah kampung yang mana berlaku kekacauan akibat kesalahfahaman penduduk kampung yang menyangka sebuah rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung khas buat Pak Awang (Wan Hanafi Su) dihuni oleh “hantu” sedangkan terdapat seorang pendatang asing Afrika yang menghuni secara sembunyi.

Filem ini telah mengungguli Festival Filem Malaysia ke-27 dengan meraih lima anugerah dari dua belas pencalonan, termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik. Filem ini juga berjaya memenangi tiga anugerah dari empat pencalonan di Anugerah Skrin 2015, termasuk Filem dan Pengarah Terbaik. Filem ini merupakan penyertaan Malaysia ketiga yang bertanding untuk Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik, selepas Bunohan (2012) dan Puteri Gunung Ledang (2004).[3] Filem ini ditayangkan pada 27 November 2014.

Plot[sunting | sunting sumber]

Seorang bekas penyanyi profesional, Pak Awang (Wan Hanafi Su) mahu menghadiahkan sebuah rumah kepada anak perempuannya yang akan berkahwin. Akan tetapi, rumah tersebut terletak jauh di dalam hutan. Menyedari kelemahan tersebut, Pak Awang meminta bantuan seorang konsultan dan ustaz (Jalil Hamid) serta rakannya, Megat (Harun Salim Bachik) untuk mengumpulkan penduduk kampung agar membantunya memindahkan rumah itu ke bandar. Rumah tersebut yang dipanggil "Rumah Amerika" kerana dicat putih seperti White House mempunyai reputasi sebagai sebuah rumah yang dihantui, di mana perkara ini menyebabkan pembantu Pak Awang takut, walaupun mereka dengan berat hati bersetuju untuk tugas memindahkan rumah ini pada siang hari.

Di Kuala Lumpur, seorang pendatang Afrika, Solomon (Khalid Mboyelwa Hussein) telah ditangkap oleh pihak tentera ketika dia menjual tali pinggang dan jam tangan. Setelah diheret ke dalam trak, dia melarikan diri ke dalam hutan di mana dia menjumpai Rumah Amerika tersebut dan berlindung di situ. Wan (Soffi Jikan) ternampak Solomon di dalam rumah dan berfikir dia ternampak orang minyak. Semua orang menjadi yakin bahawa tempat itu dihantui oleh orang minyak dan bomoh (Hishamuddin Rais) menasihati mereka untuk menyerang. Mereka berdandan sebagai wanita untuk menarik orang minyak tersebut, namun tidak berjaya. Hal ini membuatkan penduduk kampung memikirkan orang minyak itu gay, menambahkan lagi semangat penduduk kampung untuk membunuh orang minyak tersebut.

Pak Awang yang tertekan kerana insiden yang menyelubungi Rumah Amerika itu telah melewatkan pemindahan rumah tersebut, cuba merasuah Wan untuk mengubah kenyataannya mengenai rumah itu.[4]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Wan Hanafi Su berlakon sebagai Pak Awang di dalam filem ini.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Liew mendapat ilham untuk Lelaki Harapan Dunia ketika berada di kediaman pengarah Cannes - Cinéfondation dan mengambil bahagian di 2011 Sundance Screenwriters Lab. Filem ini dirakamkan di Kuala Kangsar, Perak. Lelaki Harapan Dunia sepatutnya menjadi filem pertama Liew tetapi dia akhirnya memilih Flower in the Pocket. Kejayaan filem pertama Liew membuka jalan kepada pengarah muda ini untuk menerima geran dari seluruh dunia untuk Lelaki Harapan Dunia.[5]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Tayangan perdana peringkat dunia untuk filem ini dilakukan di Festival Filem Antarabangsa Locarno 2014 pada 6 Ogos 2014. Tayangan perdana Amerika Utara pula dilakukan di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2014 pada 4 September 2014. Tayangan perdana di Malaysia pula dilakukan di Golden Screen Cinemas Pavillion pada 24 November 2014 sebelum ke seluruh negara pada 27 November.[6]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Rata-rata pengkritik memberi ulasan bercampur mengenai filem ini dengan pujian terhadap elemen komedi yang menjadi dan sinematografi yang memukau. Kritikan pula lebih menjurus terhadap isu ketiadaan pelakon wanita, homoseksual dan perkauman yang wujud di dalam filem ini. Kamran Ahmed dari portal hiburan Nextprojection.com dan Shelly Kraicer dari portal perfileman Cinema-scope.com mengulas filem ini sebagai "...filem hantu yang kelakar dengan penceritaan dan sinematografi yang menarik."[7][8]Jenna Hossack dari portal hiburan dorkshelf.com pula memberi dua patah perkataan untuk menggambarkan filem ini iaitu "Meriah dan kelakar".[9] Shane Scott-Travis dari portal hiburan vivascene.com memberi 4 per 5 bintang untuk filem ini.[10] Muzaffar Mustafa dari Astro Awani pula memuji "...antara filem yang terbaik dari aspek pembikinannya, baik dari segi sinematografi mahu pun pengarahan seni." [11] Syed Musaddad Syed Mahdi dari Utusan Malaysia turut memuji pengarahan Liew dan sinematografi filem. [12] Hassan Muthalib dari akhbar yang sama pula mengulas "...satu kesinambungan sejarah awal filem Malaysia..."[13] K.Anand dari portal berita The Malaysian Insider pula menjulang filem ini sebagai "...filem tempatan terbaik tahun ini dan antara filem tempatan terbaik dekad ini."[14]Diyana AR dari portal kehidupan, TheVocket.com pula menyenaraikan filem ini sebagai "9 Filem Terbaik Malaysia 2014".[15] Portal perfileman DramaticDurian.com pula memuji jalan cerita filem ini sebagai "menarik".[16]Portal hiburan Murai.com pula mengulas "Penghuraian (filem ini) secara berlapis-lapis tetapi tidak dinafikan ia juga harus dipuji, walaupun tidak semuanya dikawal sehingga akhir adegan.".[17]

Jay Weissberg dari Variety menyelar filem ini kerana memainkan isu gay dan perkauman.[18] Justin Lowe dari The Hollywood Reporter pula hairan mengapa para pelakon A-list Malaysia sanggup berlakon di dalam filem "mengarut" ini.[19] Mark Adams dari Screen Daily mempertikaikan ketiadaan pelakon wanita di dalam filem ini.[20] Nazim Masnawi dari portal berita Malaysiakini pula mengkritik "Liew meniru gaya filem-filem awal Khalid yang jauh lebih baik. Namun itu sahaja berita baik yang dapat saya sampaikan."[21] Aidil Rusli dari The Star pula mengulas filem ini sebagai filem yang penuh dengan potensi yang tidak dapat diterjemahkan dengan betul.[22]Suhaimi Suib dari portal hiburan SkorBintang.com pula tidak akan mencalonkan filem ini sebagai filem terbaik tahun 2014 kerana "tergantung dan belum lengkap".[23] Filem ini mendapat rating 6.7 per 10 di dalam portal perfileman IMDb.[24]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Antarabangsa Toronto 2014[25][26] Contemporary World Cinema & Grolsch Audience Selection Award Sharon Gan Tercalon
Festival Filem Antarabangsa Vancouver ke-33[27] Dragons & Tigers Sharon Gan Tercalon
Festival Filem Antarabangsa Busan ke-19[28] A Window On Asian Cinema Sharon Gan Tercalon
Festival Filem Antarabangsa Locarno 2014[29][30][31][32][33] Concorso Cineasti del Presente Sharon Gan Tercalon
Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-25[34] Asian Feature Film Sharon Gan Tercalon
Festival Filem Antarabangsa Nara ke-7[35][36] Main Competition Sharon Gan Tercalon
Festival Filem Taipei Golden Horse 2014[37][38] Asian Window Sharon Gan Tercalon
Festival Filem Antarabangsa Kolkata ke-20[39][40][41][42] Asian Select (NETPAC Award) Sharon Gan Tercalon
Festival Filem Antarabangsa Rotterdam 2015[43] Bright Future Sharon Gan Tercalon
Festival Filem Antarabangsa Göteborg 2015l[44] Den gudomliga komedin Sharon Gan Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-27[45][46] Filem Terbaik Sharon Gan Menang
Pengarah Terbaik Liew Seng Tat Menang
Cerita Asal Terbaik Menang
Suntingan Terbaik Tercalon
Lakon Layar Terbaik Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Wan Hanafi Su Tercalon
Skor Muzik Asal Terbaik Imaginax Studio Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Tercalon
Penataan Seni Terbaik Tunku Mohd Taufek Menang
Busana Terbaik Tercalon
Sinematografi Terbaik Teoh Gay Hian Tercalon
Pelakon Kanak-kanak Terbaik Raykarl Menang
Muhammad Farhan Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015[47] Filem Terbaik Sharon Gan Menang
Pengarah Terbaik Liew Seng Tat Menang
Lakon Layar Terbaik Menang
Sinematografi Terbaik Teoh Gay Ian Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Wan Hanafi Su Menang
Anugerah Skrin 2015 Filem Terbaik Sharon Gan Menang
Pengarah Terbaik Liew Seng Tat Menang
Lakon Layar Terbaik Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Wan Hanafi Su Tercalon

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2014
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-15.
  3. ^ Ahmad, Azyyati (26 September 2015). "Filem harapan Malaysia ke Oscar". Astro Awani.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-15.
  5. ^ http://poskod.my/features/lelaki-harapan-dunia/
  6. ^ http://www.hmetro.com.my/node/9336
  7. ^ http://cinema-scope.com/cinema-scope-online/tiff-2014-men-save-world-liew-seng-tat-malaysianetherlandsgermanyfrance-contemporary-world-cinema/
  8. ^ http://nextprojection.com/2014/10/28/viff-class-enemy-men-save-world-gente-de-bien-mercedes-sosa-voice-latin-america-still-life-reviews/
  9. ^ http://dorkshelf.com/2014/09/07/tiff-2014-men-who-save-the-world-review/
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-01. Dicapai pada 2014-11-14.
  11. ^ http://www.astroawani.com/news/show/lelaki-harapan-dunia-bila-fitnah-bermaharajalela-satu-kampung-huru-hara-49134?cp
  12. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-26. Dicapai pada 2014-12-05.
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-13. Dicapai pada 2014-12-17.
  14. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-30. Dicapai pada 2014-12-17.
  15. ^ http://thevocket.com/9-filem-terbaik-malaysia-bagi-tahun-2014/
  16. ^ http://www.dramaticdurian.com/2014/12/lelaki-harapan-dunia-movie-review.html
  17. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-11. Dicapai pada 2015-01-11.
  18. ^ http://variety.com/2014/film/reviews/film-review-men-who-save-the-world-1201282850/
  19. ^ http://www.hollywoodreporter.com/review/men-who-save-world-toronto-735719
  20. ^ http://www.screendaily.com/reviews/the-latest/men-who-save-the-world/5076143.article
  21. ^ http://www.malaysiakini.com/news/282340
  22. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-04. Dicapai pada 2014-12-05.
  23. ^ http://www.skorbintang.com/filem/lelaki-harapan-dunia/
  24. ^ http://www.imdb.com/title/tt3797880/
  25. ^ "TIFF Adds 'Clouds of Sils Maria' and 'Two Days, One Night,' Reveals 5 More Lineups". Indiewire (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Ogos 2014.
  26. ^ http://www.hmetro.com.my/node/8902
  27. ^ http://malaysiandigest.com/hiburan/521201-lelaki-harapan-dunia-ke-peringkat-antarabangsa.html
  28. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-28. Dicapai pada 2014-11-14.
  29. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-14.
  30. ^ http://www.thesundaily.my/news/1131858
  31. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-14.
  32. ^ http://www.nst.com.my/node/15934
  33. ^ http://www.colourlessopinions.com/2014/08/lelaki-harapan-dunia-Festival-Film-Locarno.html
  34. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-26. Dicapai pada 2014-11-14.
  35. ^ http://mediahiburan.karangkraf.com/terkini/lelaki-harapan-dunia-ke-2-festival-filem-antarabangsa-1.315671
  36. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-14.
  37. ^ http://dailyseni.com/index.php/home/news/film-tv/item/1946-lelaki-harapan-dunia-terpilih-ke-festival-filem-taipei-golden-horse
  38. ^ http://terbakor.com/2014/11/14/lelaki-harapan-dunia-terpilih-ke-festival-filem-golden-horse-taipei/
  39. ^ http://www.budiey.com/lelaki-harapan-dunia-terpilih-ke-festival-filem-antarabangsa-kolkata/
  40. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-14.
  41. ^ http://www.wom.my/berita-terkini/lelaki-harapan-dunia/
  42. ^ https://my.entertainment.yahoo.com/news/lelaki-harapan-dunia-terpilih-ke-festival-filem-kolkata-035300944.html
  43. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-15. Dicapai pada 2015-01-15.
  44. ^ http://filmweb01.filmfestival.org/filmfestival/info/en/festivalprogram/programentry?filmId=186911
  45. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-06. Dicapai pada 2015-08-05.
  46. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-06. Dicapai pada 2015-08-05.
  47. ^ "Lelaki Harapan Dunia dapat pengiktirafan lagi". Astro Awani. 6 Oktober 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]