Mastif Tibet
Negara asal | Penara Tibet | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||
| |||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Mastif Tibet[a] atau do khyi[b][c] ialah satu baka anjing Tibet besar. Lapis bulu gandanya sederhana hingga panjang, terdedah kepada iklim, dan terdapat dengan pelbagai warna, termasuk hitam legam, hitam dan sawo matang, pelbagai cahaya warna merah (daripada emas pudar hingga merah pekat) dan kelabu kebiru-biruan (hitam cair), dan kadang-kadang dengan tanda-tanda putih di sekeliling leher, dada, dan tungkai.
Nama
[sunting | sunting sumber]Istilah mastif diberikan oleh orang Eropah yang mula-mula datang ke Tibet kerana nama itu digunakan untuk merujuk hampir semua baka anjing besar di Barat. Pelawat awal dari Barat ke Tibet silap menamai beberapa bakanya, seperti terier Tibet, yang bukan terier, dan spaniel Tibet, yang bukan spaniel. Nama lebih baik untuk baka ini mungkin ialah "anjing gunung Tibet" atau—untuk merangkumi baka tempatan di seluruh wilayahnya—"anjing gunung Himalaya".[2]
Perihal
[sunting | sunting sumber]Penampilan
[sunting | sunting sumber]Ia biasanya mengekalkan daya tahan lasak yang diperlukan untuk terus hidup di Tibet, di Ladakh, dan di kawasan Himalaya beraltitud tinggi lain.
Tingkah laku naluri, termasuk tingkah laku kawanan anjing, menyumbang kepada kemandirian baka ini di persekitaran mencabar. Ia merupakan salah satu daripada beberapa baka anjing primitif yang mengekalkan satu estrus tunggal setahun dan bukannya dua, walaupun pada altitud jauh lebih rendah dan dalam iklim jauh lebih sederhana daripada iklim aslinya. Ciri ini juga terdapat pada canid liar seperti serigala dan haiwan liar lain. Oleh sebab estrusnya biasanya berlangsung pada akhir musim luruh, kebanyakan anak mastif Tibet lahir pada antara Disember dengan Januari.[3]
Lapis bulu gandanya panjang, tertakluk kepada iklim, dan terdapat dalam pelbagai warna, termasuk hitam legam, hitam dan sawo matang, pelbagai cahaya warna merah (daripada keemasan pudar hingga merah gelap), dan kelabu kebiru-biruan (hitam cair), selalunya dengan tanda-tanda putih. Setakat tahun 2014, sesetengah pembiak baka telah mula memasarkan mastif Tibet putih.
Lapis bulu mastif Tibet tidak mempunyai bau anjing besar yang tidak menyenangkan yang menjejaskan banyak baka besar. Lapis bulunya, tanpa mengira panjang atau warna, patut menanggalkan kotoran dan bau. Walaupun anjing ini menggugurkan bulu sepanjang tahun, pada umumnya terdapat sekali salin bulu banyak pada lewat musim sejuk atau awal musim bunga dan kadang-kadang sekali lagi salin bulu yang kurang pada lewat musim panas atau awal musim luruh. Pemandulan anjing dapat menjejaskan lapis bulu secara mendadak dari segi tekstur, kepadatan, dan corak salin bulu.[perlu rujukan]
Mastif Tibet ditunjukkan di bawah satu piawaian di Barat, tetapi dipisahkan oleh piawaian baka India kepada dua keragaman: kepala singa (lebih kecil; bulu sangat panjang dari dahi hingga kelasa, yang menghasilkan lingkaran leher atau surai) dan kepala harimau belang (lebih besar; bulu lebih pendek).
Perangai
[sunting | sunting sumber]Sebagai anjing penjaga kawanan ternakan di Tibet dan di Barat, ia menggunakan semua taktik penjaga haiwan ternakan biasa (cth., salakan, penandaan bau di perimeter) untuk memberikan amaran kepada pemangsa dan mengelakkan konfrontasi langsung.[2]
Sebagai anjing tersosialiasi dan lebih domestik, ia dapat bertahan di dalam halaman berpagar dan luas dengan teman anjing, tetapi ia bukan anjing sesuai untuk kehidupan pangsapuri. Anjing yang dibiakbakakan di Barat pada umumnya lebih santai, namun masih agak menjauh daripada orang asing. Melalui pembiakbakaan terpilih beratus-ratus tahun pelindung haiwan ternakan dan penjaga keluarga, baka ini telah dihargai kerana menjadi penjaga malam, yang menahan bakal pemangsa dan penceroboh dari jauh, dan menyalak terhadap bunyi yang tidak dikenali sepanjang malam. Pemilik tidak disyorkan untuk meninggalkan mastif Tibet di luar sepanjang malam dengan jiran berdekatan. Ia kerap tidur pada waktu siang, yang menjadikannya lebih aktif, berwaspada, dan sedar pada waktu malam.[2]
Seperti semua baka penjaga kawanan ternakan, ia cerdas dan degil melebih-lebih, maka pelatihan kepatuhan disyorkan (walaupun hanya sedikit berjaya dengan sesetengah individu) kerana ini merupakan baka kuat semangat dan bertubuh berkuasa. Melainkan digunakan secara eksklusif sebagai penjaga haiwan ternakan, pelatihan sosialisasi juga penting dengan baka ini, kerana sifat menyendiri dengan orang asing dan naluri penjaga. Ia dapat menjadi anjing keluarga cemerlang, bergantung pada keluarga; pemilik mesti memahami psikologi anjing dan mampu dan sanggup meluangkan banyak masa dan pengabdian untuk melatih anjing mereka. Kekurangan ketekalan dapat mengakibatkan penghasilan anjing yang sukar diramalkan. Sifat pelindung pada mastif Tibet memerlukan kewaspadaan dan perancangan oleh pemilik, untuk mengelakkan kemalangan apabila anjing berkenaan hanya bertindak sebagai penjaga. Baka ini tidak disyorkan untuk pemilik anjing pemula.[2][4]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Ramai pembiak baka mendakwa kelanjutan usia 10–16 tahun, tetapi dakwaan ini tidak berasas. Sesetengah susur galus memang menghasilkan anjing berumur panjang. Susur galur lain yang melalui pembiakbakaan dalam dengan lebih dekat, menghasilkan anjing berumur singkat dan tidak sihat. Baka ini mempunyai kurang masalah kesihatan genetik berbanding dengan banyak baka, tetapi kes dapat ditemukan mengenai hipotiroidisme, entropion, ektropion, distikiasis, masalah kulit termasuk alahan, masalah autoimun termasuk demodeks, penyakit Addison, penyakit Cushing, kehilangan gigi, maloklusi (supraklusi, subklusi, mulut kering), masalah jantung, sawan, epilepsi, atrofi retina progresif (PRA), katarak, dan salur telinga kecil dengan kecenderungan untuk jangkitan. Seperti kebanyakan baka besar, sesetengahnya menderitai displasia siku atau pinggul.
Neuropati demielinatif terwaris anjing (CIDN), iaitu keadaan terwaris, muncul dalam salah satu susur galur terkenal bagi mastif Tibet pada awal tahun 1980-an.[5] Malangnya, pembawa yang diketahui dibiakbakakan secara meluas dan menjadi punca kepada banyak susur galur yang masih aktif dibiakbakakan.[perlu rujukan] Oleh sebab cara pewarisan kelihatan seperti resesif ringkas, pembiakbakaan dalam yang berterusan masih dapat menghasilkan anak anjing terjejas.
Hipotiroidisme adalah agak umum pada mastif Tibet seperti pada banyak baka "utara" besar. Ia patut diuji secara berkala sepanjang hayatnya dengan menggunakan "panel" tiroid lengkap. Walau bagaimanapun, oleh sebab paras tiroid piawai ditetapkan dengan menggunakan baka-baka anjing domestik, keputusan ujian mesti dipertimbangkan dalam konteks paras "normal" untuk baka ini, bukan paras normal merentas semua baka. Banyak anjing baka ini mempunyai nilai tiroid "rendah", tetapi tidak mempunyai gejala klinikal. Doktor haiwan dan pemilik berbeza-beza dari segi merit relatif bagi pengubatan anjing yang teruji "rendah", tetapi benar-benar tanpa gejala.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada asalnya, anjing ini digunakan untuk melindungi biara Buddha dan sami Tibet daripada haiwan seperti beruang, serigala, dan harimau bintang salji.[6][2][4]
Mastif Tibet ialah baka anjing berbeza secara fenotip yang dibiakbakakan sebagai penjaga kawanan ternakan di altitud tinggi Himalaya dan Penara Tibet.[7][8]
Mir Izzatullah (1872) menulis tentang mastif Tibet:
Anjing-anjing Tibet adalah dua kali ganda saiz anjing yang terlihat di India, dengan kepala besar dan tubuh berbulu. Anjing-anjing ini merupakan binatang berkuasa...Pada siang hari anjing-anjing ini dibelenggu dan dilepaskan pada waktu malam untuk menjaga rumah tuan.[9]
Pada awal abad ke-20, Putera Wales, bakal George V, memperkenalkan sepasang mastif Tibet ke United Kingdom. Menjelang tahun 1906, baka ini cukup lazim di England untuk ditunjukkan dalam pertunjukan Crystal Palace. Walau bagaimanapun, semasa tahun-tahun perang, baka itu kehilangan perhatian dan tumpuan dan hampir lenyap di England.
Baka ini semakin popular di seluruh dunia sejak tahun 1980. Walaupun baka ini masih dianggap agak kurang umum, sebaik pembiak baka lebih giat tampil dan menghasilkan bilangan anjing yang mencukupi, pelbagai pejabat pendaftaran dan pertubuhan pertunjukan (FCI, AKC) mula mengiktiraf baka ini. Pada tahun 2008, mastif Tibet bertanding buat kali pertama dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club.
Sejak pengiktirafan AKC, bilangan pembiak baka aktif telah melonjak tinggi, membawa kepada pembiakbakaan berlebihan bagi anak anjing, kebanyakannya merupakan anak anjing yang dibiakbakakan secara sangat dalam dan mempunyai kualiti yang dapat dipersoalkan. Pada mulanya, baka ini menderita kerana takungan gen terhad daripada ternakan asli.[perlu rujukan] Menjelang tahun 2015, oleh sebab pembiakbakaan berlebihan dan ketidaksesuaian baka ini sebagai anjing peliharaan dalam situasi perbandaran, harga di China untuk anjing terbaik telah jatuh kepada kira-kira $2,000, dan kedua-dua anjing berkualiti rendah dan anjing biak baka silang ditinggalkan.[10][4]
Pada tahun 2011, sebuah kajian DNA menyimpulkan bahawa terdapat hubungan genetik antara mastif Tibet dengan anjing besar Pyrénées, anjing gunung Bern, anjing Rottweil, dan anjing Santo Bernard dan bahawa anjing baka besar ini mungkin sebahagiannya diturunkan daripada mastif Tibet.[11] Pada tahun 2014, sebuah kajian menambahkan anjing Leonberg ke dalam senarai kerabat yang mungkin.
Percampuran dengan canid mirip serigala yang tidak diketahui
[sunting | sunting sumber]Mastif Tibet mampu menyesuaikan diri dengan keadaan tanah tinggi ekstrem di Penara Tibet dengan sangat cepat berbanding mamalia lain seperti yak, antelop Tibet, harimau bintang salji, dan babi hutan. Kemampuan mastif Tibet untuk mengelakkan hipoksia di altitud tinggi, oleh sebab paras hemoglobin lebih tinggi berbanding dengan anjing altitud rendah, disebabkan oleh pembiakbakaan menyaling dalam prasejarah.[12][13] Pada tahun 2020, analisis genom menunjukkan bahawa populasi hantu bagi canid mirip serigala yang tidak diketahui yang jauh tercapah daripada serigala Holartik moden dan anjing telah menyumbangkan alel EPAS1 yang terdapat pada kedua-dua serigala dan anjing Himalaya, dan ini membolehkannya hidup di altitud tinggi.[14]
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Mastif Tibet dengan tuannya pada tahun 1911
-
Mastif Tibet di Biara Drepung, Lhasa, Tibet
-
Mastif Tibet di Sandakpur, Nepal
-
Mastif Tibet dari Nepal
-
Mastif Tibet
-
Mastif Tibet dengan khekhor merah
-
Mastif Tibet ialah anjing penjaga haiwan ternakan.
-
Lelaki Tibet dengan mastifnya
Kebudayaan popular
[sunting | sunting sumber]- Seekor mastif Tibet bernama "Max" ialah antagonis utama dalam filem seram tahun 1993 Man's Best Friend. Sekurang-kurangnya lima ekor anjing berbeza digunakan dalam penggambaran.
- Ulysses, salah satu watak utama dalam filem animasi Kristian tahun 2008 At Jesus' Side, ialah seekor mastif Tibet.
- Seekor mastif Tibet ialah subjek bagi filem animasi tahun 2011 The Tibetan Dog.
- Mouse, seekor "anjing tokong Tibet" (makhluk separa dewa yang hampir menyerupai mastif), ialah anjing teman bagi watak judul bagi siri buku The Dresden Files.
- Filem animasi Rock Dog menampilkan dua ekor mastif Tibet bernama "Bodi" dan "Khampa" (masing-masing disuarakan oleh Luke Wilson dan J. K. Simmons).
- Dalam siri animasi televisyen tahun 2018, Craig of the Creek, watak Wildernessa menunggang-nunggang seekor mastif Tibet bernama Cheesesticks.
- Dalam filem tahun 2011 Old Dog oleh pengarah Pema Tseden, mastif Tibet milik sebuah keluarga gembala diidamkan oleh beberapa watak untuk didagangkan kepada orang Cina Han kaya di bahagian timur negara itu.
- Permainan video tahun 2019 Indivisible menampilkan Lanshi, seekor mastif Tibet, sebagai watak yang boleh dimainkan.
- Manga tahun 2019 Ginga Densetsu Noah menampilkan tiga ekor mastif Tibet sebagai antagonis utama.
- Dalam permainan video tahun 2020 Ghost of Tsushima, mastif Tibet, yang juga dikenali sebagai anjing Bankhar, diperkenalkan sebagai anjing pengawal tentera Mongol.
- Pokémon Mabosstiff, pertama kali ditonjolkan dalam versi Scarlet dan Violet, banyak berdasarkan mastif Tibet.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Senarai baka anjing
- Kyi apso Tibet
- Anjing Osu
- Anjing gembala Himalaya
- Lhasa apso
- Spaniel Tibet
- Terier Tibet
- Cau-cau
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: مستيف تيبيت ; Cina: 西藏獒; 西藏獒犬; 藏獒; 藏獒犬; pinyin: Xīzàng áo; Xīzàng áoquǎn; Zàng áo; Zàng áoquǎn; Bahasa Mongolia: төвд мастиф ; bahasa Inggeris: Tibetan mastiff
- ^ Jawi: دو-کي
- ^ Nama-nama dalam bahasa lain termasuk:
- Bahasa Tibet: འབྲོག་ཁྱི། འདོགས་ཁྱི། སེང་ཁྱི། , THL: do khyi, Wylie: 'brog khyi; 'dogs khyi; seng khyi
- Dzongkha: Byob Chi
- Hindi/Garhwali/Kumaoni: Bhotiya/Bakharwal
- Kashmiri: Gaddi
- Ladakhi: Chang khi
- Bahasa Mongolia: банхар
- Bahasa Nepal: भोटे कुकुर
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "FCI-Standard N° 230 DO-KHYI (Tibetan Mastiff)" [Piawaian FCI No. 230 Do-khyi (Mastif Tibet)] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 24 Jun 2015. Dicapai pada 9 Januari 2024.
- ^ a b c d e Messerschmidt, Donald Alan (2010). Discovering the Big Dogs of Tibet and the Himalayas: A Personal Journey [Menemukan Anjing Besar di Tibet dan di Himalaya: Perjalanan Peribadi] (dalam bahasa Inggeris). Orchid Press. ISBN 9789745241305. OCLC 793187238.[halaman diperlukan]
- ^ "Tibetan mastiff" [Mastif Tibet]. American Kennel Club. Dog breed information (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Januari 2024.
- ^ a b c Pelbagai (22 November 2010). Tibetan Dogs: A Complete Anthology of the Breeds [Anjing Tibet: Antologi Lengkap tentang Baka] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. ISBN 9781445526713. OCLC 1100676175.[halaman diperlukan]
- ^ Rohrer, Ann; Flamholtz, Cathy J. (1989). The Tibetan Mastiff: Legendary Guardian of the Himalayas [Mastif Tibet: Penjaga Legenda Himalaya] (dalam bahasa Inggeris). Fort Payne, Alabama, Amerika Syarikat: OTR Publications. ISBN 9780940269026. OCLC 19520820.
- ^ Palika, Liz (27 Ogos 2007). The Howell Book of Dogs: The Definitive Reference to 300 Breeds and Varieties [Buku Howell tentang Anjing: Rujukan Muktamad kepada 300 Baka dan Keragaman] (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 374. ISBN 9780470009215. OCLC 85485148.
- ^ Messerschmidt, D.M.R. (1983). "The Tibetan Mastiff: Canine sentinels of the range" [Mastif Tibet: Anjing sentri di padang ragut]. Rangelands (dalam bahasa Inggeris). Jil. 5. m/s. 172–174.
- ^ Li, Qifa; Liu, Zhenshan; Li, Yinxia; Zhao, Xingbo; Dong, Liyan; Pan, Zengxiang; Sun, Yuanrong; Li, Ning; Xu, Yinxue; Xie, Zhuang (18 Jun 2008). "Origin and phylogenetic analysis of Tibetan Mastiff based on the mitochondrial DNA sequence" [Asal usul dan analisis filogenetik bagi mastif Tibet berdasarkan jujukan DNA mitokondrion]. Journal of Genetics and Genomics (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 35 (6): 335–340. doi:10.1016/S1673-8527(08)60049-1. ISSN 1873-5533. PMID 18571121. S2CID 22424787.
- ^ Izzatullah, Mir (1872). Travels in Central Asia by Meer Izzut-oollah in the Years 1812-13 [Perjalanan di Asia Tengah oleh Izzatullah pada Tahun 1812–1813] (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Henderson, Philip Durham. Kolkata, India: Foreign Department Press. m/s. 15. OCLC 48888851.
- ^ "Once-prized Tibetan mastiffs are discarded as fad ends in China" [Mastif Tibet yang pernah dihargai disingkirkan sebaik trend tamat di China]. The New York Times. World/Asia (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat. 18 April 2015. Dicapai pada 17 Januari 2024.
- ^ Li, Yinxia; Zhao, Xingbo; Pan, Zengxiang; Xie, Zhuang; Liu, H.; Xu, Yinxue; Li, Qifa (2011). "The origin of the Tibetan Mastiff and species identification of Canis based on mitochondrial cytochrome c oxidase subunit I (COI) gene and COI barcoding" [Asal usul mastif Tibet dan pengenalpastian spesies bagi Canis berdasarkan gen oksidase sitokrom c subunit I (COI) mitokondrion dan pengekodan palang COI]. Animal (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. 5 (12): 1868–1873. Bibcode:2011Anim....5.1868L. doi:10.1017/S1751731111001042. ISSN 1751-732X. PMID 22440462. S2CID 206336794.
- ^ Miao, Benpeng; Wang, Zhen; Li, Yixue (6 Disember 2016). Henn, Brenna M. (penyunting). "Genomic Analysis Reveals Hypoxia Adaptation in the Tibetan Mastiff by Introgression of the Gray Wolf from the Tibetan Plateau" [Analisis Genomik Mendedahkan Adaptasi Hipoksia pada Mastif Tibet melalui Introgresi Serigala Kelabu dari Penara Tibet]. Molecular Biology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 34 (3): 734–743. doi:10.1093/molbev/msw274. ISSN 1537-1719. PMID 27927792. S2CID 47507546.
- ^ Signore, Anthony V.; Yang, Ying-Zhong; Yang, Quan-Yu; Qin, Ga; Moriyama, Hideaki; Ge, Ri-Li; Storz, Jay F. (30 Julai 2019). Wilke, Claus O. (penyunting). "Adaptive Changes in Hemoglobin Function in High-Altitude Tibetan Canids Were Derived via Gene Conversion and Introgression" [Perubahan Adaptasi Fungsi Hemoglobin pada Canid Altitud Tinggi Tibet Diterbitkan melalui Penukaran Gen dan Introgresi]. Molecular Biology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 36 (10): 2227–2237. doi:10.1093/molbev/msz097. ISSN 1537-1719. PMC 6759075. PMID 31362306. S2CID 198998171.
- ^ Wang, Ming-Shan; Wang, Sheng; Li, Yan; Jhala, Yadvendradev Vikramsinh; Thakur, Mukesh; Otecko, Newton O.; Si, Jing-Fang; Chen, Hong-Man; Shapiro, Beth Alison; Nielsen, Rasmus; Zhang, Yaping; Wu, Dong-Dong (11 Mei 2020). Parsch, John (penyunting). "Ancient Hybridization with an Unknown Population Facilitated High-Altitude Adaptation of Canids" [Penghibridan Purba dengan Populasi yang Tidak Diketahui Memudahkan Adaptasi Altitud Tinggi bagi Canid]. Molecular Biology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 37 (9): 2616–2629. doi:10.1093/molbev/msaa113. ISSN 1537-1719. PMID 32384152. S2CID 218562299.
- Alderton, David (1984). The Dog: The Most Complete, Illustrated, Practical Guide to Dogs and Their World [Anjing: Panduan Amali Berilustrasi Paling Lengkap untuk Anjing dan Dunianya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Macdonald. ISBN 9780356104430. OCLC 12103529.
- Fogle, Bruce (1 September 2000). The New Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Baharu Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780789461308. OCLC 43615283.
- Messerschmidt, Donald Alan (2010). Discovering the Big Dogs of Tibet and the Himalayas: A Personal Journey [Menemukan Anjing Besar di Tibet dan di Himalaya: Perjalanan Peribadi] (dalam bahasa Inggeris). Orchid Press. ISBN 9789745241305. OCLC 793187238.
- Ni, Zhengzhu (2006). 真实的藏獒 [Mastif Tibet Sejati] (dalam bahasa Cina) (ed. ke-1). Beijing, China: 国际文化出版公司. ISBN 9787801735355. OCLC 229909428.
- Palmer, Joan (1994). The Illustrated Encyclopedia of Dog Breeds [Ensiklopedia Berilustrasi Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Edison, New Jersey, Amerika Syarikat: Wellfleet Press. ISBN 9780785800309. OCLC 53905699.
- Pugnetti, Gino (15 November 1980). Schuler, Elizabeth Meriwether (penyunting). Simon & Schuster's Guide to Dogs [Panduan Simon & Schuster untuk Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. ISBN 9780671255275. OCLC 778984341.
- "Tibetan mastiff, 'Big Splash', becomes world's most expensive dog" [Mastif Tibet, 'Big Splash', jadi anjing paling mahal di dunia]. The Huffington Post (dalam bahasa Inggeris). 25 Mei 2011. Dicapai pada 9 Januari 2024.
- "World's most expensive dog costs a million pounds" [Anjing paling mahal di dunia berharga sejuta paun]. Sify (dalam bahasa Inggeris). IANS. 16 Mac 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2011. Dicapai pada 9 Januari 2024.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mastif Tibet |
Wikiberita mempunyai berita berkaitan: Four new breeds in the Westminster Kennel Club Dog Show |
- Tibetan mastiff craze sweeps China (dalam bahasa Inggeris)—persembahan slaid oleh The Huffington Post
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Mongolia
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Tibet Standard
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Nepal (bahasa makro)
- Rencana Wikipedia memerlukan petikan bilangan muka surat dari Jun 2020
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari Januari 2024
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari September 2022
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari Januari 2021
- Baka anjing
- Baka anjing berasal dari China
- Baka anjing berasal dari Tibet
- Baka FCI
- Anjing penjaga haiwan ternakan