Filem Bintang Hati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini adalah mengenai filem lakonan Amy Mastura. Untuk album keempatnya dengan judul sama, sila lihat Bintang Hati (album 2000).
Bintang Hati
Bintang hati 01.jpg
Poster keluaran tayangan
Pengarah Aziz M. Osman
Penerbit Gayatri Su-Lin Pillai
Penulis
  • Aziz M. Osman (lakon layar)
  • Amy Mastura (cerita)
Dibintangi oleh
Syarikat
produksi
Pengedar Golden Screen Cinemas
Mula ditayangkan
25 Mac 2004 (2004-03-25)(Malaysia)
Tempoh tayangan
103 minit
Negara Malaysia
Bahasa Melayu

Bintang Hati ialah sebuah filem drama komedi muzikal romantik Malaysia 2004 arahan Aziz M. Osman terbitan Tayangan Unggul.[1] Filem ini dibintagi oleh Amy Mastura yang memegang dua watak, Syakila dan Tasha. Dinamakan sempena tajuk album keempat Amy dengan judul sama yang dikeluarkan pada 2000, ia mengisahkan tentang kehidupan dunia artis. Filem ini ditayangkan pada 25 Mac 2004.[2][3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Walaupun bergelar penyanyi terkenal, Syakila tidak berpuas hati kerana belum dapat mengatasi populariti penyanyi Jelly. Lagu-lagu nyanyian Jelly mengatasi lagu nyanyian Syakila dalam carta lagu top ten. Sikap ego dan tidak berdisiplin Syakila sering mendatangkan masalah pada Tasya, pengurus Syakila. Tasya terpaksa mengatasi dan menutup kelemahan Syakila untuk tidak menjejaskan kedudukkannya sebagai penyanyi kesayangan. Satu ketika Jun, seorang penggubah, dipertanggungjawab menyiapkan sebuah lagu untuk Syakila. Malangnya Syakila enggan bekerjasama sedangkan Jun perlu menyerahkan pita lagu pada penerbit album Fazli secepat mungkin. Untuk mengatasi kebuntuan, Jun terpaksa merakamkan lagu mengunakan suara Tasya. Sebaik saja mendengar rakaman demo, Fazli mengarahkan anak buahnya mengedarkan lagu terbaru Jun itu (berjudul Sesedang) serta merta. Jun tidak berkesempatan memberitahu lagu tersebut sebenarnya adalah nyanyian Tasya, bukan Syakila. Lagu Sesedang berjaya memasuki carta lagu popular dan akhirnya mengatasi lagu nyanyian Jelly. Anehnya Syakila sendiri percaya lagu Sesedang adalah hasil rakaman suaranya. Fazli mengarahkan Tasya mengatur promosi road tour ke seluruh Malaysia untuk Syakila. Walau dalam dilema, Tasya cuba mengatur strategi agar pembohongan tidak terbongkar.

Sepanjang pertunjukkan promosi, Syakila mengunakan teknik suara latar (tanpa perlu menyanyi secara langsung). Road tour 'Sesedang' turut disertai seorang wartawan hiburan bernama Izad. Syakila mengambil kesempatan untuk memikat Izad. Di dalam salah satu acara promosi, Syakila telah dikerumuni para peminatnya yang fanatik. Syakila menyalahkan pengurusan Tasya yang tidak menyediakan bodyguard untuk mengawal keselamatannya. Izad membantu dengan menawarkan anak-anak buahnya (kumpulan Spider) untuk menjadi bodyguard Syakila. Mulai detik itu, road tour 'Sesedang' berjalan lancar dan terkawal. Hubungan Izad dan Tasya juga menjadi semakin mesra. Syakila cemburu dengan keintiman mereka dan mahu pastikan Tasya tersingkir dari road tournya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Amy Mastura melakonkan dua watak sebagai Syakila dan Tasha dalam filem ini, yang juga hasil cetusan idea beliau.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Bintang Hati diarahkan oleh Aziz M. Osman yang sebelum ini mengarahkan beberapa filem termasuk XX Ray, Femina, Baginda, Puteri Impian dan Senario The Movie. Tajuk filem ini diperoleh daripada tajuk album dan lagu nyanyian Amy Mastura dengan judul sama.

Amy diberikan dua peranan, iaitu Syakila dan Tasha; beliau juga berkhidmat sebagai penulis cerita. Penggambaran dijalankan selama dua bulan bermula 30 Januari 2003 sehingga 13 Mac 2003. Kumpulan rock Spider, yang sebelum ini membintangi telefilem Gosok memegang peranan penjual burger. Penyanyi Anuar Zain, memegang watak Izad, seorang wartawan hiburan; Bintang Hati merupakan filem keduanya selepas Soal Hati (2001). Pelakon lain termausk Jaafar Onn, Saiful Apek, Fasha Sandha dan Umie Aida. Lagu "Sesedang" diterbitkan khas untuk filem ini, namun tidak dimuatkan dalam album Bintang Hati.

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "Bintang Hati" — Amy Mastura
  • "Sesedang"[a] — Amy Mastura
  • "Gosok" — Spider
  • "Nazraku" — Spider
  • "Andai" — Amy Mastura & Anuar Zain

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sesedang" tidak dimuatkan dalam album Bintang Hati, sebaliknya ia diterbitkan khas untuk filem ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bintang Hati". Filemkita.com. Dicapai 8 November 2012. 
  2. ^ Abdul Aziz Itar (6 Mac 2004). "Bintang Hati dedah realiti kehidupan artis". Utusan Malaysia. Dicapai 8 November 2008. 
  3. ^ "Bintang Hati - Isyarat kejayaan". Utusan Malaysia. 4 April 2004. Dicapai 8 November 2008. 
  4. ^ Abdul Aziz Itar (26 Mac 2004). "Amy Mastura - Antara Tasha dan Syakila". Utusan Malaysia. Dicapai 8 November 2008. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]