XX Ray III

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
XX Ray III
PengarahAziz M. Osman
PenulisAziz M. Osman
Dibintangi
Sinematografi
  • Aryo Pingit
  • Ramli Long
Disunting olehAziz M. Osman
Muzik olehTrabye
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehEmpire Film Solutions
Tarikh tayangan
  • 24 Januari 2019 (2019-01-24) (Malaysia)
Durasi tayangan
109 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM2.5 juta
Pecah panggungRM1.1 juta

XX Ray III merupakan sebuah filem cereka sains Malaysia 2019 araham Aziz M. Osman dan dibintangi oleh Izzue Islam. Filem ini merupakan sekuel bagi filem XX Ray II (1995) dan filem terakhir dalam trilogi XX Ray.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang tiga anak muda iaitu Rayyan (pelajar fizik), Sam (pelajar kejuruteraan zarah) dan Lana (pekerja rahsia syarikat perindustrian yang berpengkalan di Jordan (sempadan Israel) dalam misi untuk menyelamatkan kerajaan Malaysia daripada disabotaj oleh seorang hartawan muda, Rosman yang mengancam untuk mengulangi insiden kehilangan kuasa tenaga elektrik di seluruh negara yang pernah berlaku pada Ogos 1996.

Insiden tersebut disebabkan wormhole yang menyerap kuasa utama tenaga elektrik dari stesen jana kuasa di Paka, Terengganu. Lohong ulat terjadi adalah berpunca dari sebuah probe yang tidak dikenali dari angkasa lepas. Bapa Rosman, Tan Sri Ismail telah mengambil probe tersebut dan menyembunyikannya. Hakikatnya probe tersebut adalah salah satu daripada ribuan probe yang diprogramkan untuk membuka stargate terbesar dan menyerap tenaga matahari untuk dihantar semula ke alam semesta lain.

Ketiga-tiga anak muda itu kemudiannya mencari buku nota yang ditulis oleh Profesor Amir (seorang tokoh ‘urban legend’) yang dipercayai mempunyai jawapan untuk mengawal probe berkenaan dan seterusnya menyelamatkan sistem solar.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penampilan kameo[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pengarah filem ini, Aziz M. Osman mula membayangkan penghasilan bagi filem ini pada tahun 2011.[1] Beliau mengambil masa selama 20 tahun sebelum mengambil keputusan untuk menulis sekual filem XX Ray 2 kerana ingin memastikan plot dan jalan cerita ditampilkan segar dan tidak ketinggalan zaman. Dia juga akan menggunakan kepakaran tenaga kerja tempatan untuk melakukan teknik janaan imej berkomputer (CGI).[2] Pencarian bagi teraju utama dan penghasilan skrip filem ini telah dimulakan pada bulan Jun 2015.[3][4]

Proses penggambaran bagi filem ini bakal dilakukan di Johor Bahru.[5] Pada 26 November 2015, Izzue Islam telah disahkan bakal memegang watak utama bagi filem ini.[6] Filem ini merupakan filem sains fiksyen yang pertama dibintanginya.[7]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Teaser pertama filem ini telah dimuatnaik ke Youtube pada 30 Mac 2016.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Aziz M Osman Rancang Filem XX Ray III?". Rotikaya.com. 12 Disember 2011. Dicapai pada 2015-11-28.
  2. ^ Azizi, Mohd Al Qayum (12 Ogos 2015). "Aziz M Osman Bakal Terbitkan Sekual 'XX Ray 3'". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-14. Dicapai pada 28 November 2015.
  3. ^ "Aziz M Osman Umum Pembikinan Sekuel XX Ray, Cari Hero Baru". My News Hub.com. 3 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-21. Dicapai pada 28 November 2015.
  4. ^ Ahmad, Azzyati (3 Jun 2015). "Aziz M Osman cari hero baharu bintangi filem XX Ray III". Astro Awani. Dicapai pada 28 November 2015.
  5. ^ "Sekuel XX-Ray Kembali". Kafe Buzz.my. 26 November 2015. Dicapai pada 2015-11-28.
  6. ^ Naseer, Ashraff (27 November 2015). "Izzue Islam diberi watak utama dalam "XX-Ray 3"". Cinema Online. Dicapai pada 2015-11-28.
  7. ^ Mohd, Ina (26 November 2015). "Aziz M.Osman Pilih Izzue Islam Untuk Watak Utama XX-Ray 3". Astro Awani. Sinar FM. Dicapai pada 2015-11-28.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]