My Spy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem My Spy)
My Spy
Poster promosi
PengarahAfdlin Shauki
PenulisAmir Hafizi
Lakon layarAfdlin Shauki
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiHelmi Yusof
Disunting oleh
  • Mohd Elmy Khalim
  • Wan Hafiz
  • Aizam Syamsul Aksan
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 3 Disember 2009 (2009-12-03) (Malaysia)
Masa tayangan
94 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2 juta
Pecah panggungRM 1.19 juta

My Spy ialah sebuah filem aksi komedi Malaysia 2009 arahan Afdlin Shauki dengan lakon layar oleh Afdlin dan Amir Hafizi terbitan KRU Studios, dibintangi oleh AC Mizal, Harun Salim Bachik, Ridzuan Hashim, Hannah Tan, Carmen Soo dan Daphne Iking. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 3 Disember 2009.[1][2][3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

AJ (AC Mizal) ialah seorang yang liar dan buta warna. Salleh (Harun Salim Bachik) pula seorang pesara polis yang cuba menjual rekaannya kepada Polis Diraja Malaysia. Kedua-duanya membenci satu sama lain. Namun, penyiasat-penyiasat persendirian ini harus bergabung tenaga untuk menyelesaikan kes terbesar mereka. AJ dan Salleh akan berdepan dengan seorang Datuk O (Ridzuan Hashim) yang korup, pencuri dan pembunuh kembar, setiausaha yang seksi dan sebuah sindiket pencuri hasil seni.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

AC Mizal sebagai AJ
Harun Salim Bachik sebagai Salleh
Hannah Tan sebagai Maria

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

My Spy diarahkan oleh Afdlin Shauki yang sebelum ini mengarahkan beberapa filem komedi termasuk Buli (2004), Baik Punya Cilok (2005) dan Sumolah (2007). Untuk filem ini, Afdlin menulis skrip bersama Amir Hafizi dan menumpukan perhatian kepada tugas mengarah yang memerlukan beliau untuk tidak berlakon.[4][5]

AC Mizal dan Harun Salim Bachik yang sebelum ini bekerja di bawah arahan Afdlin menerusi Baik Punya Cilok, memegang watak utama.[6][7] Penyanyi, Hannah Tan memegang watak setiausaha seksi bernama Maria, My Spy ialah filem pertama lakonannya. Hannah mengakui tidak pernah berlakon di bawah arahan Afdlin, namun menyifatkannya sebagai seorang yang profesional dan sering memberi semangat kepadanya.[8] Carmen Soo yang sebelum ini berlakon dalam Baik Punya Cilok arahan Afdlin, memegang watak sebagai Jade. Carmen meluahkan rasa gembiranya apabila sekali lagi bekerja bawah arahan Afdlin dan apa yang penting baginya ialah keserasian.[9]

Ridzuan Hashim, Mamat Khalid, Que Haidar, Jalil Hamid, Adlin Aman Ramlie dan Aziz M. Osman membuat penampilan khas. Bekas alumni Akademi Fantasia, Adam dan Stacy menyanyikan lagu tema filem ini yang bertajuk "Menggegar Dunia" hasil nukilan Edry Abdul Halim.[10]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

My Spy dikeluarkan pada 3 Disember 2009, dua bulan selepas filem Papadom, juga arahan Afdlin dikeluarkan.[11][12] Filem ini meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.19 juta semasa tayangan perdana rasminya.[13]

Zubir Mohd Yunos, menulis untuk Berita Minggu menganggap filem ini "100 peratus untuk ketawa".[14] Mengulas untuk Cinema Online, Lai Swee Wei menilai bahawa filem ini mempunyai "banyak sindiran seksual yang ada kalanya lucu atau dibesar-besarkan jauh melebihi hadnya, seperti adegan bagaimana sesi mengambil gambar lukisan yang ringkas boleh menjadi bunyi seperti rakaman lucah". Beliau berpendapat adegan aksi dan kesan CGI dalam My Spy hampir tidak meyakinkan selain kelihatan tidak menarik perhatian secara keseluruhan.[15]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2010 Festival Filem Malaysia ke-23 Filem Komedi Terbaik My Spy Menang
Pereka Kostum/Busana Terbaik Nasirah Rahman Tercalon
Lagu Tema Asal Terbaik "Menggegar Dunia" Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (9 November 2009). "My Spy dijamin amat kelakar". Berita Harian. Dicapai pada 5 November 2009.
  2. ^ Tengku Elena Tengku Mahamad (2 November 2009). "Look out for My Spy" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 5 November 2019.
  3. ^ Tengku Elena Tengku Mahamad (3 Disember 2009). "Spy-smart it's not" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 5 November 2019.
  4. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (25 November 2009). "'Memang nak buat orang gelak'". Berita Harian. Dicapai pada 5 November 2019.
  5. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (5 Disember 2009). "Sentuhan berbeza Afdlin". Berita Harian. Dicapai pada 5 November 2019.
  6. ^ Elrafaei Sapi (9 Disember 2009). "Gandingan Harun, AC daya penarik My Spy". Harian Metro. Dicapai pada 5 November 2019.
  7. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (3 Disember 2009). "Lara Croft Malaysia". Berita Harian. Dicapai pada 5 November 2019.
  8. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamad (13 Disember 2009). "Hannah T jadi ejen polis". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Januari 2010. Dicapai pada 5 November 2011.
  9. ^ Shazryn Mohd Faizal (18 Disember 2009). "Carmen serasi dengan Afdlin". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2009. Dicapai pada 5 November 2011.
  10. ^ Zubir Mohd Yunos (22 November 2009). "Adam & Stacy sekepala tapi tak serasi". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2010. Dicapai pada 5 November 2011.
  11. ^ "Menjengah pawagam". Berita Minggu. 22 November 2009. Dicapai pada 5 November 2019.
  12. ^ Zubir Mohd Yunos (8 November 2009). "Berjenaka cara 1Malaysia dalam My Spy". Berita Minggu. Dicapai pada 5 November 2019.
  13. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (10 Disember 2009). "Puas hati tarikan My Spy". Berita Harian. Dicapai pada 5 November 2019.
  14. ^ Zubir Mohd Yunos (29 November 2009). "100 peratus untuk ketawa". Berita Minggu. Dicapai pada 5 November 2019.
  15. ^ Lai Swee Wei (24 November 2009). "Movie review: My Spy" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 5 November 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]