Hubungan Belarus–Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Belarus–Malaysia
Peta menunjukkan lokasi Belarus dengan Malaysia

Belarus

Malaysia

Hubungan Belarus–Malaysia merujuk kepada hubungan luar negeri dua hala antara Belarus dengan Malaysia. Kedua-dua negara tidak menempatkan duta besar sesama sendiri. Perihal diplomatik Belarus di Malaysia ditempatkan di kedutaan Jakarta, Indonesia.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah antara kedua-dua negara telah ditubuhkan sejak 5 Mac 1992 dengan hubungan tertumpu dalam kerjasama ekonomi.[1] Pada Februari 2003, Menteri Luar Negeri Belarus Mikhail Khvostov menyertai Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-13 di Kuala Lumpur, Malaysia.[2]

Hubungan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Eksport utama Belarus termasuk potasy dan baja nitrogen, dengan import utama dari Malaysia ialah getah, lampu dan tiub, biji koko, televisyen, papan dan projektor video serta radio.[1] Kini, Belarus berhasrat dalam mengukuhkan pertalian perdagangan dan pelaburan,[3] dan Belarus juga ingin meningkatkan eksport baja potasy dan tayar ke Malaysia.[4] Pada 2013, Pameran Kebangsaan Belarus telah dilancarkan di Malaysia untuk menampilkan produk berteknologi tinggi dan inovatif Belarus.[5] Wilayah Belarus Minsk telah mengumumkan hasratnya untuk membangunkan kerjasama dengan Sabah, dengan pihak Belarus berkata bahawa hubungan dalam semua bidang antara kedua-dua negara perlu berkembang lebih aktif, termasuk secara setempat.[6]

Hubungan keselamatan[sunting | sunting sumber]

Malaysia juga sedang mencari kerjasama ketenteraan dengan Belarus untuk membaiki pesawat tenteranya.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Bilateral relations with Malaysia". Embassy of Belarus in Indonesia. Dicapai pada 26 Januari 2014.
  2. ^ "Minister of Foreign Affairs of Belarus Sergei Martynov Visits Malaysia". Ministry of Foreign Affairs, Belarus. 25 July 2007. Dicapai pada 26 Januari 2014.
  3. ^ "Belarus Keen To Expand Trade, Investment Ties With Malaysia". Bernama. 8 Ogos 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Februari 2014. Dicapai pada 26 Januari 2014.
  4. ^ "Belarus seeks to increase export of potash fertilizers, tires to Malaysia". Belarusian Telegraph Agency. 25 Oktober 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2014. Dicapai pada 26 Januari 2014.
  5. ^ "Belarus National Exposition opened in Malaysia". Embassy of Belarus in Indonesia. 9 Mei 2013. Dicapai pada 26 Januari 2014.
  6. ^ "Belarus and Malaysia planning to develop relations with greatest activity". Belarusian Television Channel CTV. 20 Disember 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2017. Dicapai pada 14 Disember 2017.
  7. ^ "Malaysia Seeks Belarusian Partner For Military Aircraft Repairs". Defense World.net. 22 Disember 2016. Dicapai pada 14 Disember 2017.