Hubungan Malaysia–Maldives

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Malaysia–Maldives
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan Maldives

Malaysia

Maldives
Misi diplomatik
Suruhanjaya Tinggi Malaysia, ColomboSuruhanjaya Tinggi Maldives, Kuala Lumpur
Duta
Pesuruhjaya Tinggi Tan Yang ThaiPesuruhjaya Tinggi Visam Ali

Hubungan Malaysia–Maldives merujuk kepada hubungan luar negeri antara Malaysia dengan Maldives. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo, Sri Lanka ditugaskan bagi pihak Maldives,[1] sementera Maldives memiliki Suruhanjaya Tinggi di Kuala Lumpur.[2] Kedua-dua negara merupakan ahli Negara-Negara Komanwel dan Pertubuhan Kerjasama Islam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua negara ialah bekas ahli Empayar British, dengan hubungan antara kedua-dua negara mula terjalin pada 1968.[1] Malaysia menjadi salah satu ahli-ahli penting dan ketara dalam pembangunan Maldives.[3] Pada 1994 dan 2012, perjanjian perkhidmatan udara dan perundangan telah ditandatangani.[3][4] Pada 2013, Presiden Maldives Mohammed Waheed melawat bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.[5]

Hubungan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Malaysia ialah antara rakan-rakan import utama Maldives,[6] dan banyak orang Maldivian melanjutkan pelajaran di Malaysia.[7] Syarikat penerbangan utama Malaysia, Air Asia menjalani penerbangan berjadual antara kedua-dua negara.[8] Di samping itu, Maldives juga giat dalam kerjasama dengan Malaysia untuk membesarkan industri pelancongannya.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Maldives & Malaysia". Maldives High Commission – Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2014. Dicapai pada 27 Januari 2014.
  2. ^ "High Commission in Malaysia". Ministry of Foreign Affairs, Maldives. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2015. Dicapai pada 27 Januari 2014.
  3. ^ a b "BILATERAL RELATIONS". Maldives High Commission – Malaysia. Dicapai pada 27 Januari 2014.
  4. ^ Nazran Mohd Sham (30 November 2012). "MEMORANDUM SIGNED BETWEEN MALAYSIA AND THE REPUBLIC OF MALDIVES ON LEGAL COOPERATION ACTIVITIES". Malaysia's Attorney General's Chambers. Dicapai pada 27 Januari 2014.
  5. ^ "President meets with former Prime Minister of Malaysia Dr Mahathir Mohamed". The President's Office, Maldives. 1 Januari 2013. Dicapai pada 27 Januari 2014.
  6. ^ "Maldives Major Trade Partners". Bridgat. Dicapai pada 27 Januari 2014.
  7. ^ "More Maldives Students To Study In Malaysia". Miadhu. 21 May 2010. Dicapai pada 27 Januari 2014.
  8. ^ "Malaysia's Air Asia proposes to commence flights to Maldives". Sun.mv. 18 Jun 2013. Dicapai pada 27 Januari 2014.
  9. ^ "Maldives participates at WITM - Malaysia". Visit Maldives. 3 Jun 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 June 2012. Dicapai pada 27 Januari 2014.