Hubungan Malaysia–Mongolia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Malaysia–Mongolia
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan Mongolia

Malaysia

Mongolia

Hubungan Malaysia–Mongolia merujuk kepada hubungan dua hala antara Malaysia dan Mongolia. Kedua-dua negara kini tidak mempunyai duta besar di kedua-dua negara. Malaysia memiliki konsulat terhormat di Ulaanbaatar,[1] dan konsulat terhormat Mongolia di Bangkok ditugaskan bagi hal-ehwal Malaysia.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah terjalin pada 8 September 1971.[3] Sejak 1994, beberapa lawatan telah dibuat oleh Mongolia; bekas Perdana Menteri Puntsagiin Jasrai membuat lawatan pada 1994, Menteri Luar Negeri Luvsangiin Erdenechuluun pula pada 2002, dan seorang lagi bekas Perdana Menteri Nambaryn Enkhbayar pada 2003 semasa Sidang Kemuncak NAM ke-13. Lawatan oleh Malaysia hanya pernah dibuat oleh bekas Menteri Luar Syed Hamid Albar pada 2003.[4]

Pembunuhan Altantuya Shaariibuu[sunting | sunting sumber]

Mongolia tidak lagi diwakili sebarang duta ke Malaysia sejak 2006 berikutan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu hingga 2014 sebagai memenuhi keperluan pelajar Mongolia di Malaysia.[5]

Pada 18 Mei 2018, presiden Mongolia Khaltmaagiin Battulga telah menggesa Perdana Menteri baharu Mahathir Mohamad untuk membuka semula siasatan kes pembunuhan ini. Dalam ucapan tahniah kepada Mahathir, Battulga menyifatkan pembunuhan 2006 sebagai satu "jenayah berat."[6][7][8][9] Pada Julai 2018, Malaysia sedang bekerja untuk menghidupkan semula hubungan dengan Mongolia.[10]

Hubungan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Satu perjanjian tentang penghapusan cukai berganda dan pencegahan pengelakan fiskal telah ditandatangani sejak 1995.[11][12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Official Website of Embassy of Malaysia, Beijing". Kementerian Luar Negeri Malaysia. Dicapai pada 23 Mei 2014.
  2. ^ "Diplomatic and Consular Mission (Mongolia)". Ministry of Foreign Affairs, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2014. Dicapai pada 23 Mei 2014.
  3. ^ "List of States with Diplomatic Relations — Malaysia". InfoMongolia.com. Dicapai pada 23 Mei 2014.
  4. ^ "Malaysia – Mongolia". Ministry of Foreign Affairs, Malaysia. Dicapai pada 23 Mei 2014.
  5. ^ "Mongolia considers re-establishing Embassy in Malaysia". English News Mongolia. 15 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2017. Dicapai pada 23 Mei 2014.
  6. ^ "Mongolian president calls on Dr M to seek justice for Altantuya". Malaysiakini. 2018-05-18.
  7. ^ "Dr Mahathir should reopen Altantuya case, says Mongolia's President". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-18.
  8. ^ Auto, Hermes (2018-05-19). "Mongolian president urges Malaysia to reopen Altantuya murder case". www.straitstimes.com (dalam bahasa Inggeris).
  9. ^ "Mongolian president urges Malaysia to reopen 2006 model murder case". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-19.
  10. ^ Bernama (2018-07-03). "Envoy: Malaysia seeks to revive relationship with Mongolia". Malaysiakini.
  11. ^ "AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF MALAYSIA AND THE GOVERNMENT OF MONGOLIA FOR THE AVOIDANCE OF DOUBLE TAXATION AND THE PREVENTION OF FISCAL EVASION WITH RESPECT TO TAXES ON INCOME" (PDF). Inland Revenue Board of Malaysia. 27 Julai 1995. Dicapai pada 23 Mei 2014.
  12. ^ "BETWEEN THE GOVERNMENT OF MONGOLIA AND THE GOVERNMENT OF MALAYSIA FOR THE AVOIDANCE OF DOUBLE TAXATION AND THE PREVENTION OF FISCAL EVASION WITH RESPECT TO TAXES ON INCOME" (PDF). Integrated Financial Services, Mongolia. 27 Julai 1995. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 Februari 2013. Dicapai pada 23 Mei 2014.