Hubungan Malaysia–Thailand
Hubungan Malaysia-Thailand merujuk kepada hubungan politik, ekonomi dan sosial di antara dua negara, Malaysia dan Thailand, yang berkongsi sempadan daratan dan lautan. Malaysia mempunyai kedutaan di Bangkok, manakala Thailand mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur.
Persamaan dan perbezaan
[sunting | sunting sumber]Saiz negara Thailand jauh lebih besar daripada Malaysia. Thailand terletak di utara Malaysia. Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Patani, Yala dan Narathiwat. Mereka juga berugama Islam dan pelancong Malaysia mudah mencari makanan halal.
Thailand menjajah utara Tanah Melayu
[sunting | sunting sumber]Hubungan dua negara ini telah wujud sejak penjajah British datang ke Tanah Melayu. Thailand melalui wakilnya pernah menjajah Tanah Melayu hingga ke pulau Singapura. Tamagi pernah menguasai Temasek / (Singapura) semasa Parameswara lari dari Palembang. Negeri Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu menghantar bunga emas sebagai bayaran ufti setiap tahun kepada Raja Siam. Hasil hubungan erat dengan negara China sebgai pelindung, Laksamana Zheng He bersama 35,000 laskar telah memberi amaran agar Siam tidak mengganggu kemajuan ekonomi dan politik kerajaan Melaka.
Namun dari semasa ke semasa, Siam masih mencatur utusan pentadbiran di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kedah terpaksa meminta bantuan Kapten Francis Light agar tentera British membantu Kedah menghadapi serangan Siam. Namun British mungkin janji malah British merampas pula Province Wellesley.
Jepun gunakan Siam menyerang Tanah Melayu
[sunting | sunting sumber]Kerajaan Siam dengan 'lapang dada' membuka laluan daratannya kepada tentera Jepun untuk menyerang Tanah Melayu pada 1941. Dengan demikian Siam terlepas dari cengkaman dan serangan tentera Jepun.
Perjanjian damai antara Indonesia-Malaysia ditandatangani di Bangkok setelah Indonesia melancarkan operasi Ganyang Malaysia.
Sumber buruh jelapang padi
[sunting | sunting sumber]Apabila jelapang padi di Kedah-Perlis berhadapan masalah buruh menyabit padi ketika padi masak serentak, buruh dari selatan Thailand telah diambil bekerja. Mereka memang mahir dalam mengerjakan sawah padi dari mula menanam padi, menyabit padi dan seterusnya membanting padi. Bagi mengatasi masalah ini, jentuai telah digunakan.
Beras Siam memang terkenal di Malaysia kerana lebih panjang, sedap dan wangi. Syarikat BERNAS diberi tanggungjawab mengimport padi dari Thailand, Vietnam, China dan lain-lain. Thailand juga membekalkan buah-buahan seperti durian Siam, mangga, laici, mata kucing, ramunia dan lain-lain. Ada juga barangan murah seperti seluar jeans, periuk, pinggan-mangkuk, bekas basuh tangan dan lain-lain. Pada suatu ketika, Padang Besar, Langkawi, Bukit Kayu Hitam, Rantau Panjang, Wang Kelian dan Betong dan lain-lain menjadi lokasi keluar masuk barangan murah dari Thailand ke Malaysia. Pelancong dari Malaysia dibenarkan masuk ke dalam negara Thailand dalam lingkungan 1 - 5 km tanpa perlu visa dan pasport antarabangsa. Satu ketika pasport terhad digunakan oleh penduduk sempadan untuk pergi ke Thailand.
Dua warganegara
[sunting | sunting sumber]Malaysia dan Thailand berkongsi sempadan yang sama. Sungai Golok menjadi sempadan semula jadi antara Kelantan dengan Takbai di Selatan Thailand. Mereka yang duduk di sempadan memiliki dua kerakyatan. Di samping memiliki kad pengenalan Thailand, dalam masa yang sama mereka menjadi rakyat Malaysia. Penduduk Kelantan, Perlis, Kedah mempunyai sanak-saudara di Yala, Narathiwat, Pattani dan sebagainya. Kebanyakan mereka ini berugama Islam dan amat senang dengan pentadbiran dan persekolahan serta kehidupan beragama di Malaysia. Dasar pentadbiran di Thailand lebih condong kepada sistem agama Buddha, bahasa Siam dan mengamalkan sistem beraja berasaskan Raja Bhumibol.
Soal kewarganegaraan ini menjadi isu besar dari semasa ke semasa. Mereka enggan melepaskan dua kerakyatan kerana menjadi sumber pendapatan mereka sebagai pengedar barangan, penyeludup beras melalui sungai dan kereta api. Ada di antara mereka menjual barangan dari rumah ke rumah di kawasan pedalaman Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Penyeludupan dadah dan manusia
[sunting | sunting sumber]Satu ketiga, kawasan 'Golden Triangle' yang dikuasai oleh Khunsa di sempadan Laos, Thailand dan Kemboja menjadi sumber bunga popi yang penting. Dadah ini diseludup ke Malaysia dengan mudah kerana banyaknya lorong tikus di sempadan. Beberapa bahagian di sempadan telah dibina tembok tinggi tetapi masalah dadah masih belarutan.
Buruh dari Myanmar terutama Rohingya diseludup ke Malaysia. Malahan penduduk dari Afghanistan dan Pakistan yang hendak ke Australia telah menggunakan Thailand dan Malaysia sebelum ke Indonesia dan seterusnya ke Australia.
Krisis Selatan Thailand
[sunting | sunting sumber]Selatan Thailand sentiasa bergolak. Komunis menggunakan kawasan sempadan untuk bersembunyi kerana lebih selamat. Ramai penduduk di sempadan terpengaruh dengan dakyah komunis. Apabila pengaruh komunis semakin menurun di seluruh dunia, Perjanjian Haadyai telah ditandatangani pada 1989. Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Thailand setuju berdamai.
Selatan Thailand juga menjadi lubuk pejuang Islam yang ingin mendapatkan kemerdekaaan di Thailand. Apabila Al Qaeda mengembangkan pengaruh di Asia Tenggara, selatan Thailand memang menjadi lokasi terbaik untuk tujuan latihan dan bersembunyi. Nama-nama seperti Hisamuddin menjalankan dakyah dan operasi dari sana.
Kegiatan sosial dan kebudayaan
[sunting | sunting sumber]Alat muzik, nyanyian dan tarian di sempadan banyak dipengaruhi oleh budaya Siam. Antaranya ialah wayang kulit Siam, tok selampit, Awang Belanga dan lain-lain.
Makanan ala Siam banyak terdapat di Malaysia seperti mi Siam, tomyam dan lain-lain. Sebenarnya tukang masak di gerai dan restoran yang berlambak di Malaysia berasal dari Thailand.
Pelancong pergi ke Haadyai untuk mendapatkan khidmat pelacur di samping melancong. Pelancong Malaysia juga suka pergi pulau Phuket dan Songkla kerana pantainya yang cantik memukau. Penduduk Thailand ramah tamah dan mampu menarik kedatangan pelancong euruh dunia terutama dari Malaysia.