Hubungan luar negeri Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Malaysia merupakan sebuah anggota yang giat dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa, termasuk Negara-negara Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Persidangan Islam, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali. Dewasa ini Malaysia juga giat menyokong kerjasama serantau.

Dasar luar 1957–1969[sunting | sunting sumber]

Malaysia merupakan ahli Komanwel sejak tahun 1957, apabila memeterai Perjanjian Pertahanan Tanah Melayu-British (AMDA) bersama United Kingdom yang mana Britain menjamin pertahanan Malaya (dan kemudiannya Malaysia). Kehadiran tentera British dan negara Komanwel lain adalah penting untuk keselamatan negara ketika menghadapi darurat (19481960) dan Konfrontasi Indonesia (19621966) yang tercetus oleh penggabungan Tanah Melayu dengan jajahan-jahan British lain iaitu Singapura, Sarawak dan Borneo Utara untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963.

Jaminan pertahanan British tamat berikutan keputusan Britain untuk mengundurkan tenteranya dari kawasan timur Terusan Suez pada tahun 1967, lalu digantikan oleh [[]] 1971 with the Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) iaitu Britain, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura bersepakat untuk bekerjasam dalam bidang pertahanan, serta “berunding” sekiranya Malaysia atau Singapuara menghadapi ancaman. FPDA masih berkuat kuasa, dan kelima-lima negara terlibat mempunyai Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu kekal yang bertapak di markas RMAF Butterworth, serta menganjurkan latihan tentera laut dan udara setiap tahun.

Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman (sehingga tahun 1970), Malaysia mendukung dasar luar yang teguh menyokong Komanwel dan menentang komunis. Selain itu, Malaysia turut giat menentang dasar aparteid yang menyaksikan Afrika Selatan meninggalkan Komanwel pada tahun 1961, serta menjadi ahli perintis Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967 dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1969, yang mana Tunku menjadi Setiausaha Agung pertama pada tahun 1971.

Dasar luar sejak 1969[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 25 September 2003
Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, 3 Ogos 2018

Di bawah pimpinan Tun Abdul Razak di bawah , Malaysia mengalihkan dasarnya ke arah pendirian berkecuali. Pada tahun 1971, ASEAN mengeluarkan Deklarasi Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (Zone of Peace, Freedom and Neutrality, ZOPFAN) yang berfahamanan berkecuali dan anti-nuklear. Malaysia menyertai Pergerakan Negara-negara Berkecuali, dan pada 1974 mengiktiraf Republik Rakyat China.

Peralihan dasar ini diteruskan dan dikukuhkan oleh Mahathir bin Mohamad, yang mengetengahkan dasar regionalisme dan pro-Selatan dengan retorik yang adakalanya bernada anti-Barat. Beliau cuba menubuhkan sebuah Kumpulan Ekonomi Asia Timur sebagai alternatif kepada APEC, mengecualikan Australia, New Zealand dan benua Amerika. Sewaktu di bawah pimpinan beliau, Malaysia memeterai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan forum serantau ASEAN+3 bersama China, Jepun dan Korea Selatan.

Malaysia memandang kerjasama serantau sebagai asas dasar luarnya. Malaysia menjadi pendukung utama bagi perluasan keanggotaan ASEAN agar menyertakan Laos, Vietnam, dan Myanmar, atas alasan bahawa “urusan membina” bersama ketiga-tiga negara ini, terutamanya Myanmar, akan memacu perubahan politik dan ekonomi. Malaysia juga menganggotai kumpulan ekonomi G-15 dan G-77.

Walaupun Malaysia merupakan bekas koloni British, kepentingan ekonomi Jepun telah menyumbang kepada perubahan dasar luar negara dari Dasar Pro-Barat semasa zaman kolonial dan pasca-kolonial menjadi Dasar Pandang Ke Timur semasa pentadbiran Mahathir bin Mohamad.[1]

Menteri Luar Malaysia kini ialah Hishammuddin Hussein.

Keengganan Malaysia mengiktiraf Israel menjadi isu berikutan penyertaan Malaysia dalam angkatan pengamanan PBB berikutan krisis Israel-Lubnan 2006.

Penggabungan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Malaysia mengganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan kebanyakan agensi khususnya, termasuk UNESCO, Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa; Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara; Bank Pembangunan Asia, Perjanjian Pertahanan Lima Negara, Sidang Kemuncak Asia Tenggara (EAS), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), komanwel, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, dan Pertubuhan Persidangan Islam.

Pertikaian[sunting | sunting sumber]

Mongolia[sunting | sunting sumber]

Selepas hubungan berada di tahap “lesu” sejak beberapa tahun kebelakangan dan menjadi “dingin” berikutan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dekat Kuala Lumpur pada 2006. Pada 3 Julai 2018, Malaysia berminat untuk memperkukuhkan semula hubungan dua hala dengan Mongolia.[2]

Spratly[sunting | sunting sumber]

Malaysia menegaskan tuntuan kedaulatan terhadap Kepulauan Spratly bersama Republik Rakyat China, Republik China, Filipina, Vietnam, dan mungkin sekali Brunei. "Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan Dengan Laut China Selatan" yang dikeluarkan pada tahun 2002 meskipun meredakan ketegangan mengenai Kepulauan Spratly, namun bukannya tatasusila sah yang dikehendaki sesetengah pihak. Malaysia tidak terlibat dalam perjanjian sendi antara syarikat minyak kebangsaan Republik Rakyat China, Filipina dan Vietnam pada Mac 2005 dalam menjalankan kegiatan seismos marin di Kepulauan Spratly.

Ligitan, Sipadan and Ambalat[sunting | sunting sumber]

Keputusan ICJ mengenai tuntutan terhadap pulau-pulau Ligitan dan Sipadan, yang dituntut Indonesia dan Filipina, memihak kepada Malaysia tetapi sempadan maritimnya di Laut Sulawesi yang kaya dengan hidrokarbon masih dalam pertikaian, lalu menimbulkan konfrontasi pada Mac 2005 mengenai konsesi kepada blok minyak Ambalat.

Singapura[sunting | sunting sumber]

Singapura menjadi sebahagian Malaysia selama dua tahun (1963-65), sebelum akhirnya digesa Tunku untuk berpisah berikutan ketegangan antara kaum daripada kempen pilihan raya pada tahun 1964. Kini, masih wujudnya pertikaian antara Malaysia dan Singapura, termasuk mengenai harga penyaluran air mentah yang belum dirawat ke Singapura, tebus guna tanah Singapura yang menjejaskan persekitaran environmental di perairan Malaysia, jambatan baru untuk menggantikan Tambak Johor yang enggan dibiayai Singapura, sempadan maritim, pemajuan semula tanah-tanah KTM di Singapura, dan tuntutan Pulau Batu Putih. Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju agar pertikaian Pulau Batu Putih dihadapkan ke timbang tara ICJ.

Pattani[sunting | sunting sumber]

Keganasan di wilayah-wilayah selatan Thailand yang majoriti penduduknya beragama Islam mendorong Malaysia dan Thailand mengawasi sempadan antara kedua-dua negara. Kerajaan Malaysia pernah memberi perlindingan kepada pejuang Gerila Pattani (PULO) sebelum 11 September 2001 terutamanya di Kedah.

Sabah[sunting | sunting sumber]

Filipina masih memendam tuntutannya terhadap Sabah.

Limbang[sunting | sunting sumber]

Sempadan darat Malaysia dengan Brunei sekitar Limbang juga dipertikai. Pada tahun 2003, Brunei dan Malaysia menamatkan penerokaan gas dan minyak di kawasan pesisiran dan dasar laut yang dipertikai kedua-dua pihak. Rundingan juga menemui jalan buntu lalu mendorong kemungkinan penghukuman antarabangsa.

Senarai perwakilan asing di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai perwakilan-perwakilan asing di Malaysia.

A[sunting | sunting sumber]

  • Afghanistan Dr. Mohib Rahman Spingar (Duta)
  • Afrika Selatan Samkelisiwe Isabel Mhlanga (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Algeria Nasreddine Rimouche (Duta)
  • Amerika Syarikat Kamala Shirin Lakhdhir (Duta)
  • Arab Saudi Mahmud H.S Qattan (Duta)
  • Argentina Manuel Jose Balaguer Salas Morelli (Duta)
  • Australia Andrew Goledzinowski (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Austria Dr. Michael Postl (Duta)
  • Azerbaijan Qaley Allahverdiyev (Duta)

B[sunting | sunting sumber]

  • Bahrain Maram Anwar Jaafar Alsaleh (Charge d'Affaires)
  • Bangladesh Shahidul Islam (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Belanda Aart Jacobi (Duta)
  • Belgium Pascal Gregoire (Duta)
  • Bosnia-Herzegovina Emir Hadzikadunic (Duta)
  • Brazil Carlos Martins Ceglia (Duta)
  • Brunei Darussalam Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha (Pesuruhjaya Tinggi)

C-D[sunting | sunting sumber]

  • Chile Rodrido Perez (datuk)
  • China Bai Tian (Duta)
  • Colombia Mauricio González López (Duta)
  • Croatia Ivan Velimir Starčević (Duta)
  • Cuba Ibete Fernández Hernández (Duta)
  • Denmark Jesper Vahr (Duta)

E-F[sunting | sunting sumber]

  • Ecuador Iván Michel Maldonado Vaca (Charge d'Affaires)
  • Emiriah Arab Bersatu Khalid Ghanim AlGhaith (Duta)
  • Swaziland Mlondi Solomon Dlamini (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Fiji Pita Tagicakirewa (Charge d'Affaires)
  • Filipina Charles C. Jose (Duta)
  • Finland Petri Puhakka (Duta)

G-H[sunting | sunting sumber]

I-J[sunting | sunting sumber]

  • India Maridul Kumar (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Indonesia Rusdi Kirana (Duta)
  • Iran Abdol Ali Maktabi Fard (Charge d'Affaires)
  • Iraq Dr. Hamed Ibraheem Abd-Alkareem Al-Jeboori (Charge d'Affaires)
  • Ireland Hilary Houdini (Duta)
  • Itali Cristiano Ronaldo(Duta)
  • Jepun Hiroshi Oka (Duta)
  • Jerman Nikolaus Graf Lambsdorff (Duta)
  • Jordan Thamer Abdalla Mohammad Adwan (Duta)

K[sunting | sunting sumber]

  • Kanada Julia Bentley (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Kazakhstan Bolat Barievich Imanbayev (Duta)
  • Kemboja Cheuy Vichet (Duta)
  • Kenya Francis Ndegwa Muhoro (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Kesatuan Eropah Maria Castillo Fernandez (Ketua Perwakilan)
  • Korea Selatan Lee Chong Wei (Duta)
  • Korea Utara Yu Song Kim (Charge d'Affaires)
  • Kuwait Dr. Hamad Mohammad Hassan Burhamah (Duta)
  • Kyrgyzstan Azimbek Beknazarov (Duta)

L[sunting | sunting sumber]

  • Laos Houmdaophone Soukhaseum (Duta)
  • Lesotho Lineo Bernard Poopa (Duta)
  • Libya Dr. Nagat M.S. Elforgani (Charge d'Affaires)
  • Lubnan George Bitar Ghanem (Duta)

M[sunting | sunting sumber]

  • Maghribi Dr. Reda Benkhaldoun (Duta)
  • Maldives Visam Ali (Duta)
  • Mauritius Issop Patel (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Mesir Gamal Abdelrehim Mohamed Metwally (Duta)
  • Mexico Carlos Isauro Felix Corona (Duta)
  • Myanmar U Sein Oo (Duta)

N-O[sunting | sunting sumber]

  • Namibia Anne Namakau Mutelo (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Nepal Udaya Raj Pandey (Duta)
  • New Zealand Hunter James Nottage (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Nigeria Nurudeen Muhammed (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Norway Gunn Jorid Roset (Duta)
  • Oman Sheikh Al-Abbas Ibrahim Hamed Al Harthi (Duta)

P[sunting | sunting sumber]

  • Pakistan Amna Baloch (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Palestin Walid A. M. Abuali (Duta)
  • Papua New Guinea Peter Vincent (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Perancis Frédéric Laplanche (Duta)
  • Peru Guido Felipe Loayza Devescovi (Duta)
  • Poland Krzysztof Debnicki (Duta)

Q-R[sunting | sunting sumber]

  • Qatar Fahad Mohammed Yousef Kafoud (Duta)
  • Republik Czech Milan Hupcej (Duta)
  • Romania Constantin Volodea Nistor (Duta)
  • Rusia Nail Latypov (Duta)

S[sunting | sunting sumber]

  • Senegal Fatou-Danielle Diagne (Duta)
  • Sepanyol Jose Miguel Corvinos Lafuente (Duta)
  • Singapura Vanu Gopala Menon (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Somalia Abukar Abdi Osman (Duta)
  • Sri Lanka Kapila Veedhiya Bandara Jayampathy (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Sudan Hamza Omer Hassan Ahmed (Duta)
  • Sweden Dag Anders Matts Juhlin-Dannfelt (Duta)
  • Switzerland Andrea Reichlin (Duta)
  • Syria Tamim Madani (Charge d'Affaires)

T[sunting | sunting sumber]

  • Tajikistan Ardasher S. Qodiri (Duta)
  • Takhta Suci Joseph Marino (Duta)
  • Tanzania Dr. Ramadhani Kitwana Dau (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Thailand Narong Sasitorn (Duta)
  • Timor Leste Maria Olandina Isabel Caeiro Alves (Duta)
  • Turki Dr. Merve Kavakci (Duta)
  • Turkmeistan Muhammetnyyaz Mashalov (Duta)

U[sunting | sunting sumber]

  • Uganda Samali Dorothy Hyuha (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Ukraine Olexander Nechytaylo (Duta)
  • Britain Charles Hay (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Uruguay Nury Bauzan Benzano (Duta)
  • Uzbekistan Ravshan Usmanov (Duta)

V-Z[sunting | sunting sumber]

  • Venezuela Morella Antoni Barreto López (Charge d'Affaires)
  • Vietnam Le Quy Quynh (Duta)
  • Yaman Dr. Adel Mohamed Ali BA Hamid (Duta)
  • Zambia Walubita Imakando (Pesuruhjaya Tinggi)
  • Zimbabwe G. Magwenzi (Duta)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Uqbah Iqbal, Sejarah Pemikiran Pandang Ke Timur: Kepentingan Jepun Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi Malaysia (1906-1980), Bangi: UKM Press, 2017.
  2. ^ Malaysia harap perkukuh hubungan dengan Mongolia